Quotes for today

“What's meant to be will always find a way”
“There's nowhere you can be that isn't where you're meant to be”

Wednesday, March 13, 2013

blablabla

Pengalaman 2 hari 1 malam di Enggor Perak telah memberi pelbagai pengalaman dan pengetahuan baru dalam hidup saya. Saya yang telah bertugas sebagai biro keselamatan dan keharmonian telah bertugas dengan baik di sana.

sebelum bertolak, saya telah menyenaraikan beberapa tugas-tugas yang perlu saya lakukan. alatan keselamatan yang perlu saya bawa seperti peti pertolongan cemas, tidak lupa untuk saya sertakan. perjalanan bertolak ke perak mengambil masa lebih kurang 3 jam. kami tiba di zoo negara di perak untuk membuat pemerhatian bagaimana pengurusan dijalankan di sana. kami juga turut dibawa melawat haiwan-haiwan di dalam zoo tersebut oleh 2 orang renjer yang di upah kami.

setelah selesai melawat zoo taiping. kami bertolak ke PIH iaitu pusat ikan hiasan. Kami mengalami kesulitan ketika memerlukan pengangkutan. terdapat konflik di antara penggunaan bas yang telah disalah atur oleh pihak pengurusan IPG. kami diberikan van untuk berulang alik ke PIH. tetapi malangnya, van tersebut tidak kembali mengambil beberapa baki guru pelatih yang tinggal. kami terpaksa membuat keputusan untuk menyewa bas luar. kami terpaksa mengeluarkan wang tambahan.

setelah tiba dia PIH. kami mendaftar masuk ke asrama. asrama yg diberikan adalah amat baik dari segi persekitaran dan prasarananya. saya tinggal dia dalam bilik yang sederhana luas bersama seorang rakan saya.

pada keesokan harinya, setelah bersarapan, kami memulakan aktiviti dengan sedikit kuliah pengajaran dan pengenalan mengenai cara menternak, memelihara dan membiakkan ikan hiasan.kami diberi kuliah di dalam kawasan penternakan ikan. jadi kami bukan sahaja dapat memperoleh ilmu malam dapat melihat sendiri perkara yang dicakapkan oleh penceramah kami iaitu peneraju PIH.setelah tamat mendengar kuliah, saya dan rakan-rakan, bertolak ke kolam-kolam ikan untuk menjalankan amali. kami ditunjuk cara untuk mengenali jantina ikan dan cara mengenali ikan yang telah matang.

seterusnya, kami ke kolam ikan lampam. kami diberitahu bahawa beberapa orang guru pelatih akan turun ke dalam kolam ikan untuk menangkap ikan lampam tersebut dengan memggunakan pukat. 3 orang rakan saya telah suka rela turun ke dalam kolam. walaupun bergelumang dengan lumpur dan berbau busuk, namun kata mereka, pengalaman yang te
lah diperoleh tidak dapat dibeli atau dicari di tempat lain.

setelah selesai aktivi tersebut, saya dan rakan-rakan saya menjamah juadah tengahhari. setelah selesai, kami meneruskan dengan sesi kedua. kami dibawa untuk mengenali dengan lebih dekat lagi mengenai ikan hiasan. kami dibawa mengenali dengan lebih dekat dan realistik apabila kami dikendaki menyentuh sendiri dan menentukan jantina ikan tersebut. kemudian, kami dibawa melawat ke kawadan ikan arowana. begitu banyak ikan arowana dan pelbagai jenis ikan arowana terdapat di sana.

sebelum kami bertolak pulang, kami menyampaikan sedikit cendera hati kepada pihak pengurusan di sana.
tepat pada pukul 5 petang, kami bersiap-siap untuk bertolak pulang ke perlis. bas bertolak pada jam 6 petang.

