Quotes for today

“What's meant to be will always find a way”
“There's nowhere you can be that isn't where you're meant to be”

Sunday, December 2, 2012

Be your evrything


seriously.. this song is awesome. :)

contains so much and deep meaning. unless other songs nowdays..
i hope the one that always in my mind and heart, will know how much i miss, hate and love him.


Four letter word
But I don't have the guts to say it
Smile 'til it hurts
Let's not make it complicated
We've got a story
But I'm about to change the ending
You're perfect for me
And more than just a friend
So we can just stop pretending now
Gotta let you know somehow

I'll be your shelter
I'll be your storm
I'll make you shiver
I'll keep you warm
Whatever weather
Baby I'm yours
Be your forever, be your fling
Baby I will be your everything

Baby I
Baby I will
Baby I will be your everything

We used to say
That we would always stick together
But who's to say
That we could never last forever
Girl, got a question
Could you see yourself with somebody else?
'Cause I'm on a mission
And I don't wanna share
I want you all to myself right now
And I just wanna scream it out

I'll be your shelter
I'll be your storm
I'll make you shiver
I'll keep you warm
Whatever weather
Baby I'm yours
Be your forever, be your fling
Baby I will be your everything

Baby I
Baby I will
Baby I will be your everything

No matter what you do
I'll be there for you
And every time you close your eyes
I will be by your side
'Cause every time you make me sing
Baby I will be your everything

I'll be your shelter
I'll be your storm
I'll make you shiver
I'll keep you warm
Whatever weather
Baby I'm yours
Be your forever, be your fling
Baby I will be your everything

Baby I
Baby I will
Baby I will be your everything

Sunday, November 18, 2012

sumber kopi pes

sedarkah..
sayang tidak semestinya memiliki..
rindu tidak semestinya bersua..
setia tidak semestinya bersama..
cinta tidak semestinya berkasih..

sungguh..
aku sayang kamu..
kasihkan kamu..
rindukan kamu..
dambakan kamu..
sepi tanpa hadirmu..

tetapi..
hati menidakkan..
jiwa menafi waras..
rasa berdarah disinggung..
hingga mata meluah rasa..
lelehan lesu ini mungkinkah turut berdusta?

mungkin..
kemanisannya hilang ditelan waktu..
luka sepi dipalit pedih rindu..
tidak pernah kebah tetapi makin bertambah..
hingga pedih semalam kian membeban..
lalu ku himpun rindu untuk ditindas amarah..
memijak kasih yang goyah..
meruntuh benteng persetiaan..
memusnah segala pengorbanan..
dan terkubur rasa sayang..
hanya yang tinggal aku yang ditopengkan..

namun..
setinggi amarah..
sejulang ego..
tetap di dalam sujud..
ku selit cebisanmu..
cebisan yang tidak pernah lekang..
pohonku agar mudah..
untuk bersama..
atau..
untuk melupakan..
Aku Berserah..
redha atas kehendak-Mu Ya Allah Ya Rahman..
sesungguhnya tiada Maha mengetahui selain Mu Ya Rabb..

=========================END========================
p/s : nak tau sapa yang tulis. google la sendiri. kalau tak jumpa. meh tanya saya.

Saturday, November 17, 2012

Kebetulan atau trend?



aku agak terkejut. eh. tak der lah terkejut sangat pun. saja nak gempaq lebih. ada sedikit teruja dan banyak cemburu.

lately aku tengok, ramai giler orang kahwin / bernikah masa muda. o.o
hmm. yang rapat ada. yang jauh pun ada. yang tak kenal pun ada. mak aih. jeles giler hati beta.  hmmm.. kalau diikutkan hati. nak jer aku jerit kat mak. nikahkah cek jugak! hahahahaha. gila..

aku dengan senang cerita aku nak khabarkan kat sini, aku bosan hidup sorang-sorang. aku sunyi. kau sunyi hape. mak bapak kau hade lagi. hmm.. kasih sayang mak bapak lain. >.< 
tak kan aku nak berkepit dengan mak / abah kot? pelik lah. nanti depa cakap buang tebiat anak depa sorang nih. aku nak teman, kawan, kekasih, abang, suami. cewah~ hehe. lagipun bila tengok abang abang, kakak kakak aku hidup berpasangan. aku terasa terusik jugak. terasa tiba tiba cam aku ni forever alone sangat. diorang nampak sweet walaupun bagi diorang tu biasa ja @ tak dak apa apa pun. >.<
biasa lah kan. bila ada, memang tak nampak. bila tak ada. baru rasa kan..

aku tengok pasangan yang bahagia kat IMVU pun dah ber ura ura nak bernikah. vogue kemain lagi you~ siap nak buat kat bottany garden dekat putrajaya. wallawuehh.. gempakszz sialzz.. kawan real life aku pun dah banyak yang dah hampir hampir dekat gerbang tu. aku je lagi yang gedik tapi tak sampai sampai. nampak rupa pun baru asap asap. haha. aku mengaku. aku cemburu. siapa tak cemburu. tapi cemburu aku tak bermaksud aku dengki. Alhamdulillah lah pada siapa siapa yang dah sampai seru dan dah sampai masa. masa aku belum sampai. InsyaAllah sampai jugak suatu hari nanti. aku harap korang yang dah planning nak kahwin tu. buat solat sunat istikharah. jangan nak syiok je. lagi satu, tak perlu la nak gempak. bersederhanalah.. -kau pehal biar la. aku mampu. lantok la aku nak jemput satu keyyel pun. 7 hari 7 malam.-
hoho. nak buat tu boleh. buat lah. kahwin kan sekali saja seumur hidup .(tapi zaman sekarang dah boleh jadi berkali kali dah. ngee) tapi, beringat lah. nabi pun pesan dan menyukai amalan bersederhana. ^_^

aku pun lately dah cuba meng improve kan diri sendiri.berhajat nak jadi muslimah dan isteri solehah la katekan. :P
sebab tu la dok syiok sangat nak berumah tangga. sebab dok baca buku kahwin muda. :D
sila jangan ngumpat. :3


hehe. okie. dah lewat pagi. (mogok pada si dia)
nak buat buat macam tido. tata. 
Assalamualaikum.


post suka hati beta.



Assalamualaikum.

I am currently at Jitra. kat rumah mak tam. sebab tu boleh online. hehehe. daif kan. :3
biasa la. duduk hutan. berokben pun dah macam babunben. hoho.

post kali ini aku nak share pasal pengguna jalan raya di Malaysia.
on the way datang sini tadi. ada satu kejadian yang buat aku terdetik nak tulis dalam belog.
abang ipar aku, bawak la kereta kelajuan standart. tak laju. tak lembab. then ada satu kereta ni, lampu tinggi. bagi lampu berkali kali. (dalam kali 10 kali ada jugak la) dalam duration yang sangat pantas. lepas tu, tak puas hati abang ipar aku buat bodoh sebab kebiadapan dia, dia potong. then masuk line depan kereta kami. lepas tu kami pun..
"lahh.. viva je pun. ingatkan BMW ka. Mercedes kaa.." hampir seisi penumpang kereta cakap ala-ala gitu. tak puas lagi. dia dok dekat depan tu. dia slow kan kereta dia. nganjing la katakan. kakak aku cakap kat suami dia. slow je. kita ikut dia. nak tengok sampai mana dia sanggup slow. kitorang kat lorong kanan. mula-mula abang ipar aku slow, then bila dah concern dengan pengguna lain. abang ipar aku potong kiri.

kat sini aku nak mengumpat sebab aku tak puas hati.
wei mangkok. keta kau VIVA je kot! biasa je. elite pun tak! kau ingat kau bagos sangat ke. aku ingat lagi. no plat dia. MBQ nombor 3 angka. kaler putih @ silver. tak nampak sebab gelap. mekap konon cun sangat lah. cam dinding rumah setinggan je tempek sana sini.

yelah. aku bukan nak kutuk sebab kereta kau murah. memang la kau cakap. ada jugak kereta. dari kau? hade? haa.. bukan bukan bukan. kalau pakai kancil sekalipun. aku tak kan suka suka nak kutuk. ni sebab kau tu biadap sangat. macam bodoh je. kalau aku la drive kan. dia slow aku slow. dia nak stop pun aku stop. aku nak bukak lampu tinggi2. biaq cucuk keluaq bijik mata dia. lepas tu baru je dia nak laju, aku ikut, aku potong. aku duduk slow pulak kat depan dia. haa.. kau nak main sangat kan. haizz.. aku pulak yang emosional gini. GRRR!!
tambah lagi. masa potong tu. macam nak je aku angkat satu jari ke, satu genggaman ke. haha. nasib baik imej aku ni bertudung. -.-"
kalau tak nampak muka. dah lama aku tunjuk.



hmmm... sudah-sudahh.. sabaq na dayah.. >.<

okie. nak buat post lain pulak. :D

tata~

Thursday, November 8, 2012

Last post. Maybe?

