Quotes for today

“What's meant to be will always find a way”
“There's nowhere you can be that isn't where you're meant to be”

Wednesday, February 27, 2013

serabutnya!

serabutnya Ya Allah.. :(

hurmm.. haizz..

banyak hal betui lah. dah la baru2 ni aku naik pangkat jadi pengarah projek untuk karnival permainan tradisional untuk sabtu ni. hmmm.. banyak benda nak urus. paling susah nak urus adalah bila berkaitan dengan duit dan orang yang susah nak bagi komitmen. hmmmm..
berjerawat teruk muka aku disebabkan stress sejak kebelakangan ni. (haha. salahkan stress pulak!)

tadi masa aku bersantai baru nak berehat dari kelelahan pulang dari kelas. tiba2 tepon canggih aku berbunyi..

jeng jeng jengg..

"halo.. ini siti? aaa.. saya **** (aku pun tak dengar + tak paham nama dia) saya mau tanya, itu yang vegietarian itu yang tidak mau makan, itu aaa, kena bayar jugak ka itu aaa tak mau makan BBQ juga itu di kompleks aa....."

dan panjang lagi perbualan aku dengan dia.... -.-"

dan aku pun dah macam pening siot dah masa tu. dah biol, malas layan. aku macam nak iya kan je semua! penat lahh.. aku dah la baru pening pasal kejohanan karnival kejadah, dengan KOT lagi, grrrrrrrrrrrrrrrrr. berserabaiiiiiiiiiii..

dah tu dia dok banyak cekadak tak mau bayaq itu ini. aku dah naik beruban dah dok pikiaq tadi pasai karnival ni ha. dia dok tambah beban dengan depa tak mau bayaq. last2 aku kata depa bayaq ja. nanti duit lebih bagi balik. lepas tu dok tekan aku suruh kompomkan dekat kompleks tu yang depa tak mau makan langsung dan TAK MAU BAYAR! aku stress betui la. ishhhhhhhhh.. dah la aku tak tau pape pasai bayaran apa menatang semua kat kompleks tu. haizzzzzzzzzz.. meluat lah. pahal kontek aku sorang. si Hilmi partner aku dalam Biro makanan p mana? awat hampa tak kontek dia. ish laaaaaaaaaaaaaa.. panehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... ok la. aku stress..

tapi dalam ke stress an aku ni pun. aku sempat lagi membeli di internet. hik hik. N9! kaler biru. shantek <3

nantikannn.. seperaisseee.. tata!!

Saturday, February 23, 2013

mmm! =3=

rindulah! tetiber nak buat post pasal rindu..



padahal tadi dah macam nak pengsan sangat dah. tetiber nampak ada gambar dia kat link blog tuuu... v.v

rindu gilakk.. rasa sengsara gila bila bleh tengok kat screen laptop je. sakit hati!!!!!!!!!
tak tau nak salahkan sapa. takdir? dia? aku? hmmm..

hanya mampu bersabar....... sabar..... sebut sabar tu macam best dan cool. tapi nak buat sabar tu, tak semua orang boleh buat. aku nak bina sabar tu, makan air mata jugak la.. apa apa pun, aku doakan all the best la dalam relationship kami ni. walaupun aku ni yang selalu terlebih ke anak anakann lah sangat ni kan. nasib baik lah dia sangat sangat teramat sangat memahami. kalau lelaki lain dah lama dah black list aku dari calon isteri. hehehe. terima kasih yayang! jasamu dikenang..

ehemm.. teringat pulak kata kata dia satu malam tu..

"ayang sabar ni, bukan free. nanti manje balas la dengan jadi isteri ayang, jaga ayang sampai tua..."
 
masa tu aku.... ------> :'3 <---- muka tak leh nak describe... >.<!!

ok ok. dia tu sangat pandai bagi kata kata yang bleh buat aku meleleh air mata pilu tersentuh. tengok muka innocent dia pun kadang kadang aku dah sayu berlebihan.. >.<

wargghh.. aku bersyukur kalau Allah jadikan dia pemimpin aku. aku harap sangat dapat suami yang dapat pimpin aku. tapi aku takut. kenapa dia tak pernah marah aku eh?
kenape yayang? nape ayang tak penah marah walaupun sekali?

sedangkan aku dah marah dia... errr..countless! teramat sangat banyak... X_X
ape jenis awekss da gini kan? wuwuwu. tak nak cakap da! Fine! ok! aku jahat! *lari lari anak, hentak hentak kaki sambil nangis tangan pekup muka*

hihi. tadi aku tengok lagi blog orang muda yang dah berkahwin. jeles sangat. :(
hmmm.. sabar... nanti akan sampai masa dia.... aku tengok baby / budak2 omey pun terus terasa macam nak anak! hmm.. penah aku buat gila, aku cakap kat dia, nak amek anak angkat sangat sangat sebab tak tahan melihat baby baby yang sangat super duper comel! dia cakap pulak, kenapa taknak buat sendiri? haha. grrrrrrrrrrr.

ok lah. mata and hidung dah sengal nih. mintak dibelah oleh obeyi kesayangan.. selamat malam. :)











p/s : sayang. I Love You So Much. and, I am So Sorry for Everything. Thank you so much Muhammad Amirdzul Mashud. Saranghae! *tak cukup Bi, kasi korean skit. :P




ppp///ssss : ayang, nak pelok!!!!!!!!!!!!!!!!


usang.

lamanyaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

eh. sabaq sabaq.