Monday, March 11, 2013

How i love them

Aku dah give up nak berkawan.
hoho. Bunyi cm forever alone kan. Aku sebenarnya sgt suka berkasih sayang.. Aku sayang orang2 yg rapat dgn aku. Tambah2 bila dah lama berkawan. Feel tu dah macam org couple. Aku saywng kau, kau setia dengan aku. Semua pasal kau aku tau.. Haaa..sampai camtu skali lah kan.

tapi yg letihnya, bila frust.. Tiba2 that friend suddenly be close to someone u dislike. It feels like. Why u betray our relationship? Why u so curang? Haha. Seriously..
Or.. Kadang2 bila ada perselisihan faham yg sgt serius. Tiba2 akan jadi macam 'ok la, kite break' konon mcm kekasih bergaduh. Tapi feel sayang tu still ada. Gaduh2 jugak.
aku cakap aku dah give up, sebab aku dah beberapa kali dah dikhianati.. See? Macam berchenta gituu..
Ok ok. Jgn lari topik..
Dulu, ada la seseorang tu, aku kenal sejak skolah, dapat tau masuk ipg perlis sama2 bukan main syok. Siap janji nak jadi rumate. Haha. Then tiba2 something happens. And memang takde.clarify..so, mmg da mcm pasangan kekasih yg salah sangka curang, then ngamuk2 pastu breake..haha. Kasi over skit tambah ngamuk tu..

lepas tu banyak lagi lah. Ada yg sampai mak bapak aku pun dah kenai, dah p rumah, aku p rumah dia, dia p rumah aku. Then tiba2 pasal tak bersebab, dok masam muka, dok bagi ayat pedih2, perli2, jeling2. Fhew~
Entah mengapa. Frust! Mcm baru lepas breake, balak or awek tu curang. Hmmm. Sedeyy pedeyy..

bila orang yg kita syg tu tiba2 marah or melukakan hati kita tanpa sebab munasabah, or kita dh berusaha sehabis mungkin, tiba2 xdihargai ataupun, tercetusnya salah faham dari pihak ketiga. Lagi sedeyyyy.. Hmm. Aku pun cepat je gugur air mata. Kecewa. Macam org frust bercinta lah kann.. Betul cakap Amir. Aku ni kerap sangat jaga hari orang. Tapi hati dia, aku tak jaga. Huhu. I am sorry! >.<

so mulai hari ni, aku dah pasang niat, nak jadi lone ranger sejati. Sebelum ni dah jadi, tapi tak full time. Part time je. Tapi tu la.. Bukan senang nak lone ranger. Kat sini jenis hidup kena ada partner. Kalau betul2 nak jadi lone ranger,.aku kena betul2 kuat, betul2 very capable. And i can do anything. Once, aku penah jadi macam tu. Tapi aku tak mampu. Dek kerana keadaan kat sini yang selalu memaksa aku untuk mempunyai pasangan.

tapi mulai hari ini, i'll be the true lone ranger. I wont let others hurt my feeling again. If i can do to him, Amir. Hehe. Why i cant be to others?

okay. Morning post ni. Waiting for a trip to kuala perlis..we will be going to Langkawi for our aaaa... Aaaa.. Aaaa.. Hahaha. Aku tak tau. Tapi bagi melengkapi kursus sem ni. Sekian.. Adioss..

--there's a way in every will..

Saturday, March 9, 2013

Yg pergi tak kembali..

Assalamualaikum..

semalam, mak call aku, aku dalam kelas, so tak jawab.
lepas tu mak mesej aku cakap yg mat (adk ipar bancik) dah meninggal dunia..
Ya Allah.. Aku sebak.. Terasa macam baru je jumpa dia haritu.. Hmm. Sedih.. Dia ada 2 orang anak. Kecik lagi.. Isteri dia pun pregnant 7 bulan.