Assalamualaikum dan selamat malam. o.o (4.50 pagi)

hoho. aku tak tido lagi. aku tadi ingat nak lepak-lepak dengan kekasih hati sambil main poker @ whatever la. tapi dia keletihan dan dah tetido lama dah pun. aku meredhakan la ketiduran dia sebab aku la punca dia kannnnnnnnnnnn... i am so sorry............
aku selalu cakap kat dia.. cakap je sorry selalu. tapi nanti buat lagi. tapi tanpa aku sedari.. aku pun buat jugak.. >.<!!

last post? maybe laaa.. aku dah nak berambus daripada hostel ni esok. exam dah habis.. alhamdulillah. exam last ni agak membawa senyuman buat aku. walaupun study last minutes. hehe. (biasak la tuh xD)

esok aku ingin pulang membawa diri..
kenapa eh? aku rasa aku tulis bab2 aku nak pergi ja. aku rasa macam takut. macam takut nak pergi buat selama-lamanya ke? hmmm.. masih banyak benda aku tak selesaikan kat dunia ni. amalan pun............. hmmm.. sayu pulak tiba tiba.

aku mulai bercuti kalau ikut jadual, jumaat ni la. tapi apedehal~ esok sudeh mau berambus. hehe.
aku tadi ketiadaan dia, aku on facebook. datang la sorang kawan aku ni. aku pun tak paham pasai pa tiba tiba ja jadi camtu. rasa macam nak p pelangkung pun ada. buat touching pulak dah. last last aku tak paham, aku biarkan je laaahhhh.. mueheheh  >:D

lepas tu datang sorang lagi.. bermula dengan topik apa ntah. sampai la bab topik hati.... aku meluahkan isi hati aku.. macam macam gak aku kena nasihat. agak pedih dan panas juga la mata aku membaca. haha. tapi aku mengaku. aku memang banyak kekurangan. dan. maybe aku degil dan tak boleh dengar kata? :O
amir selalu cakap aku degil so, kira betol la ni? =.="
ok ok ok ok........................ =3=

sesi luahan kemudian beralih arah. dia pulak bercerita kat aku. aku yang mula mula mata dah ngantuk tahap cipan, jadi tak ngantuk. sebab aku tak gamak (tak sanggup) tengok kawan aku sedih sorang sorang. jadi aku  cuba la dengan beberapa cara dan nasihat nak tenangkan hati dia. aku harap dia pun akan terima bahagia dia. cinta tak perlu dicari. dia datang sendiri. dia cakap dia dah terlalu banyak dikecewakan. jadi aku cakap. telalu banyak bukan bermaksud sampai bila bila.
aku yakin. "what you give. you get back MORE"
sejak aku kenal dengan amir. dia la yang ajar aku yang ni. kalau dulu cuma, what you give, you get back. tapi sedarkah anda. perkara apa pun (bukan berkaitan duit dan harta dunia) yang anda  buat, pasti akan mendapat balasan yang lebih daripada sepatutnya. tak payah bagi contoh. cuba la kaitkan sendiri. pasti ada contohnya. arghh.. jiwa tak tenang. nak bagi jugak. hahaha. contohnya, macam Ali terer math. Abu lembab math. Ali mengajar Abu sesungguh sungguhnya. sampai Abu dah boleh jawab. tanpa Ali sedari, setiap kelemahan dan cara mengajar Abu yang dia cuba atasi. dia dah jadi sangat pandai dalam math. haa.. walaupun dia ajar yang biasa. tapi dia dapat lebih. ah. contoh lain pikiaq sendiri la. haha. xD

then.. kat sini aku nak ucapkan syukur alhamdulillah. dah tamat pun semester 4 ni. pahit getir dapat jugak aku lalui. insyaAllah. aku mohon supaya aku lulus sem ni. >.<

aku juga nak mengucapkan syukur dan terima kasih kerana telah dikurniakan kekasih hati yang terlalu amat sangat sempurna bagi aku. orang cakap. eleh. baru bercinta, kentut pun wangi. hmmm..betul ke? aku dengan dia dah setahun lebih. tak pernah lagi la aku cakap kentut dia wangi. buruk dia aku nampak. dan aku terima seadanya sebab aku pun tak sempurna. buruk aku? bukan lagi dah tersirat. dah terbentang bentang kat dia. tapi syukur dia tabah kuat dan sangat sabar menghadapi kerenah aku yang terlampau ni kadang kadang. kawan aku tegur, supaya aku ubah sikap. sukar nak dapat lelaki macam amir. aku tau. aku sedar tu. cuma aku rasa aku tak layak untuk dia. dia terlalu baik. aku terlalu....................
malas nak cakap. tak da la jahat sangat. tapi, aku tak sebaik dia. dia lebih berhak perempuan yang lebih baik daripada aku. >.<
terima kasih sangat. dan saya nak mohon maaf sangat sangat pada awal. maaf sebelum, sekarang dan masa masa akan datang. saya childish. :(
malang kan awak..

dah dah. dah jadi post chenta pulak dah. nanti aku inputkan entry chenta pulak. tu pun kalau ada masa.
adios~ mata aku dah rabak ni. nak pengsan dah rasa. last but not least!

ILYSM! AMIRDZUL. hee.. malu i. #blush

Sunday, November 4, 2012

Sunnah Rasullullah. S.A.W

kat sini aku dah malas nak type. nanti melalut banyak. esok exam! hoho
semua ni sumber copy paste. dari sini. maap ye tuan tanah. saya pinjam. :3


Tuntutan Korban sunat Muakkad (dituntut melakukannya).

Telah ada pada diri nabi itu teladan yang baik memberi petunjuk kepada jalan yang lurus maka apa ajaran nabi kena ikut dan apa ajaran yang di tegah tinggalkanlah, sebagaimana yang disebutkan di dalam Surah Al-Hasyr ayat 7.

Yang dikatakan sunnah itu segala percakapan (akwal), perbuatan (af’al) dan sifat-sifat (sifah) nabi. contohnya nabi bercakap tentang perkara-perkara baik lagi pemaaf, redha dan sopan. Nabi juga ketua, imam dan pemimpin yang baik.

Pesanan nabi saw: ‘Seluruh umatku akan masuk dalam syurga melainkan orang yang enggan (tidak mahu), siapa yang ikut kataku akan masuk syurga dan siapa yang enggan tidak masuk’.

Segala sunnah nabi saw ada kebaikannya kerana nabi saw tidak bercakap mengikut hawa nafsu.

Contoh sunnah yang mengandungi kebaikan kesihatan seperti:

Mandi pagi -Nabi saw mandi pagi sebelum solat subuh 1 atau 2 jam sebelum terbit matahari, Kajian sains mengatakan orang yang mandi pagi akan meransang saraf tubuh menjadi cergas.

Minum segelas air -Bangun tidur nabi saw akan minum segelas air kosong kerana akan membersihkan saluran seperti usus dan perut dalam badan.

Sujud -Sebelum tahiyyat akhir sujud agak lama sedikit itu sunnah nabi saw, kajian sains mendapati darah turun ke kepala ke suatu tempat yang jarang sampai di otak supaya cergas dan berfikiran waras.

Makanan -Nabi larang campur makanan seperti ikan + telur, kerana tidak baik untuk perut akan memberi tindak balas kimia. Sebab itu kita kadang-kadang sakit perut kerana tidak menjaga apa yang dimakan.

Jari -Sunnah nabi makan dengan 3 jari dan menjilat jari selepas habis makan kerana jari mengandungi enzim yang membantu menghadam makanan.

Memotong kuku -Sunat memotong kuku pada hari isnin, khamis dan jumaat. Dapat membersih kuku kerana ada mengandungi kuma e-coli yang sama keluar dari najis kita.

Contoh sunnah yang mengandungi kebaikan dari segi agama seperti:

Tidak tinggal Tahajjud -ia kerana waktu yang kita paling hampir dengan Allah Taala dan merupakan jalan untuk mendekatkan kepada Allah.

Membaca Al-Quran -Membacanya selalu menjadikan penglihatan mata tajam. jadikanlah amalan setiap hari membaca al-quran.

Masjid -Perempuan afdhol solat di rumah, lelaki tambatkan hati pada masjid. Ia salah satu sebab untuk diakhirat mendapat pertolongan Allah.

Solat Sunat Dhuha -Jadikanlah amalan banyak kelebihannya.

Sedeqah -Boleh menghasilakn sifat belas ikhsan.

Kekalkan wudhu -Berusaha sentiasa kekal dalam wudhu akan menjauhi gangguan syaithon.

Kekalkan Istighfar -Nabi yang maksun juga sentiasa beristighfar maka hidup kita ini banyakkan meminta ampun. Dapat Keampunan Allah itu adalah suatu perkara yang besar untuk kita.

Bersugi -Amalan bersugi sebelum wudhu dapat membersihkan mulut.

Jika berpegang dan mengamalkan sunnah nabi saw, Allah akan cintai dan ampunkan kita. Beramallah dengannya insyaallah diberkati Allah.

hari bahagia. :D

Assalamualaikum.

ewah~ tengok title pun dah tak boleh belah kan. haha. :D
actually, tak ada la "hari" sangat pun. cuma ada satu kejadian buat aku gembira dan tersengih sampai ke sekarang.

hihi. kalau diikutkan dengan line celcom yang sangat macam @$!#@%#%*$$%Q@! langsung tak boleh nak call @ sms. memang sangat sangat menyakitkan hati kan... haiz.
done about ugly things.

syukur sebab ada facebook lagi untuk aku chat dengan dia. :D
bermula dengan topik permasalahan yang guru-guru kini hadapi. yup. memang banyak sangat benda dan kerja yang dicipta khas untuk membebankan guru. aku nak kutuk gobermen kang kena buang IPG pulak. haha. tapi, memang lah. amat menyusahkan sistem sistem yang nak kena key in data bagai tu. kalau ye pun nak buat canggih seiring dengan teknologi, please buat server lain-lain bagi negeri yang berlainan. ingat cikgu kat dalam mesia ni ada 2 3 ratos orang saja kah? haiz.
masalah nak key in satu satu tu satu hal, cikgu pulak banyak veteran, tak berapa nak pro copy and paste macam aku ni. haha. then bila penat penat key in. tiba tiba check, sistem tak dapat pun. tak save! kena buat sekali lagi. mana aku tau? banyak orang cerita dah. makcik aku sendiri pun, sebagai cikgu, memang terseksa dengan sistem ni kata dia. kadang-kadang sampai pukul 2 3 pagi tak tidoq lagi.