Assalamualaikummm. W.B.T.

lama gila tak tulis blog. =3=
currently aku tak sehat! T_T
mata rasa membengkak sangat.

sebabb,,,       aku.....

 nangis bnyk sgt... heheheh..

aku menghidapi kecelaruan emosi yang teramat sangat. sangat mudah marah, terasa hati, dan terlebih lebih emosionalll....... haizzz..

yang paling kesian? tentulah Amir. .__.
sorry yayanggg.. huhuk.

kecelaruan emosi banyak sangat sampai aku pn tak sure apa punca aku jadi begitu.. wuwuwuwu.. T_T
PMS? maybe. arround the corner dah pun.. >.<

waa.. mata sangat pedisss.. hidung sangat terasa bahang bahang udara panas yang aku hembus dari paru paru ku ini. air hingusnya pulak tak henti henti meleleh leleh... T_T

sampai longgokan tisu hampir penuh bilik aku..




tisu yang bekal untuk satu sem aku dah habeskan tak sampai seminggu pun. haha. segulung tisu sem lepas lepas tahan sampai hampir 2 sem. yang ni aku rasa esok lusa habes la. ngeh ngeh ngeh :B


ok la. mata dah macam ada bata 5 ketul bergantungan. hidung pulak macam sedang menanti letak roti kasi bakar. wuwuwu. kalau tido ni kompom esok bangun hidung berkerak hijau keras je. erghh... (padan muka korang. haha. geli tak? terbayang tak? wakakakaka)


haaaah! lupa nak cakap. kereta idaman (idaman lahhh sangat kannn) heheheh. ok ok.
kereta yang telah lama ku nanti, InsyaAllah dah tiba. tunggu on the way je. no play CY! Che Yah! opss.. kantoi nama gelemer i. hahaha.

hmmm.. okaylahhh. dah tak ada apa apa nak share. dah ngantuk. nak sorang bantal. dada~

Monday, February 4, 2013

kunci kira - kira



hihi.
kesian kat orang yang tengah google cari pasal kunci kira-kira tu. maaf ye dik kakak abang. saye cuma nak bagitau yang elaun dah masuk. yay!!

haha. hasil duit cukai telah diberikan kepada kami. terima kasih kerajaan! *muka baik + comei

alhamdulillah. setelah sangat penat menanti penuh debaran. tanggal 2 Febuari 2013 telah masuk la elaun kami yang tidak seberapa tuh.. masuk je elaun tu. apa lagi. haha. geng aku pun apa lagi. macam dah kamben dapat keluaq kandang. :P

dalam sekelip mata sahaja duit aku dalam akaun dah tinggal separuh. T_T
bayangkannnn.. hahaha. tapi jangan risau.. aku tidak seburuk yang digambarkan. wakakakka.
telah aku laburkan separuh tu untuk masa hadapan. yakni. aku telah labur dalam bisnes EasyReload (top up) aku nih dan jugak telah aku membeli harta untuk masa depan. cewah! over tak? haha.

jadi... errr.. yang satu ribu lagi ke mana yer.. nak tau? telah aku beli sesuatu yang berharga 1700. aku dah bayar 700 sebelum dapat elaun lagi. rasa macam nak menagis lepas aku korek aku punyer ASB. T_T
Premium Beautiful. heeeee. dah selesai bayaran. tapi si tukang jual tu dekar Singapore pulak. kena la sabar menanti dia balik untuk mengepos barang aku tu. tapi aku rasa im not that bad la dalam membajet nih. hoho. (prasan)

untuk membeli kereta. aku punyer pembelajaan harian mestilah tak lebih 5rm. haha. tadi masa jalan balik dari kelas. penat aku fikir. macam mana la nak minimakan perbelanjaan kepada rm5 sehari. hmmmmmmm.. nasik lemak untuk sarapan / lunch. 1 rm. agak lapar. angkat 2 bungkus. rm2. jadi malam ada lagi 3 rm. nasik bujang je la. haha. tak pun goreng goreng je. dilarang membeli air ketika makan di mana mana pun. kena bawak air mineral setiap masa. hahahaha. amacam? ada gaya macam kunci kira kira tak.
haha. aku dalam kelas kunci kira kira tu selalu blurr ja. agak nak kata masuk telinga kanan keluar telinga kiri pun tidak. sebab masuk tak. hahahahahha. haizz.. mak aku baca nanti sedih nih.. hmmmm
behave behave dayah.. >.<

lately sibuk gila! i mean, banyak sangat keja. aduhh.. aku tengok untuk program BIG (bina insan guru) tu. semua budak RBT je yang pulun (buat kerja). hmmmmmmmmm.. sabar je la. dah la nanti atau mulai esok akan mula buat dan bertugas kat padang sempena dengan pengurusan padang sempena KOT (kejohanan olahraga tahunan). haduss.. sabar je lah kann. nanti nak p sekolah jadi cikgu pulak dahhhhhh.. adess.. mampukah aku jadi cikgu. berdiri kat depan. menjadi tumpuan. mata semua pandang. apa aku cakap tu adalah semua betul. OMG OMG!! >.<!!

ok dah lari topik. aku nak p buat kerja sat. esok ada presentation!
pasal hamster mengawan. wahahaha. serious okay. ini bukan mencapap (cari publisiti)

okay babai sesape yang rajen mengusha blog aku yang seberapa ni. hihi

Assalamualaikum. wbt