Quotes for today

“What's meant to be will always find a way”
“There's nowhere you can be that isn't where you're meant to be”

Friday, September 21, 2012

Peluk jangan tak Peluk!



Ramai pasangan suami isteri muda hari ini tidak menyedari sentuhan fizikal adalah sesuatu yang amat diperlukan. Kesibukan, keletihan balik kerja dan anak kecil yang memerlukan perhatian bukanlah alasan untuk tidak memberikan sokongan emosi kepada pasangan kita dengan melalui sentuhan fizikal, iaitu dengan cara berpeluk.

Pelukan adalah suatu sentuhan fizikal yang tidak perlu diajar. Sejak dari bayi hingga remaja, kita selalu mendapat sokongan emosi dengan pelukan, sama ada pelukan ibu semasa bayi dan pelukan rakan-rakan sepermainan.
Namun setelah berumah tangga kita kadang-kala terlupa bahawa orang dewasa yang sudah berkahwin dan mempunyai anak juga memerlukan pelukan.

tapi! bagi yang belum berkahwin, berdosa kalau peluk aweks yer. peluk mak ayah abang kakak adik tak pe. :D

Keperluan pelukan antara suami-isteri

Tidak kira sama ada suami atau isteri, kedua-duanya mengalami kehidupan era moden yang meletihkan fizikal dan emosi.
Suami yang bertindak sebagai ketua keluarga dan mencari nafkah, sering merasakan tekanan di tempat kerja dan tidak lepas mengalami perasaan-perasaan negatif seperti berputus asa, perasaan marah atau perasaan rendah diri.
Perasaan-perasaan yang tidak dikawal dengan baik akan mengundang penyakit-penyakit seperti penyakit tekanan darah tinggi, diabetes dan serangan sakit jantung.

Bagi wanita pula urusan rumah tangga yang tidak pernah selesai dan perangai anak-anak yang menduga perasaan, akan menyebabkan para isteri memerlukan seseorang untuk meluahkan perasan yang terpendam.
Oleh itu suami dan isteri saling memerlukan antara satu sama lain untuk mengurangkan tekanan perasaan.

Ramai pakar psikologi yang mencadangkan ‘rawatan pelukan’ di mana suami dan isteri digalakkan berpeluk sebelum tidur selama 10 minit. Pelukan ini harus dinikmati tanpa diteruskan dengan hubungan jima’. Tujuannya agar segala perasaan yang negatif tersimpan dalam hati sepanjang hari dapat dilepaskan dengan memeluk suami atau isteri.

Jadi pelukan adalah sangat diperlukan dalam hubungan suami dan isteri. Ia akan merapatkan hubungan suami isteri.  Pelukan juga harus dilihat sebagai hubungan perasaan dan perkongsian emosi antara suami dan isteri. 

dulu masa awal-awal bercinta kan berkepit sana sini, bila dah kahwin pun, amalkanlah. sihat di dunia, ganjaran pahala pun dapat! ;)


Kelebihan berpelukan

Pelukan adalah satu sentuhan fizikal erat yang dilakukan pada di leher, belakang badan atau pinggang. Pelukan kadang-kala melibatkan kucupan, pandangan mata, sentuhan mesra dan beberapa gerakan tubuh lain.
Oleh itu, mereka yang berpelukan menandakan hubungan mereka amat rapat, dan mempunyai pertalian kasih sayang yang mesra.

Ramai ahli psikologi menyatakan kebimbangan terhadap pasangan suami isteri yang jarang berpelukan. Mereka bimbang perkahwinan pasangan seperti ini adalah perkahwinan yang diikat oleh ‘lafaz nikah’ dan hubungan fizikal dan jima’ saja, dan bukan hubungan emosi dan perkongsian perasaan.

Perbanyakkanlah luahan kasih sayang dengan ucapan dan sentuhan fizikal (pelukan).
Pelukan ibarat baja yang sangat diperlukan oleh pokok. Tanpa baja, pokok mampu hidup, namun ia tidak subur. Daunnya menjadi kuning dan mudah gugur. Pokok itu tidak menghasilkan bunga atau buah.
Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri. Ia memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami dan isteri.

Bagi pasangan yang agak berat untuk menyatakan “Saya sayang awak..” dengan perkataan,  pelukan adalah cara alternatif terbaik untuk melafazkannya.
Pelukan bukan setakat perkongsian emosi saja, malah lebih dari itu. Pelukan boleh menunjukkan sokongan emosi ketika suami atau isteri sedang menerima ujian getir perjalanan hidupnya.

Pelukan juga melambangkan rasa gembira atau kesedihan. Jika kita memilih pasangan kita untuk dipeluk, bermakna pasangan kita itulah orang yang mempunyai hubungan fizikal dan emosi yang rapat.
Jangan hairan, seorang suami atau isteri lebih gemar memeluk anak dari pasangan masing-masing.


Suami yang sering berurusan out station dan berjauhan dengan isteri boleh menjadikan pelukan sebagai cara terbaik meluahkan rasa rindu. Seorang isteri atau suami boleh menilai kasih sayang pasangan mereka dengan pelukan.
Pelukan rindu seharusnya merupakan pelukan yang mesra dan kemas. Jika pelukan itu sangat ringkas dan tidak beremosi, sudah tentu ia bukan pelukan yang menyatakan rindu dan kasih sayang. Ia lebih kepada pelukan biasa yang penuh keraguan.

Kesan pelukan

Satu kajian psikologi telah diterbitkan di Journal American Psychosomatic Society. Mereka membandingkan beberapa pasangan yang menunjukkan suami isteri yang menonton rancangan video selama 10 minit sambil memegang tangan, kemudian di akhir sesi itu berpelukan selama 20 saat.
Sementara sekumpulan pasangan lain hanya melihat video yang sama di kerusi berasingan tanpa berpelukan di akhir sesi.