so, aku di sini dengan rendah hati mencadangkan agar kerajaan kalau nak buat sistem tu, make sure tak ada kesulitan, sila fikir sebab dan akibat pada guru sama bila buat cara tu. jangan fikir nak up canggih setara macam teknologi negara lain. tapi sebenarnya alahai. poor sangat. agak berapa orang cikgu surf laman tu, tiba tiba crash. yang dok penat penat key in sampai nak habes dah ka. tiba tiba nak kena baut dari mula balik. tak ke sia sia? membazir masa dan tenaga. kesian para guru. dah tu, dipertikaikan lagi mengapa gaji guru mahal? dokter kalau gagal buat kerja dengan betol, mungkin seorang dua saja yang meninggal dunia. tapi kalau guru gagal menjalankan tugas dia. satu generasi akan rosak. fikir-fikirkan lahh.. :)

done about babbling! XD

hee.. just saying that i am not that type of person working under other orders.
sooo.. aku ingat nanti nak kerja sampai habis contract dengan kerajaan saje. about 5 years kot kalau tak silap. lepas tu, aku nak bukak pusat tuisyen sendiri. muehehehe. :D
dan ++ dengan kemahuan my sayang. dia nak bukak kedai. and i am saying that i love to bake cakes and bread. so, we are going to open a bakery soon! haha. :P
beli double story punya kedai. bawah bukak bakery, atas pusat tuisyen. hik hik.
parents yang datang hantar or ambil budak-budak boleh relaks relaks online, makan, minum kat kedai kami sementara menunggu anak. ewah~ kekeekeke. :D

lepas tu, siang siang, check email and orders. haha. selling online! hikhik. nanti nak belajar buat coklat sama la. wah! nanti aku sekali laki aku bertambah bulat! hahaha. oh mai gosh. my children? weekend nak kena work out satu family. hahahahahaha. siyes aku gelak sungguh masa type neh. :DD
#nanti nak kena beli katil batu. waakakkaka. (based on latest post dia kat blog. katil dia patah) hahahhaha
me + you. katil batu okey? :P

okey. dah habes kongsi kebahagian aku dan dia. insyaAllah. eh...

aaa! baru aku teringat. ada satu lagi berita gembira dalam hidup aku. wahh. aku punya daughter dalam IMVU dah pregnant. wah! sumpah jeles. tapi jeles bukan bermakna aku dengki dan sebagainya. aku cuma cemburu sebab aku pun nak jugak! hee.. :3


-----sha-----
tahniah sha. mmy harap sha sehat-sehat selalu. jaga kesihatan diri dan suami! Alhamdulillah nanti sha tak kesunyian lagi. makin busy la sha nak online kan. all the best dear. mmy syg sha. :)
keep in touch yer. miss you so much! lama sangat tak lepak sama-sama. even we just a mother and daughter by online only. but mmy loves you for real syg. <3

p/s : sayang!!! i want it too.. hehehehehhehehehe. >/////<

okie dokie. really done this time. esok ada paper RBT. hoho~
tulat paper BMM.

then merdeka~!! tamat sem 4. :3

doakan saya. :D

Friday, November 2, 2012

Petua mencantikkan diri~

Petua menghilangkan kekasaran/hitam di buku lali @ siku.
tu tu. yang bertanda pink tu.

buku lali adalah kawasan yang kita tak pernah nak sedar pun. eh? buku lali? yang mana tu? kat mana? oo.. tu buku lali ka? haha. abes tu hape? pergelangan kaki? kekekeke. :p

kawasan tersebut, ada sesetengah orang, putih gebu je. ada orang-orang yang tak berapa nak putih macam aku ni, hitam sikit kat situ. dan lama-lama akan jadi kasar. mak aku cakap, sebab kita orang melayu. banyak duduk bersila. sebab tu hitam. hoho~ nunno~

nah serba sedikit petua. :D

Petua yang pertama ialah menggunakan limau nipis atau lemon. Potong limau kepada dua bahagian dan gosokkan pada buku lali selama beberapa minit sewaktu tengah menonton televisyen, movie dan sebangainya.
Biarkan air limau tu kering dengan sendiri pada buku lali yang disgosok. Lepas  dirasakan dah betul-betul kering, barulah dibilas dengan air suam. Eloknya diamalkan setiap hari.

Petua Mencerahkan Siku/ Buku Lali pula.

Sediakan satu cawan susu, teoun gandum 2-3 sudu besar dan satu sudu serbuk kunyit.

Campurkan kesemua bahan tu dalam satu mangkuk bersih dan gaul sehingga rata. Kemudian sapu adunan tu pada bahagian siku atau buku lali atau kedua-duanya sekali dan biarkan selama lebih kurang 30 minit.

Selepas 30 minit,barulah digosok bahagian tersebut perlahan-lahan dengan menggunakan air suam untuk membersihkan atau dalam erti kata lain menghilangkanbahan/adunan yang disapu tadi. Dikatakan juga kalau nak dapat hasil yang tip-top kenalah juga amalkan petua nie setiap hari.

Assalamualaikum dan selamat beramal. :D



Thursday, November 1, 2012

ke ber salahan. :3

Assalamualaikum.

dalam masa tersepit nak study ni, aku kegedikan nak tulis blog jugak. haha.
hari ini dah masuk 1 haribulan November dah. hmm..

actually, dalam draft aku ni, dah ada satu post pasal anniversary. tu aku tulis sebelum anniversary lagi. then, time anniversary, aku holiday~ duduk kat rumah. so tak boleh la nak publish @ tambah lagi.
"kenapa tak buat lepas balik tu?"
errrrrrr... hmmm..

lately... to much to argue. aku kan kureng matang. bajet je macam matang. haha. :P
hmmm.. i am too harsh for him..
and i felt very guilty.
aku dah tulis dah memang vogue gila. (kahkahkah)
aku tulis macam-macam tu sebelum gaduh dunia ke berapa tah antara aku dengan dia. :3
semua yang aku tulis tu too sincere from the bottom of my heart. however it seems different a bit.
not sure what kind of different. but still have something was not like before. something small. maybe the way we already through have made some changes of my thought about him. he still good. a very very good man. loyal to his Creator and parent... and maybe for me too. insyaAllah. i am currently have no point on saying that my love is forever. things can change. and also the love too. Allah had said that love can be more or less. it grows or lessen everyday. so, after marriage, one should always shower the love to the partner to make sure the love still alive even you are already hims.
but one thing i don't really sure, is love will gone?
hmmm.. talking based on my past.. duration to make sure that love already and really really gone is much way too long. sincerely, it is hard. but maybe it is only for me. isn't it? :3


back to the story lah wei! merepek apa nih. haha.
i am saying that i am sorry.. and someday, i will make it to post "that"

and wish me luck for my examination. i will be going. :D

dada~~

Wednesday, October 31, 2012

hey there

hao lio~ haha.

Assalamualaikum W.B.T.

lamanya aku menyepi? hehe. bukan sebab aku sudah kekeringan idea nak menulis. tapi aku terlalu banyak benda aku buat dan banyak buat-buat sibuk. haha.
bagi la cakap @ tulis banyak mana pun, tak kan pernah cukup. :P
kecuali time exam!! :O

hoho~
speaking of examinations!
yes! i am in the middle of it.
and i hate it. haha.
aku macam biasa. buat-buat genius. study tahap last minit terok. haha.
harap-harap aku lulus. >.<
terok kan? tak leh buat contoh neh. kanak-kanak. jangan tiru macam cikgu naa.. :D

lama sangat aku menyepi. tapi aku tak penah lupa kat belog nih. cewah! :P
betuii.. setiap kali ada perkara yang aku rasakan menarik dalam hidup aku, mesti aku rasa "nak cerita kat belog nih!" tapi malangnya, hasrat aku selalu terbatas dek kekurangan-kekurangan yang aku hadapi seperti ketiadaan internet kat rumah aku, kekangan masa, (time aku nak menulis tu, timing tu mesti tak kena), dan juga aku malas nak type @ bukak laptop time tu. (mengharap wujudnya semart phone) hehehe.

sebot pasal semart2 neh.. buat jiwa aku panasssssssss.. masa cuti hari tu, aku membawa pulang tablet aku yang tak secanggih mana tuh. masa aku ke ralit an, aku membiarkan tablet aku di dalam bilik aku, masa tu raya haji, ramai la orang kat rumah aku tu. tidak ku ketahui, anak sedara aku yang sangat !#@!$^(**! telah mencuba merogol tablet aku. arghhh!! aku letak pattern unlock. dia tak tau pattern dia. so, dia cuba cuba dan terus mencuba sampai la aku nya tablet da naik mereng. last-last sampai muncul forgot pattern? dia p gedik klik yang tu! huuuuuuuuuwaaaarghhhhhhhhhhhhhhh! aku menyesal seumur hidup membiarkan semua itu terjadikkkkkkkkk.. tablet aku tak ada sim slot, so memang tak boleh online guna line. tablet aku cuma boleh guna wifi. tapi! masa perkara itu terjadi, aku tak on wifi. jadi. sekarang, aku tak boleh buat apa. dok kat google username and password tu la. aku sakit hati gila. rasa macam nak lempaq ja tablet tu. =.=!

semalam, masa keluar, aku bawak tablet g kedai. memang niat nak format la. aku dah google jalan penyelesaian, tapi memang tak dapat-dapat. g kedai, aku ke malu an, bila tokei tu tanya. "Ipad ke?" aku sengih cakap. tak la. bukan. haizz.. rupa tablet aku ni dah berapa orang dah kempius ingat Ipad. =.="
tokei tu kata, memang tak boleh nak buat apa dah. nak kena format je la. dia pulak tak boleh nak format. tak boleh ke malas nak buat! hmmmm.. aku pun dengan kesakitan kehatian, membawa pulang tablet aku yang layak ganti papan pemotong sayur tuh. grrrrrrrr! DANIEL ZULKARNAIN!!!!!!!!!!!!!! repair balik tablet maksu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! hishhhhhhhhh.. geram!
tu ha. budak yang buat "good" tu! grrrrrrrr!

okeh. done about that. =.="
now aku nak proceed to another story. hmmmmmm..
story apa lagi. dah la. aku nak buat-buat sibuk dengan study lah. tata~

jumpe lagi! insyaAllah. Assalamualaikum! :D

Thursday, October 4, 2012

ewwwwwww

pinjam sat dari belog org.hihi

makan.
menurut kamus kepala saya edisi 21 bererti memasukkan sesuatu ke dalam perut yang mana boleh diterima perut untuk diproses menjadi tenaga dan tahi.

muahahahaha.
makan adalah satu keperluan untuk hidup. namun, selain adab untuk makan di hotel atau majlis formal, anda juga perlu tahu satu adab yang sangat penting!
iaitu....