Mak cerita tadi masa on the way balik rumah lepas amek aku kat hostel.
mak cakap, bini dia cerita
dia tak penah2 sebelum ni g keja dgn moto sebelum ni. Selalu p dgn kereta. Tiba2 je dia cakap teringin nak bawak moto. Katanya, dia letih sangat sebab tugas lewat pagi, siang tu ada kawad kaki. So bila malam tu, ada kawan dia cakap, hang tak payah balik la. Letih kot. Tak larat dari perlis ni nak balik yan (kedah). Dia jawab, tak boleh la. Bini dia mengandung. Takut tinggai sorang2 nanti jadi apa2. Lepas tu, dia pun balik la naik moto sorang2 tengah2 malam tu. Dikhabarkan, jalan tu memang sunyi. Jarang orang lalu.. Dikhabarkan lagi, dia langgar pokok, terpelanting masuk sawah, patah leher dan kepala terendam dalam air sawah. Allahuakhbar.. >.<
Mak cakap, sebelum dia balik tu, ada bini dia call.. Dia jawab lagi. Tak lama lagi bini dia tunggu tak sampai2 lagi, bini dia call lagi. Tak jawab dah.. Bini n mak mertua dia pun dah rasa tak sedap hati.. Pagi tu, bini, mak mertua n anak2 dia pegi la ikut jalan yg suami dia selalu lalu nak p keja. Then nampak ada satu tempat tu ramai sangat orang berkerumun.. Dia dan mak dia pun p la. Dia tak berani tengok. Sebab dia dah rasa tak sedap dah. Mak dia pegi tengok mangsa yang dalam sawah tu, memang sah suami dia. Di sahkan lagi dengan ic dia. Isteri dia dengar je pengesahan tu. Terus pengsan.. Hmm. Aku dengar cerita tu pun dah sebak. Ya Allah.. Beratnya dugaan yg kak shima tanggung.. berilah dia kekuatan ya Allah.. Permudahkanlah urusan zamri ya Allah.. Tempatkanlah dia di dalam golongan orang beriman. Ampunkanlah dosa2nya ya Allah.. Amin..

sesungguhnyaa.. Ajal itu tidak mengenal tua atau muda, kaya atau miskin, baik atau jahat..

Yang pergi tak kembali. Kita di sini entah bila bakal dijemput. Perjalanan harus diteruskan. Bekerja bagai mahu hidup selamanya. Beribadah bagai akan mati esok hari.

wallahu a'lam..

sedekahkan Al fatihah untuk arwah..

Terima kasih.. :')

Wednesday, March 6, 2013

My N9

Haha.

assalamualaikum. Annoying tak aku punya tittle. Sooo.. This is my first time writing a post with my new N9. Haha. New lah sgt kan. Ni dh hari ke errr.. Aku lupa. 6 kot. Haha.

ok lah. Rasa macam tak dak hala tuju sangat. Cukup la kot.

Ehh. Semalam penat sangat! Buat penutup aquarium. Hmm. Panjang cerita. Tu je la. Haha.

and. Lupa nak cakap. Congrates to my love, dah keja dengan gobermen dah. Start isnin semalam. Chaiyok! Fighting! Hihi. Okayyyy.. See yaa soon. Tata~

Sunday, March 3, 2013

Mak..

hari ni banyak dan panjang betui hari aku.
bangun awai. semalam tertidoq dengan mask bertempek kat muka lupa nak buang. haha.
konon macam nak baring sekejap. last2 pukul 6 lebih dah jaga. hee. :D

aku bangun dan mengejutkan kawan2 aku. ada agenda penting yang aku nak lakukan pagi ni. aku mesej mak, tanya hari ni jadi ke tak nak p Alor Setar. Mak cakap jadi, tapi dia nak masak dulu.

Mak... adik sayang mak sangat!
fuhh... type pun aku dah dapat merasakan sebak teramat.. hurmm..
tak dapat digambarkan macam mana besar betui aku sayang kat mak... >.<

mak masak nasik lemuni, sebab abang pesan, ayam 3 ekor telah disembelih, jadi mak kena proses sorang sorang. aku dapat bayangkan kesusahan dan kepenatan mak buat kerja tu semua. sayang mak sangat! :(

hmmm.. lepas habis masak, mak call aku. aku dengar tengah kalut2 dok kunci pintu rumah, "adik, mak nak pi dah ni."

aku pun siap la.