Kemudian setiap pasangan ditemuramah untuk menceritakan saat yang paling stress sepanjang hari itu sambil diperiksa tekanan darah dan denyutan nadi. Pasangan suami isteri yang berpelukan tadi dengan tenang menceritakan masalah mereka dan ramai yang hampir lupa saat yang paling stress yang mereka tempuhi pada hari itu.


Sementara pasangan yang duduk berasingan ketika menonton video, pula bercerita dengan penuh emosi saat-saat stress mereka pada hari itu sambil tekanan darah meningkat dan denyutan nadi sangat pantas.
Ramai saintis yang berpendapat bahawa sentuhan dan pelukan suami dan isteri akan mengurangkan pengeluaran hormon yang bertindakbalas dalam tubuh ketika tertekan seperticortisol dan adrenalinePelukan juga akan menyebabkan kelanjar di otak akan mengeluarkan hormon serotonin dan dopamine, yang memberikan rasa tenang dan tenteram.

Pelukan juga akan menyebabkan gelombang di otak menjadi lebih tenang, lalu mengurangkan stress dan kerisauan. Oleh itu bagi pesakit yang mengalami masalah kerisauan (anxiety) dan mempunyai emosi yang tertekan, memeluk binatang peliharaan adalah  rawatan kejiwaan yang baik.
Namun apa yang lebih baik lagi jika suami atau isteri memeluk pasangan masing-masing ketika mereka mengalami tekanan jiwa dan perasaan dalam keadaan kerisauan.


Pelukan dan oxytocin

Oxytocin adalah biokimia semulajadi dalam otak yang merangsangkan hubungan erat antara ibu-anak, suami-isteri, merangsangkan perasaan kasih sayang antara ayah kepada anak, dan menggalakkan suami untuk kekal setia pada isterinya.
Dalam kehidupan yang realiti, hormon oxytocin akan menyuburkan keluarga yang bahagia, tanpa perang mulut atau keganasan fizikal.
Hormon oxytocin dikeluarkan ketika berpelukan dan ia adalah sebahagian dari tindakbalas seksual. Oleh di kala ramai isteri yang sedang sedih minta dipeluk suami mereka, si suami membaca mesej yang salah. Mereka menyangka itu permintaan untuk melakukan hubungan jima’ dari si isteri.

Secara fizikalnya, kita akan dapat menganggak apabila oxytocin dikeluarkan, dengan melihat perubahan wajah yang menyenangkan dan intonasi suara yang menjadi semakin lembut.

Oxytocin juga akan menghalang pengeluaran hormon yang menyebabkan stress iaitu hormon cortisol dan norepinephrine. Secara tidak langsung oxytocin akan mengurangkan risiko seseorang mengalami sakit jantung.
Ini bertepatan dengan banyak kaijan mendapati wanita yang tidak bahagia dalam perkahwinannya mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung.


Lama berpelukan

Pelukan boleh dilakukan untuk beberapa saat hingga beberapa jam. Ia bergantung kepada tujuan pelukan itu.
Bagaimana mahu memeluk dengan baik?
  1. Pastikan apakah jenis pelukan yang hendak diberikan. Sama ada pelukan itu pelukan mesra, pelukan romantik, pelukan gurauan, pelukan kegembiraan dan tahniah atau pelukan simpati.
  2. Lebarkan tangan dan senyumlah ketika mulakan pelukan. Bagi lelaki suka memeluk pinggang dan belakang isterinya dan isteri pula lebih suka memeluk leher dan bahu suami. Tarik dan rapatkan tubuh dan rasakan sentuhan pada dada, abdomen dan peha.
  3. Pelukan harus dilakukan dengan perasaan. Sesekali peluk erat dan rapat bagi menunjukkan kita selesa dengan suami/isteri kita.
  4. Tukar posisi sama ada pelukan dari tepi, pelukan dari belakang atau pelukan sambil duduk menonton TV. Boleh memeluk bahu sambil memegang tangannya.
  5. Yang penting rasakan kenikmatan dan keseronokan bersama. Tinggalkan semua fikiran yang mungkin mengganggu, sama ada memikirkan pinggan yang belum dibasuh atau bunyi telefon bimbit.
  6. Peluklah suami/isteri selama yang mahu. Ia boleh jadi beberapa saat, hingga beberapa minit. Jika mampu bolehlah peluk untuk beberapa jam terutama jika isteri berada dalam keadaan trauma perasaannya seperti baru keguguran atau baru diragut begnya.
  7. Sambil memeluk, ucapkan kata-kata romantik, kata-kata semangat dan motivasi atau kata-kata memujuk. Elakkan pelukan ala kadar yang mungkin memberikan mesej yang salah.

Banyak kajian menunjukkan pelukan akan mengurangkan tekanan emosi, merendahkan tekanan darah, seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung. Dalam hal ini, wanita yang mendapat faedah paling banyak kerana hormon oxytocin yang dikeluarkan oleh wanita lebih banyak berbanding dengan lelaki.
Pelukan harus diberikan setiap masa, sekerap yang mungkin. Saya sendiri memeluk isteri saya setiap kali mahu pergi kerja, sebaik sahaja saya tiba di rumah dari tempat kerja dan ketika mahu tidur.
Ia harus dijadikan suatu tabiat untuk menyatakan rasa cinta dan kasih antara suami dan isteri.

jadiiii.. tunggu apa lagi. cepat-cepat la p peluk suami @ isteri tuu.. haa.. yang berjauhan tu, dah rindu la tu. :P
sabarr.. nescaya sabarmu itu ada ganjarannya..


p/s : sumber copy paste dari : dokter nih. :3






No comments:

Post a Comment