makan dengan menutup mulut!

 or else..
"chap chap chap.."

haa..tudia.. siap tersemboq ayaq lioq. haizz


errrrr.. aku boleh kata geli jugak la kalau makan berdekatan @ bersama dengan orang macam nie. =.="
arghhh.. dari jauh aku dengar pun macam nak p sepak mulut dia. suruh makan properly! haha.
biadap betul i ni. hikhik.
hahaha. geram oooo.. aku tak suka!!! (over reacted)

tambahan pula kalau insan tu kita dah tak suka kan.. makan pulak bunyi chap chap chap. argh. terseksa batin aku.. T_T

"nobody is perfect"

errr.. awat cek? cek memang dilahirkan tak boleh tutup mulut ke.. v.v sayu nyeee...
kalau tak, maknanya, anda masih boleh mengubah kelakuan anda itu!

cuba lah.. ketika makanan penuh dalam mulut, makan dengan menutup bibir-bibir anda yang seksis tu. kompom tak bunyi. kalau ada bunyi pun, mungkin bunyi "kriuk kriuk"
makan benda rapuh la kan.. itu tak per lah encik. dah benda tu rapuh @ rangup, tak kan nak lembut @ lembikkan dia dulu kot. tak ada nikmat kehidupan lah berader.

alang-alang menaip ni, aku nak share sikit aku punya rules ketika makan. semua ni diturunkan daripada my dearest family..

makan tu kasi habis yaa.. maknanya! kalau makan tu dah kenyang sangat tu, memang selalu aku tengok kawan-kawan aku yang dah kenyang (=.=") tu makan kan.. yang tu okayyyyyy laa..
maksud kasi habis ni, insan tu dah makan kasi habis dia punya nasik (ayat keling. haha)
tapi, tanpa dia sedari, ada lagi nasi kat celah-celah tulang ikan ke, atau ada sebutir 2 3 butir kat tengah, tepi pinggan. dan kalau dikumpul, boleh jadi sesenduk nasi lagi!

on me and my family opinion! makan tu biar habis. membazir amalan syaiton! hoho.
ada pandangan lain pulak cakap, kalau makan macam tu, nampak macam lapar la @ pelahap la. atau macam tak makan setahun ke. whattttt? =.="
bukannye kau makan sekali dengan pinggan tu, bukan kau angkat pinggan tu jilat sampai tak payah basuh dah. burrrrrrrrrrr. (tertiru gaya mat luppi. hihihi)
haisshh.. ape ape jer lah kan.. pandangan masing-masing. tapi bagi family aku, lebih baik pinggan tu tiada sisa yang masih boleh dimakan. sebab ia akan dikira membazir..
argh! sedapnya gambar ni! aku tengok pun terliurr.. sluuuurrrpppppppp!

dan, makan tu jangan nak loqlaq naa.. hehe. jangan makan dengan cara atau perlakuan tidak senonoh. macam biasa. ada adab makan. sebagai manusia yang hari-hari makan tu, tak kan tau kot cara makan yang betul? melainkan kalau hidup awak tu forever alone. makan sorang-sorang. keciannyewww awarkk.. :3

hmmm..tapi aku tengok sekarang. mak aku pulak yang dah susut selera makan dia.. hmmmmmmmmmmmmm..
sayang mak.. mak pun kadang-kadang makan tak habis. tak lalu katanya.. padahal nasi dah aku sendukkan sikit dah pun.. hmmmmm.. takpe la mak. asalkan mak sihat selalu.. >.<

#nota tak ada kaitan dengan topik : aku balik rumah minggu ni. oyeah! :D

okeh. ting ka yu sebab membaca. Assalamualaikum~

KDH 4991 :'(

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrgggggggggggghhhhhhhhhhh!!!

tiada kata yang dapat aku gambarkah ketika aku meng "view" lama dari JPJ yang menyatakan no plat idaman kalbu aku ni sudah diambil orang. bagai orang putus cinta aku meraung dalam bilik ni. haha.
damn! owner KDH 4991. nanti kalau tak mau dah kat keta @ moto tu, saya nak beli. :'(
pleaseeeeeeeeeeeeeeeee...................... D;

nah.. tengok la gambar yang sangat menyayat hati aku ni. menyiat-nyiat robek tusuk-tusuk tikam dan racun hati aku ni.. TT_______________________TT

nombor sekarang dah cecah 6*** so, angka 4 dah lepas. T_T

aku check kat sini.  hukhuk. walaupun takda makna sangat la kan nombor plat ni. tapi bagi aku tidak! ia adalah bermakna. ada kepuasan sendiri. heee.. hmmmmmmmmmmmm.. tapi kecewa. :'(
hari tu aku dah hampir-hampir menjadi pemilik kereta. tapi malangnya ada beberapa perkara yang menjadi penghalang aku. bla bla bla. maleh nak panjang cerita. so alkisahnya. kensel. nanti-nanti pulak la p tengok kereta. sedih.... aku baru ingat nak beli keta dan beli nombor plat camni sekali. paling syiok, aku p tengok kat kedai tu. (kedai sekenhen je, student cam aku tak mampu lagi nak beli keta mahai2. :P)
kat kedai aku p tu, ada no plat aku! hihi (semua yang 4991, semua aku kata nombor aku. hehehe)
keta saga SE putih. cun gak la. nombor plat KCN 4991. berenti ja kat depan kedai tu, mata aku terpana kat nombor plat tu. ekekekeke..
aku bising-bising kat mak aku. mak.. tengok ni. mak aku tau dah. aku macam nak sangat dah kat kereta tu.. hehehe..kesian kat aku kan.. :(

wuwuwuwuuuuuuu... ada la tu hikmahnye tak dapat nombor peberet aku tu.. huwaarghhhh.. pasqah.. D;
*berangan- kalau la birthday aku angka 9 lagi best kan.. 9991. hohoho. 9 kan ujung. sempat lagi aku nak meng"order". hurmm.. sabaq je la... :(

okay la.. biar ku tanggung sengsara ini seorang diri~~~~~ u_u

tata~ T_T


Monday, October 1, 2012

all about missing!

oyeah~

tidakku tahu mengapa mood jiwang melanda aku semenjak dua menjak ni.
semua aku nak rindu.. heee.. :3

semalam bagai nak rak merindukan si dia. kekekekke. :P
harini pun rindu jugek. tapi tak serindu semalam~ lalala. :3

hari ini bukak web IMVU. then... rasa sepi~
macam biasa.. masa tu baru teringat dekat my one and only daughter. hmmmm..
dia sedang berbahagia kat sana~
baru sahaja diijabkabulkan. Alhamdulillah.. dah jadi bini orang dah. hihi.
#tengok tu, anak je dah kahwin, mak dia bila lagi. :P

rinduuuuu.. sebab dah lama tak berborak sekali.. dia cakap lepas kahwin, dia tak mau dah main IMVU. aku pun dah lama pencen. kadang-kadang ja on. hehe. so, bila on pun rasa macam invisible. konon macam ada offline mode la kan kat IMVU tu. padahal forever alone. -.-"
hoho~ rindu la kat sha! semoga berbahagia.. yang tak boleh pergi tu, facebook pun dia deactive. adehh.. x_x
nak mesej pun aku tengah pokai. sedih kot. tadi nak send mesej, pastu tak lepas, celcom send balik, you have no insufficient balance bla bla bla. sadis gila. nak send kat aku nye 8pax je pun. bayangkan. setengah sen pun dah tak ada. T_T
memang musim gawat habis habisan nih.. duit banyak melayang. tak macam sem lepas. sempat jugak aku buat saving. hmmm..
nak p cari jadual exam lah. nak menghitung berapa hari lagi nak duduk kat sini. >.<

okey lah. sudah nak maghribi pun. saya mintak diri dulu!
dan! saya rindu shamimi!!
saya jugak rindukan amirdzul!!
saya sudah semestinya merindukan mak dan abah saya!!

love you all sampai jannah. insyaAllah.

what time is it? =.="

hoho.

sekarang dah pagi ke?
tapi aku tak tido lagi nie.. T____T

currently i am finishing all of my assignment! argh! harap-harap lepas habis semua ni, habislah! haizz..
eh. correction. aku bukan finishing menaip, aku tengah repair printer aku yang SANGAT MANJA ni lah kan! grrrrrr.. sabaq je lah. huwaaaaa... T____T
ada hitam biru dan merah je. biru pulak takdak!
selalu biru yang keluar melimpah ruah.. iskkk..

nak repair macam mana lagi la. lama-lama aku boleh bukak kedai repair printer. =.="
while waiting for MY SAYANG NAK ELOK, aku meraban sana sini. bukak facebook, sekor pun dah tak ada. x_x
twitter, ada la retis-retis post morning bagai. harap member-member aku, kompom semua lena dibuai mimpi sekarang nih. hukhuk.
damn. cepat la oke printerku sayang. TT___TT

hmmm.. sementara tunggu dia dok buat macam orang start engine kereta la, motor la, aku pun usha-usha la apa ada lagi kat internet ni. then ternampak my recently. ada belog mamat ni. dah la url nak sama dengan i. tak malu. :P
diaryhatikecilaku.blogspot.com

tengok la belog dia yang kusam masam dam suram. -.-"
huuuuu~
yes. i admit it. i miss you so much..
hmmmm.... at least, terubat rindu baca your writings. even writings tah hape hape. layankan ajelah. because i know that is from your heart and mind. hmmm.. how could i write my feeling into words? hohoho. i cant!
just one sentence. i miss you, i love you.
wuuuu~ (romantik tak? haha. geli-geli gitu kan. mohon tutup mata bagi yang tiada kaitan. :P)

dan! sambungan nih! 
sebab tu la saya ni sibuk sibuk mintak awak tu tulis belog awak! 
sebab bila awak tak ada, saya rindu, saya baca la. 
awak tu malas sangat. nak taip mesej pun malas. nak tulis belog lagi la kan...
lalalallalalalala.. :P :P :P :P

hmmm.. pray for may sayang manja-manja printer ni. please dear. i need you.. T______________T
help me! i love you lah. please love me back by helping me print all of my works! D;