mak mai dari rumah, mai ambik aku, peck, dan cean kat sini. aku tau. kesian mak... hmm..
lepas tu, nak elak jem, kami pilih jalan kodiang, tapi macam pusing jauh sikit, so mak pandai2 cari jalan sendiri. dipendekkan cerita, lepas tu, pi sekolah mak tam, ambik penyata kira2 untuk esaimen encek jijan, kami pun terus pi rumah owner kereta lama CY. dah sain sain tulis tulis dan cop cop jari. kami bertolak ke rumah abang hatta pulak..
makan kat umah abang. lepas tu abang promot aku jual kacang dia. so aku on je. memang tengah dok cari side income pun sekarang nih. >.<

so lepas ni aku Yah Kacang. haha.

eh terkeluar tajuk.. ok ok..

lepas tuuu.... kerana aku tadi cadang nak pi tesco bagai, mak pun ok jeeee.. kami pun p la tesco. aku telah membeli cincin rantai emas korea. huhu.........

aku jalan sana sini. aku ada jugak terpikiaq nak belikan kat mak hadiah. tapi aku tak tau nak beli apa. aku tak bagi hadiah kat mak lama dah. :(

lepas tu, aku pun beli la bekalan2 kat tesco, then kami pun makan2 kat food court tesco. lepak lama jugak la kat tesco, sampai dah solat maghrib, baru la bertolak balik. aku beli buku kat popular guna baucer, cean ngan peck tanya aku. beli hadiah buku untuk mak aku ke? alamak.. tak beli hadiah pun! hmmmmmmmmmmmmm.....
lagipun, mak tak minat baca baca ni. tapiii.. kalau aku cari pasal baju baju, fesyen, fesyen @ bunga ke, sulam ke. art work ke. mesti mak suka. haizz.. aku terlupa.....
masa jalan2 kat bawah tu ingat nak beli kasut, tapi mak dah ada banyak kasut, and aku dah pernah bagi kasut dah kat mak. seriously tak tau nak belikan apa kat mak...

jadi bila langit sudah mula kelam, kami bertolak balik. masa dalam keta tu, seriously aku rasa ngantok gila. tahap gaban punya ngantok. memang tak tahan. rasa nak lelap je. tapi aku kuatkan semangat. kalau aku yang tak buat apa2 ni letih, apa lagi mak kan. so, aku kerah otak aku cari topik nak sembang dengan mak. lalu pulak ikut jalan kampung. memang jalan blues je. slow~~ the motion~~ -.-"

sebenarnya dalam hati aku ada seribu satu perasaan. tak tau macam mana nak cerita. aku berterima kasih sangat dengan pengorbanan mak.... aku kesian kat mak.. aku terharu kat mak.. tapi aku still tak boleh nak tunaikan permintaan dia walaupun permintaan yang kecil. kadang2 aku leka, aku lalai, aku terlupa. aku lupa diri, aku hilang akal. kadang2 pasal benda yang betul2 aku salah, aku tak boleh terima. aku rasa nak memberontak. aku tak dengaq cakap. aku ketegaq. dia suruh, kadang2 aku buat. aku sangat memerlukan self motivation! hari2 aku nak kena motivate diri aku..!!

mak drive balik sorang tadi.... lepas hantaq kami kat maktab, hmm.. ikut perasaan aku, nak je aku pelukkkkkkk mak kuat2.. cium pipi mak..cakap "adik sayangggg sangat kat mak!!!!!! tengkiu sebab sanggup susah payah untuk adik hari ni.."

tapi aku segan.. aku tak tau ape yang aku nak malukan. nak segankan.. aku type ni pun sudah mengalir air mata. aku tak boleh buat macam tu. hati aku lemah. senang je nak sebak. sikit2 nak nangis.. huh! tahan la sikit! kalau dengan boyfriend boleh pulak nak sayang2 doplohpatjam. dengan mak nak peluk sikit pun tak boleh.. hmmm.. malu! :(

adik sayang mak sangat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! biarlah adik sayang mak dengan cara adik.. walaupun adik tak mampu nak tunjuk depan2 dengan perlakuan dengan mak. adik cuba cara lain.

terima kasih sangat mak...
sebab..