Sunday, September 30, 2012

l o v e


hmmm.. rinduu... hukhuk...

saya mintak maaf ye awak... saya malu............. wuwuwuwuuuuuuuuu~   v.v




p/s : anniversary dah nak dekat. hohoho.. nak hadiah! :P

subject : cintan cintun

hoho~

akan ada satu ketika di mana kamu akan menyayangi seseorang itu.
kadang-kadang rasa macam sayang gila! kadang-kadang rasa macam.. errr.. sayang kot..
dan ada pulak sampai rasa macam bencinya!! hmmm..

adat la kot kan?
macam yang ustaz Azhar Idrus cakap, hati perempuan ni lemah. senang dibuai oleh kata-kata syaiton. huhu~
meme la.
aku selalu sokmo mood swing~
hmmm..

lately aku ada mengamuk sakan dekat si dia..
aku dah nekad se nekad nekad nya dah.. rasa tak tahan tau long distance relationship ni.. >.<!
aku dah buang hampir semua pasal dia. contact number semua dah delete, facebook dah buat single and unfriend siap block lagi. kat blog ni pun sudah ku buang gambar dan segala mak nenek. wuuu~ cuma tinggal satu folder gambar lagi kat lappy. masa nak delete tu, tangan menggigil-gigil. last-last tutup lappy kuat-kuat. terus sumbat telinga dengan mp4. pasang lagu kuat gilaa.. bila ada perasaan macam-macam, aku kuatkan lagi mp4 tu..dan aku akui, malam tu la kali pertama aku dengar mp4 aku sampai full volume. tu pun aku rasa tak cukup lagi..
mungkin syaiton join skali kan? masa aku marah tu, aku tak pergi ambil air sembahyang pun. bagi cool sikit. hmmm.. tahniah syaiton. anda berjaya memanaskan aku sepanas-panasnya. 2 bijik henponku juga telah melayang bagai layang-layang berbattery. heeee... :3

--hoho. tak leh buat bini nih. kaki baling-baling. :P

hihiihi.. malu i. ada sapa lagi baca belog ni eh? sunyi jee.. takde orang kot. muahaha. lagipun aku tak penah nak pomot kat mana-mana belog nih.

#eh eh. dah menyimpang. heeeee..

oke oke..

aku nak membicarakan disini apabila kamu menyayangi seseorang itu. kompomlah sangat susah nak lupakan dia kan? dalam kes aku ni, aku sayang! tapi marah.. eh benci.. eh.. ntah.. tak sure.. -.-"
ok lantok la pasal tu.
yang sure, bila orang yang sayang tu rayu dan cakap itu ini.. hmmmmmmmmmmm.. cayor tu memang la.. >.<
hishh.. macam mana nak cakap eh....
x_x

sedangkan quotes yang aku baca pun banyak cakap susah nak melupakan ex.. hoho. so aku ni yang aku sorang saje nak putus ni memang takkan berbunyi la tepukan aku kan.. tapi.. aku macam mana ntah...

haishh.. takpelah.. aku redha je la.. biar la masa menentukannya.. semua dah tertulis..
dan.. kata-kata dia nak call mak aku sendiri nak mintak izin kawan dengan aku tu buat aku agak errr.. ntah.. tak tau la nak cakap.

let's wait and see lah..

dan. aku malu sebab aku kasar. :3
'>.<!!
malu woi.. hahah. malu dengan diri sendiri. malu dengan dia. malu dengan manusia yang ada terbaca belog nih. hoho. biase la kan.......... saye pun manusia biasa... :x

hmmm.. ok lah. sudah habis merepek.. any opinion, mohon komen. :D




Saturday, September 29, 2012

sakitnya hati..


Tajuk Lirik/Lagu: Setia Ku Korbankan
Artis/Penyanyi: Fauziah Latiff
Inikah dugaan yang ku terima
Menyintai mu sepenuh jiwa
Untuk bersama mu
Kesabaran membakar fikiran
Rinduku embunan di lautan
Cintamu debunga berterbangan
Tak pernah mempeduli kasih sayang
Yang aku korbankan
(Korus)
Kau janjikan bahagia
Namun kau hantui dengan gurauan berbisa
Kau janjikan setia
Rapuh ku berpegang untuk hidup bersamamu
Kembalilah hangati semula asmaraku denganmu
Demi cinta suci
Andainya tak mungkin ku miliki
Keayuan kasih impianmu
Lepaskan asmara di jiwaku
Setia ku korbankan
(Ulang Korus)
Setia ku korbankan

layan lagu ni time-time mood cam hampagas memang boleh membuahkan hasil air mata seperti air paip bocor yang mencurah-curah. meluatnya!!!!!!!! rasa macam nak sepak-sepak kepala kau. arghhhh.. =.=!!

Friday, September 28, 2012

fahami lelaki.



lelaki ni macam mana ye sifatnye? apa yang diorang nak eh?
cakap pasal lelaki je tup dalam kepala tu "boyfriend" kan?
ada jugak kawan lelaki, adik lelaki, ayah, abang. hehe. (intro tah pape kan?) kui kui kui.
kat bawah-bawah ni semua berkaitan dengan hal gepren boypren la kot. hasil kopi pes je. ngee. :D

cekidot~

1. Lelaki tidak benar-benar memilih gadis yang cantik

2. Mereka lebih suka gadis yang pembersih dan kemas.

3. Lelaki benci kekasih di'ngurat'

4. Seorang lelaki boleh suka anda untuk seminit, dan kemudian melupakan anda.

5. Ketika seorang lelaki berkatadia tidak memahami anda, itu hanya bermakna anda tidak berfikir seperti dia.

6. "Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? "adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon hanya untuk mengelakkan gagap.

7. Mungkin lelaki mengurat sepanjang hari tapi sebelum mereka pergi tidur, mereka selalu berfikir tentang gadis yang benar-benar mereka sayang.

8. Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda.

9. Lelaki cair bila melihat senyuman gadis.

10. Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis itu.



11. Lelaki benci kalau anda berbicara tentang bekas teman lelaki anda.

12.Apabila lelaki berhasrat ingin bertemu orang tua anda. Biarkan mereka.

13.Lelaki juga boleh menangis!

14.Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekalipun.

15. Lelaki tidak dibuai oleh mimpi dan terlalu mengharap.

16.Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah meninggalkan mereka, dan ini membuat lebih sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.

17. Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk kembali.

18. Memberikan lelaki mesej tergantung seperti "Kau tau apa?!... Argh ... Takde apa-apa!" Akan membuatnya memberi kata putus yang tidak pernah anda fikirkan.

19. Seorang lelaki mampu mengurat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis mereka benar-benar cinta.

20. Ketika seorang lelaki membuat "umm" berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untukmu, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia tidak menyukai anda.



21. Ketika seorang gadis berkata "tidak", seorang lelaki mendengarnya sebagai "cuba lagi esok".

22. Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar inginkan sebelum dia faham itu dengan jelas.

23. Lelaki benci gay!

24. Lelaki sayangkan ibu mereka.

25. Seorang lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan semata-mata ingin membelikan anda beberapa kuntum bunga ros.

26. Seorang lelaki sering terfikir tentang gadis yang suka padanya. Tapi ini tidak bererti bahawa lelaki menyukainya.

27. Anda tidak akan pernah memahami lelaki kecuali anda dengar cakap dia.

28. Jika seorang lelaki mengatakan pada anda dia mencintaimu sekali dalam seumur hidup. Dia benar- benar kata begitu.

29. Hati-hati. Lelaki mampu menyebarkan gosip keseluruh dunia lebih pantas berbanding perempuan.

30. Perempuan adalah kelemahan lelaki.



31. Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.

32. Ada baiknya untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda percaya padanya. Tapi jangan biarkan dia menunggu.

33. Tidak ada lelaki yang jahat ketika bercinta.

34. Lelaki benci kalau pakaian mereka menjadi kotor. Meskipun titik kecil.

35. Lelaki akan benar-benar mengagumi gadis-gadis yang mereka suka meskipun jika mereka tidak secantik mana.

36. Kawan baik anda, yang menjadikan dia sebagai rujukan bagi teman lelaki anda tentang masalah dengan anda mungkin berakhir dengan teman lelaki anda syok pada dia.

37. Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah , dia hanya perlukan seseorang untuk mendengar dia. Anda tidak perlu memberi nasihat ...

38. Sebuah tindakan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu menyukaimu adalah ketika dia menggoda anda.

39. Seorang lelaki sentiasa ada cara untuk membuat anda tidak rapat dengan lelaki lain.

40. Lelaki cinta gadis yang menggunakan otak dikepala lebih dari gadis otak di kasut.



41. Lelaki cuba untuk mencari patung yang gadis ingin namun sayangnya pasti akan memilih yang salah.

42. Lelaki boleh berbual tentang apa pun.

43. Lelaki tidak boleh menyimpan rahsia yang perempuan beritahu mereka.

44. Lelaki berfikir terlalu banyak.

45. Fantasi lelaki tidak terbatas.

46. Ketinggian seorang perempuan tidak penting tetapi berat amat penting bagi lelaki.

47. Lelaki cenderung lebih serius dengan hubungan mereka dan menjadi terlalu cemburu.

48. Ketika seorang gadis membuat lelaki menempuh pelbagai halangan selama bercinta, sukar baginya untuk melepaskan gadis itu.

49. Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk melepaskan kekasihnya setelah mereka putus terutama ketika mereka sudah bersama selama 3 tahun atau lebih.

50. Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda inginkan sebelum bersama dengan lelaki itu.



51. Seorang lelaki perlu mengalami putus cinta, kerana jika dia terlalu bagus, tidak pernah putus cinta, tidak pernah rasa sakit hati, dia tidak akan matang dan menjadi dewasa.

52. Ketika didatangi pelbagai kesulitan, lelaki lebih cenderung menyalahkan diri sendiri berbanding menyalahkan kekasihnya. Mereka juga mampu melukai diri sendiri secara fizikal.

53. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah, tapi mempunyai keazaman yang lemah.

54. Lelaki mungkin adalah harimau dalam kumpulan sebaya mereka, tetapi mampu dijinakkan oleh perempuan.

55. Ketika seorang lelaki berpura-pura menjadi tenang, check adakah dia berpeluh. Anda mungkin akan melihat bahawa dia gugup.

56. Ketika seorang lelaki mengatakan dia akan tergila-gilakan gadis itu. Dia benar-benar maksudkannya.

57. Ketika seorang lelaki meminta anda untuk meninggalkan dia sendirian, dia hanya bermaksud,
"Jangan pergi dan dengar saya"

58. Lelaki tidak benar-benar memiliki kata putus.

59. Ketika seorang lelaki mencintai anda, dia memberikan yang terbaik dalam dirinya.

60. Jika seorang lelaki mula berbicara serius, ianya sangat penting!



61. Jika seorang lelaki terlalu senyap, katakan sesuatu! Mungkin dia ada masalah.

62. Lelaki percaya bahawa tidak ada cinta pada pandangan pertama, dan kemudian menyedari pada akhirnya bahawa dia salah.

63. Lelaki suka perempuan yang bersikap keperempuanan.

64. Lelaki tidak suka perempuan yang suka pukul lelaki

65. Seorang lelaki dapat mengetahui apakah gadis itu suka padanya tapi tidak pernah yakin kecuali gadis itu kata kepadanya.

66. Seorang lelaki akan membuang-buang masa dengan video game dan bola sepak, sama seperti seorang gadis yang terhadap novel dan make-up

67. Lelaki cinta gadis yang boleh memasak atau membuat kek. .... Amat-amat cinta.

68. Lelaki suka seperti perempuan yang seperti ibunya. No kidding! ... ... Tetapi hanya bila lelaki itu bersedia

69. Seorang lelaki mempunyai masalah lebih banyak daripada yang boleh anda lihat dengan mata anda.

70. Kawan baik teman lelaki anda tahu segalanya tentang dia. Gunakan peluang ini!



71. Jangan sombong. Lelaki boleh dengan mudah menyerah pada tanda pertama akan putus cinta.

72. Jangan bias. Cuba mencintai seorang lelaki tanpa prasangka dan anda akan terkejut.

73. Lelaki lebih banyak bercakap daripada perempuan terutama ketika topik tentang perempuan.

74. Lelaki tidak memahami kenyataan "Get Lost" dengan baik.

75. Lelaki benar-benar berfikir bahawa perempuan adalah sukar dibaca dan mempunyai keputusan tak terduga tapi masih menyayangi mereka.

76. Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilau kasut mereka tidak seperti perempuan.

77. Lelaki cenderung membuat tanggapan yang tidak benar terhadap perempuan bahawa semua perempuan itu sama, dan mereka akan menyedari bahawa mereka salah.

78. Setiap lelaki boleh menangani semua masalah-masalahnya oleh dirinya sendiri. Tetapi dia terlalu keras kepala untuk menghadapinya.

79. Lelaki merasa begitu keberatan ketika seorang gadis bersumpah.

80. Titik kelemahan lelaki berada pada lutut.



81. Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak cool tapi masih memikirkan cara mengatasinya.

82. Ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau syokkan kamu.

83. Apabila anda menangkap teman lelaki anda curang dan dia meminta peluang kedua, berikan kepadanya. Tapi ketika anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang lain, tinggalkan saja. Dia tidak serius dengan anda.

84. Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan perhubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda.

85. Jika anda mempunyai teman lelaki, dan kawan teman lelaki anda selalu menjeling anda, itu jelas menunjukkan bahawa dia cemburu setiap kali anda dengan kekasih anda, dan dia lebih cintakan anda lebih daripada teman
lelaki anda.

86. Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari novel cinta yang perempuan baca dan mengambil sebagai asas pengalaman mereka.

87. Anda boleh mengetahui adakah seorang lelaki benar-benar terluka atau sakit ketika dia menangis di depan anda!

88. Jika seorang lelaki tiba-tiba meminta anda untuk dating, tanyakan dulu mengapa.

89. Ketika seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda meskipun hanya untuk satu malam, letak telefon. Dia juga kata begitu untuk gadis lain. Dia hanya ingin mengurat anda dan kadang- kadang hanya untuk permainkan anda.

90. Anda benar-benar boleh mengatakan bahawa seorang lelaki memiliki niat yang baik jika anda melihat dia bersembahyang ketika keluar dating.



91. Lelaki tidak akan mencari nasihat dari seorang lelaki melainkan dari seorang gadis.

92.Perempuan dibenarkan untuk menyentuh hal-hal melibatkan diri lelaki. 'Tetapi bukan pada rambut mereka!'

93. Jika seorang lelaki kata kamu cantik,lelaki itu suka anda.

94. Lelaki benci perempuan yang gedik.

95. Lelaki mencintaimu lebih dari kau mencintai dia JIKA dia serius dalam hubungan anda.

96. Lelaki cair ketika gadis menyentuh tangan-tangan mereka.

haa.. amacam? ada betui ka? hihi. hensem tak semua boyfriend i kat atas tu.. ada 2 Aaron Aziz dan satu maher zain. yang lain tu semua my lovely handsome and crazy dear Johnny Depp! hohoho. memang giler sangat kat mat saleh sorang tu. x_x muka dia ensem banget.. machoooooooooooooooo.. i like that tulang kat pipi tu. ape ye.. tulang gigi geraham tu.. yang belakang tu.. cer tengok muka kekasih hati i tu. see? tulang yang buat pipi dia nampak macam cengkung tu. whoah~ i like like like. kekekeke. gedik. nanti nak buat entry pasai johnny depp saje la.. yeehaa..wuuu~ geram tengok kan... napsu i membuak membara sokmo. hahahhahaha. ober siot kan.. :P
sukeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee... i lap u my captain jack sparrow.. haha. oke. merapik suda..

mekaseh kerana membaca. :D

Thursday, September 27, 2012

picture talk -ing.






me?



i am selfish, impatient, stubborn, grumpy and always make mistakes. i am out of control almost every time and hard to handle too. But if... you can't handle me at my worst, then you sure as hell don't deserve me at my best. then if you are succeeding, of course i am yours forever. InsyaAllah.

again. for you.



it has been a while..
days..
weeks..
month...
and a years will be...

it must have been so hard on you..
i am sorry for all  hardship that i have put you through..
i am sorry for the helping hand that you hardly lend..
i wish i have a better friend - ship..

how do i tell you i am sorry?
with a gesture?
with a look deep in the eye?
or a touch with full of love and forgiveness..
but all of them are only in my dreams.
you're too far..
but..
yet always inside me..
why did i always say that i am alone?

but how will i ask for forgiveness?
when i keep repeating it even i don't want to..
i hurt you so much..
i am so sorry..
i regret it..

but..
i am sorry....
if..
i will do it again...
i am so sorry..

one thing you should always remember..
that..

no matter how much i say that i hate you or told you that you should go away and find another women. that's all are lies. i need you and will always need you. i will cry in my small heart when i heard you cried because of my wrong doing on you. when your tears fall, my world trembled. your tears are my weakness but still, i acted like those were just your way to ask my attention. i keep giving you a rough way. still, you wont give up on me. thank you. thank you so much. you are too special. but i got nothing left to show you that i am special too. then i found up that i am nothing. this is too hard. i can't admit that i am too stubborn. i am sorry...

i am sorry..



i am sorry..
i am so sorry..

i am going to say that...


Three words,
Eight letters,
One meaning;
a profoundly tender,
passionate affection
for another person.
I love you

The phrase gets misused,
and misunderstood.
Most people don't know
what it's like to feel love...

When they see that person,
their stomach flips,
sweating in cold,
and someone lets butterflies
free in their stomach.
They constantly think about that person,
they never leave their mind.
When they think of them,
they automatically smile.

That is the effect of
I love you.
Three words,
Eight letters.

I L O V E Y O U

Monday, September 24, 2012

komplikasi (makna)

haha. bosan. aku google jugak. cari makna.

ni dia.

komplikasi.
1. kekusutan (sesuatu keadaan, kerana bercampur aduknya berbagai-bagai perkara atau timbulnya unsur atau faktor yg merumitkan); 2. penyakit baru atau perkem­bangan baru pd sesuatu penyakit yg menjadi­kan lebih rumit utk dirawat dan diubati: akibat tersalah makan ubat, ia mendapat ~ dan terpaksa dirawat di rumah sakit.

terima kasih kepada. kamus ni sebab membantu.

aku punya komplikasi adalah komplikasi yang no 1 tu ha. no 2 tu mintak simpang la. >.<

oke babai! nak buat-buat rajin sat.