- melahirkan adik
- jaga adik dengan baik sampai sihat macam nie
- mak cuba jugak nak tunaikan permintaan adik walaupun payah
- didik adik sampai adik jadi manusia
- selalu ada bila adik perlukan mak
- masih setia sayang adik walaupun adik selalu buat perangai
- masih kuat bersama adik walaupun mak semakin berusia
- bagi adik makan dan minum percuma sepanjang adik hidup dengan mak
- sentiasa teman adik, sembang dengan adik, jadi kawan adik.

Mak... terima kasih sangat2 sebab jadi mak adik yang sangat Super Woman. mak lah ibu yang terbaik! tiada tolok ganti. kalau patah pun tak mungkin tumbuh berganti. mak lah ibu adik sampai bila2. mak lah adik sayang sampai bila2. mak lah yang adik nak bersama selepas suami adik di syurga nanti. InsyaAllah mak..

Adik Sayang Mak.. adik mintak maaf dengan kesalahan adik, kekurangan adik.. adik masih kurang akal, kurang iman. adik mintak maaf dengan kurang ajar adik. kurang sopan adik. sikap adik yang melukakan perasaan mak. perkara yang mak tak suka. adik mintak maaf sangat! tapi adik tak boleh nak cakap depan2. adik lemah. adik boleh cakap.. "adik mintak maaf banyak2.." tu pun masa hari raya. yg tu pun dah sebak macam nak luruh jantung. yang adik mampu hanya type.. maafkan adik, mak.. sebab jarang mengucapkan sayang kat mak.. jarang mengucapkan maaf.. jarang mengucapkan maaf..
adik selalu rindu kat mak. bila jauh, adik terkenang, bila berdepan mak, adik tak bleh pandang mak lama2. adik sebak. nak je air mata ni bertakung meleleh2. maafkan adik mak. adik tak mampu nak kutip pahala banyak2 tengok muka mak.. adik sedih! adik tak tau pasaipa adik lemah sangat.. adik takut nanti muka yang adik tak mampu nak tengok lama2 yg ada depan mata ni hilang. adik takut nanti bila adik nak tengok, dah takdak. adik takut makk...... tapi adik tak kuat nak tengok............. adik sayang mak!!...

Siti Nur Hidayah... ingatlah jasa mak hang...

- mak penat macam mana pun, mak tetap buat apa hang nak.
- ingat dak mak pernah jatuh longkang masa nak tolong hang kemas barang untuk cuti sem. mata mak bengkak kena sengat tebuan, so, dia tak nampak sangat, jatuh longkang sampai lebam. menangis dia sakit, jalan cepoh2 (capik2) mai bilik tingkat 2 ni..
- ingat dak masa mak beli kat hang laptop ni. mak keluarkan duit. rm1999. tak cukup, kutip duit kat celah poket beg doremon mak. jumpak celah sana sini duit, dari rm10 smpai rm1. semua mak kutip. semua sebab nak bagi kat hang.
- ingat dak bila hang buat perangai, hang dengaq mak nangis. tapi hang berat sangat nak mintak maaf! hang teruk! lepas ni hang biasakan diri hang cakap "adik mintak maaf" tak berat pun!!!
- ada masa. bila dia tak larat sekalipun, bila aku cakap nak, dia cuba buat.. walaupun tulang tua 4 kerat tu dah rapuh dari tulang muda aku. tapi tulang tu masih kuat bekerja demi kasih sayang seorang ibu..
- ingat dak mak susah payah setiap masa untuk hang, sejak dari sekolah, sampai la sekarang ni. tak pernah kurang kasih sayang dia! ingat la wei!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! sayang la dia selagi dia ada..

aku nak selalu ingat semua benda ni..

aku takleh tahan dah. sampai sini saja..

sapa yang masih ada ibu, sayangilah ibu anda. hanya ada satu ibu di dunia. jangan sampai dah terlambat baru nak menyesal....

Assalamualaikum..

Mak.. semoga sihat selalu.. tolong la hidup dengan sihat dan bahagia sampai adik mampu nak bahagiakan mak dengan usaha dan hasil adik sendiri.. :)