:D

komplikasi

sebenarnya aku pun tak sure meaning komplikasi tu. hoho.
saja suka suka main bantai ja. malas nak google. kalau hampa nak tau, p la google sendiri. haha. :P
jangan marah na.

back to topic.
aku sangat komplikasi ni. haha (padahal tak tau makna)
arghhh. aku suka meleret! aku nak cakap aku tengah serabut dan keliru!!!!!!! hmmm..

kalau diiukutkan hati, nak je berhenti belajaq kat sini. nak kerja sendiri. hmm..
tapi menjadi seorang guru ni satu impian mak. nak tengok anak dia jadi cikgu. :(
kenapa cepat sangat aku give up neh. hukhuk.

aku nampak je macam seorang yang sangat kuat dan berdikari. padahal, lemah, rapuh dan tak sekuat mana..
aku selalu macam tu sebab i am pretending to be. tapi bila dah kusut masai macam ni, aku perlukan seseorang nak support. support dengan ayaq lioq pun kira boleh lah. one person still for me, keep supporting is my love. thanks a lot sayang. tapi aku tak boleh tamak. dia pun ada life dia. tak boleh nak be there for me for 24hours. the rest, aku harap kan kawan-kawan.
tapi..........
huh?  nampak banyak kawan kawan kat tepi neh. -->
takkan aku nak "alone" kot?
hmm.. biarlah aku simpan sendiri.

macam sayang aku jugak. depa pun ada life depa sendiri, ada pilihan depa sendiri, ada jugak kehendak depa. aku tak paksa. aku macam biasa. cuma menumpang mana-mana yang ada ruang. bila aku nampak dah tak ada ruang dan memang ruang ada tapi tak dibenarkan, aku tarik diri. berdiri aku seorang macam aku sangat kuat. padahal aku menggigil kesepian.
aku muka tak tebal macam orang tu. mana ja nak mencelah. asalkan dapat sama tumpang dan kongsi kelebihan. aku tak. aku lebih kepada give and take. tak ada siapa pun yang nak give kat aku. so, aku tak take lah. hoho.
(nak kena sound entry aku kali ni. banyak bahasa rojak. :P)

komplikasi yang aku alami adalah dimana aku rasa dah nak give up kat sini. tapi bila fikir fikir balik, ni adalah impian mak. aku sayang mak. impian mak seboleh-bolehnya aku nak jadikan kenyataan. sebab aku tak mampu lagi nak bagi kat mak dari sudut kebendaan, jadi aku cuba nak tunaikan hasrat mak.

mak.. adik mintak maaf. adik takut adik tak berjaya macam mana mak nak. terima kasih mak sebab semua ni usaha mak. mak yang berdoa siang malam untuk adik. tanpa mak, adik dok tanam anggur ja sekarang ni.
InsyaAllah, selagi adik mampu, adik cuba mak. walaupun perit, sakit, adik cuba jugak.

bumi mana yang tak ditimpa hujan? (jap, bumi ada satu ja la. hoho)
makna dia disitu, negara @ tempat mana yang tak hujan.
meanings - semua benda ada pros and cons dia. haizz..

arghh.. meleret lagi. haha.
maksud aku!! hidup sapa yang senang ja sepanjang masa?
hidup sapa yang susah ja sepanjang masa?
hidup sapa yang ketawa ja sepanjang masa? (kecuali orang gila)
hidup sapa yang nangis sepanjang masa? (kecuali sawan nangis)
hidup sapa yang ditakdirkan berbahagia tanpa dugaan?
kalau ada, meh2 comment. aku nak berkenalan tanya macam-macam kat dia.

kalau ada orang kata :

ada je lah orang yang bahagia setiap masa. orang yang beriman kepada Allah dan sentiasa redha dengan kehendak dan ketentuan-Nya.

ye, aku setuju tu. tapi, makin beriman seseorang tu, makin kuat dia akan diuji oleh Allah. semakin Allah uji, maknanya, Allah semakin sayangkan dia.

jadi, sebagai seorang manusia yang normal. adalah sangat mustahil untuk dia tidak berperasaan. cuma cara dia mengendalikannya saja berlainan.

contohnya, adala seorang hamba Allah yang beriman, dia bernikah, tetapi tidak dikurniakan anak. walaupun dia berdoa dan berusaha, namun tak berhasil, tapi dia tetap redha dengan ketentuan Allah.
TETAPI... disitu, tipulah kalau dalam hati dia tidak ada rasa walaupun sekelumit sedih, kecewa dan yang sewaktu dengannya.
dan.. nak tambah lagi, (ala-ala drama melayu)
Allah nak uji lagi hamba Allah ni. Allah nak tengok kekuatan iman hamba ini. dia pun ambil nyawa insan yang paling dia sayang. kan tadi sudah la tak tapat anak, isteri pulak meninggal dunia. di situ, aku rasa sangat musykil kalau hamba Allah tu tak sedih. pelik.. jadi nampak tak contoh aku yang panjang berjela ni? semata-mata nak buktikan yang tak akan ada kehidupan yang bahagia tanpa dugaan.

tu satu je la contoh yang aku dapat bagi. nak banyak lagi nanti meh sembang dengan aku. aku banyak idea lagi nak mereka reka cerita neh. hehe. aku kan berbakat sangat nak jadi director. (mwahahaha. perasan sat na)

eh. terkeluar topik. =.=

hmmmm... itu saja lah aku nak berkongsi. yang aku KINDA FED UP LIVING HERE.
faktor persekitaran, faktor duit, faktor kawan, faktor hormon (errr..) arghh.. semua faktor aku nak babitkan nih. hmmm..

assingment tu aku tak tau macam mana. aku rasa macam tak mau buat je. :D (senyum sebab aku rasa macam nak reyau gila Bab1)

hoho. bila aku dapat masalah, kadang-kadang aku rasa cam. -mati lebih baik- haha (unmatured!)
so. konklusinya kat sini! give me a partner!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

i need someone!!! haizz.. abah, mak, kahwinkan aku.. hehe.

oke tak? tak nak buat assigment? dah la tu aku punya major. siot je kan. T_T
kredit 4 ke  3 tah. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... sumpah rasa cam nak p bercuti jauh-jauh tak mau balik dah. :(

ooh. memang aku punya sifat suka lari dari masalah la ni. hohoho. tiba-tiba aku terkenalpasti satu sifat aku.

dah. makin meleret dah nih. aku mintak diri dulu na. kalau kira dengan jari jemari aku yang cantik ni memang nak taip sampai esok.

terima kasih kerana membaca, sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu adalah kesilapan aku sendiri. mohon tegur dengan baik. :)

--ada 4 perkara yg telah ditetapkan sebelum kelahiran, iaitu, jodoh, rezeki, ajal maut dan qada' dan qadar (nasib).

Wallahu'alam.

you just like a SHIT



i hate you so much.
i don't know how to describe you more in words that the things that i hate the most is you.
you such a person who cannot be a loyal friend.
you just be friend with people whom has good fortune to you.
in case they have some advantages, you keep in line with them.
but then when they are not important for you anymore, you just left them like your shit. flush away without looking or cares  about it anymore.

END

(even i got lot more in my mind, but i am not like you. thank you)

Friday, September 21, 2012

nak nangis!



tengok tittle kat atas tu. ^

hehe. ngadeee tak? tu la dialog aku dengan si dia bila gedik. haha. :P

tapi sebenarnya memang nak nangis! hurmmmm.. rinduuu.. sob sob..

titew winduw tart awark tau tark..

ngeh3. gelenya (gedik versi utara) tol aku neh.

amirdzul!!! where are you! nak kene pok sampai merah la tu. =3=
nak majok..      majok!!
mmmmmmm...

pujuk cepat.. kite tengah majok ni. tak nak kawan.......

What to do?

currently i am not in the mood. :/
have you ever being in the busiest state but you still feel bored. -_-
yeah, that is me now.

whoah. speaking london mak. hihi.
aku sekarang stress. hmm..
huwarghhhhhhhh.. hendak ku rayu~~ namun pada siapa. cehh.. tak mau aku rayu-rayu. lalala~

tersebutlah alkisah... ada seorang hamba Allah ni yang telah menyulitkan perjalanan hidup aku di tempat pengajian aku nih. mengapa?
aku pun tak tahu~ hmm..

telah diutuskan untuk kami menyiapkan kerja secara berpasangan, aku dengaq ja perkataan "pasangan" tu, hurmpphhh.. =.="

jadi, aku dengan malasnya, buat macam tak ada apa-apaa~ weee~ riang ria raya~~

haha. siot kan? due date isnin ni, tapi haku tunggang langgang lagi. u_u
masih lagi kat langit ke tujuh itu punya kerja.
kerja tu memang tengok mereka-mereka buat macam nak mati je. tu kerja share-share tu. kalau aku buat sorang macam mana la ye agaknye? hukhuk.

nak luah perasaan sikit boleh? :3

awak ni kenape ha?
awak tak puas hati kat mana?
pasal assigment haritu ke?
nak saya mintak maaf pasal benda yg saya tak sempat buat pun?
awak tak rasa macam kita dah 0-0 ke?
ingat saya tak tau ke awak pernah kata kat saya macam-macam bukan main sedap lagi kat facebook chat dengan sibling awak tu?
masa tu ada awak mintak maaf?

tapi saya tak kisah, lama-lama kita okey balik..
sampai la tiba-tiba jadi balik..
atau mungkin kita memang ditakdirkan untuk tidak berkawan? (hoho. obernye statement nih)


hmmm.. nak ditelan mati mak, nak diluah mati bapak.. nak berterus terang rasa punah. nak disimpan rasa sakit.. huk huk huk.
journey aku kat sini lagi 2 tahun.. 2 tahun je lagi.. sabarlah wahai hati.. tabahlah jiwa.. >.<"

yang ada sekarang nih, mengharapkan sahabat yang bagi sokongan dannnn.. sayang saya tu yang selalu support. macam tagline kitorang. :D

bla bla bla... for you, for me,  for us.

contoh : be strong for you, for me, and for us. ♥

errr.. apasai cerita melalut pulak dah nih? ngee.. oke. matlamat penceritaan telah berjaya disampaikan.
tiba masa untuk buat-buat busy lagi.
tata~

--kadang kala kita tidak berhak menghukum seseorang kerana kesalahannya kerana kita bukanlah maksum.

Peluk jangan tak Peluk!



Ramai pasangan suami isteri muda hari ini tidak menyedari sentuhan fizikal adalah sesuatu yang amat diperlukan. Kesibukan, keletihan balik kerja dan anak kecil yang memerlukan perhatian bukanlah alasan untuk tidak memberikan sokongan emosi kepada pasangan kita dengan melalui sentuhan fizikal, iaitu dengan cara berpeluk.

Pelukan adalah suatu sentuhan fizikal yang tidak perlu diajar. Sejak dari bayi hingga remaja, kita selalu mendapat sokongan emosi dengan pelukan, sama ada pelukan ibu semasa bayi dan pelukan rakan-rakan sepermainan.
Namun setelah berumah tangga kita kadang-kala terlupa bahawa orang dewasa yang sudah berkahwin dan mempunyai anak juga memerlukan pelukan.

tapi! bagi yang belum berkahwin, berdosa kalau peluk aweks yer. peluk mak ayah abang kakak adik tak pe. :D

Keperluan pelukan antara suami-isteri

Tidak kira sama ada suami atau isteri, kedua-duanya mengalami kehidupan era moden yang meletihkan fizikal dan emosi.
Suami yang bertindak sebagai ketua keluarga dan mencari nafkah, sering merasakan tekanan di tempat kerja dan tidak lepas mengalami perasaan-perasaan negatif seperti berputus asa, perasaan marah atau perasaan rendah diri.
Perasaan-perasaan yang tidak dikawal dengan baik akan mengundang penyakit-penyakit seperti penyakit tekanan darah tinggi, diabetes dan serangan sakit jantung.

Bagi wanita pula urusan rumah tangga yang tidak pernah selesai dan perangai anak-anak yang menduga perasaan, akan menyebabkan para isteri memerlukan seseorang untuk meluahkan perasan yang terpendam.
Oleh itu suami dan isteri saling memerlukan antara satu sama lain untuk mengurangkan tekanan perasaan.

Ramai pakar psikologi yang mencadangkan ‘rawatan pelukan’ di mana suami dan isteri digalakkan berpeluk sebelum tidur selama 10 minit. Pelukan ini harus dinikmati tanpa diteruskan dengan hubungan jima’. Tujuannya agar segala perasaan yang negatif tersimpan dalam hati sepanjang hari dapat dilepaskan dengan memeluk suami atau isteri.

Jadi pelukan adalah sangat diperlukan dalam hubungan suami dan isteri. Ia akan merapatkan hubungan suami isteri.  Pelukan juga harus dilihat sebagai hubungan perasaan dan perkongsian emosi antara suami dan isteri. 

dulu masa awal-awal bercinta kan berkepit sana sini, bila dah kahwin pun, amalkanlah. sihat di dunia, ganjaran pahala pun dapat! ;)


Kelebihan berpelukan

Pelukan adalah satu sentuhan fizikal erat yang dilakukan pada di leher, belakang badan atau pinggang. Pelukan kadang-kala melibatkan kucupan, pandangan mata, sentuhan mesra dan beberapa gerakan tubuh lain.
Oleh itu, mereka yang berpelukan menandakan hubungan mereka amat rapat, dan mempunyai pertalian kasih sayang yang mesra.

Ramai ahli psikologi menyatakan kebimbangan terhadap pasangan suami isteri yang jarang berpelukan. Mereka bimbang perkahwinan pasangan seperti ini adalah perkahwinan yang diikat oleh ‘lafaz nikah’ dan hubungan fizikal dan jima’ saja, dan bukan hubungan emosi dan perkongsian perasaan.

Perbanyakkanlah luahan kasih sayang dengan ucapan dan sentuhan fizikal (pelukan).
Pelukan ibarat baja yang sangat diperlukan oleh pokok. Tanpa baja, pokok mampu hidup, namun ia tidak subur. Daunnya menjadi kuning dan mudah gugur. Pokok itu tidak menghasilkan bunga atau buah.
Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri. Ia memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami dan isteri.

Bagi pasangan yang agak berat untuk menyatakan “Saya sayang awak..” dengan perkataan,  pelukan adalah cara alternatif terbaik untuk melafazkannya.
Pelukan bukan setakat perkongsian emosi saja, malah lebih dari itu. Pelukan boleh menunjukkan sokongan emosi ketika suami atau isteri sedang menerima ujian getir perjalanan hidupnya.

Pelukan juga melambangkan rasa gembira atau kesedihan. Jika kita memilih pasangan kita untuk dipeluk, bermakna pasangan kita itulah orang yang mempunyai hubungan fizikal dan emosi yang rapat.
Jangan hairan, seorang suami atau isteri lebih gemar memeluk anak dari pasangan masing-masing.


Suami yang sering berurusan out station dan berjauhan dengan isteri boleh menjadikan pelukan sebagai cara terbaik meluahkan rasa rindu. Seorang isteri atau suami boleh menilai kasih sayang pasangan mereka dengan pelukan.
Pelukan rindu seharusnya merupakan pelukan yang mesra dan kemas. Jika pelukan itu sangat ringkas dan tidak beremosi, sudah tentu ia bukan pelukan yang menyatakan rindu dan kasih sayang. Ia lebih kepada pelukan biasa yang penuh keraguan.

Kesan pelukan

Satu kajian psikologi telah diterbitkan di Journal American Psychosomatic Society. Mereka membandingkan beberapa pasangan yang menunjukkan suami isteri yang menonton rancangan video selama 10 minit sambil memegang tangan, kemudian di akhir sesi itu berpelukan selama 20 saat.
Sementara sekumpulan pasangan lain hanya melihat video yang sama di kerusi berasingan tanpa berpelukan di akhir sesi.

Kemudian setiap pasangan ditemuramah untuk menceritakan saat yang paling stress sepanjang hari itu sambil diperiksa tekanan darah dan denyutan nadi. Pasangan suami isteri yang berpelukan tadi dengan tenang menceritakan masalah mereka dan ramai yang hampir lupa saat yang paling stress yang mereka tempuhi pada hari itu.


Sementara pasangan yang duduk berasingan ketika menonton video, pula bercerita dengan penuh emosi saat-saat stress mereka pada hari itu sambil tekanan darah meningkat dan denyutan nadi sangat pantas.
Ramai saintis yang berpendapat bahawa sentuhan dan pelukan suami dan isteri akan mengurangkan pengeluaran hormon yang bertindakbalas dalam tubuh ketika tertekan seperticortisol dan adrenalinePelukan juga akan menyebabkan kelanjar di otak akan mengeluarkan hormon serotonin dan dopamine, yang memberikan rasa tenang dan tenteram.

Pelukan juga akan menyebabkan gelombang di otak menjadi lebih tenang, lalu mengurangkan stress dan kerisauan. Oleh itu bagi pesakit yang mengalami masalah kerisauan (anxiety) dan mempunyai emosi yang tertekan, memeluk binatang peliharaan adalah  rawatan kejiwaan yang baik.
Namun apa yang lebih baik lagi jika suami atau isteri memeluk pasangan masing-masing ketika mereka mengalami tekanan jiwa dan perasaan dalam keadaan kerisauan.


Pelukan dan oxytocin

Oxytocin adalah biokimia semulajadi dalam otak yang merangsangkan hubungan erat antara ibu-anak, suami-isteri, merangsangkan perasaan kasih sayang antara ayah kepada anak, dan menggalakkan suami untuk kekal setia pada isterinya.
Dalam kehidupan yang realiti, hormon oxytocin akan menyuburkan keluarga yang bahagia, tanpa perang mulut atau keganasan fizikal.
Hormon oxytocin dikeluarkan ketika berpelukan dan ia adalah sebahagian dari tindakbalas seksual. Oleh di kala ramai isteri yang sedang sedih minta dipeluk suami mereka, si suami membaca mesej yang salah. Mereka menyangka itu permintaan untuk melakukan hubungan jima’ dari si isteri.

Secara fizikalnya, kita akan dapat menganggak apabila oxytocin dikeluarkan, dengan melihat perubahan wajah yang menyenangkan dan intonasi suara yang menjadi semakin lembut.

Oxytocin juga akan menghalang pengeluaran hormon yang menyebabkan stress iaitu hormon cortisol dan norepinephrine. Secara tidak langsung oxytocin akan mengurangkan risiko seseorang mengalami sakit jantung.
Ini bertepatan dengan banyak kaijan mendapati wanita yang tidak bahagia dalam perkahwinannya mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung.


Lama berpelukan

Pelukan boleh dilakukan untuk beberapa saat hingga beberapa jam. Ia bergantung kepada tujuan pelukan itu.
Bagaimana mahu memeluk dengan baik?
  1. Pastikan apakah jenis pelukan yang hendak diberikan. Sama ada pelukan itu pelukan mesra, pelukan romantik, pelukan gurauan, pelukan kegembiraan dan tahniah atau pelukan simpati.
  2. Lebarkan tangan dan senyumlah ketika mulakan pelukan. Bagi lelaki suka memeluk pinggang dan belakang isterinya dan isteri pula lebih suka memeluk leher dan bahu suami. Tarik dan rapatkan tubuh dan rasakan sentuhan pada dada, abdomen dan peha.
  3. Pelukan harus dilakukan dengan perasaan. Sesekali peluk erat dan rapat bagi menunjukkan kita selesa dengan suami/isteri kita.
  4. Tukar posisi sama ada pelukan dari tepi, pelukan dari belakang atau pelukan sambil duduk menonton TV. Boleh memeluk bahu sambil memegang tangannya.
  5. Yang penting rasakan kenikmatan dan keseronokan bersama. Tinggalkan semua fikiran yang mungkin mengganggu, sama ada memikirkan pinggan yang belum dibasuh atau bunyi telefon bimbit.
  6. Peluklah suami/isteri selama yang mahu. Ia boleh jadi beberapa saat, hingga beberapa minit. Jika mampu bolehlah peluk untuk beberapa jam terutama jika isteri berada dalam keadaan trauma perasaannya seperti baru keguguran atau baru diragut begnya.
  7. Sambil memeluk, ucapkan kata-kata romantik, kata-kata semangat dan motivasi atau kata-kata memujuk. Elakkan pelukan ala kadar yang mungkin memberikan mesej yang salah.

Banyak kajian menunjukkan pelukan akan mengurangkan tekanan emosi, merendahkan tekanan darah, seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung. Dalam hal ini, wanita yang mendapat faedah paling banyak kerana hormon oxytocin yang dikeluarkan oleh wanita lebih banyak berbanding dengan lelaki.
Pelukan harus diberikan setiap masa, sekerap yang mungkin. Saya sendiri memeluk isteri saya setiap kali mahu pergi kerja, sebaik sahaja saya tiba di rumah dari tempat kerja dan ketika mahu tidur.
Ia harus dijadikan suatu tabiat untuk menyatakan rasa cinta dan kasih antara suami dan isteri.

jadiiii.. tunggu apa lagi. cepat-cepat la p peluk suami @ isteri tuu.. haa.. yang berjauhan tu, dah rindu la tu. :P
sabarr.. nescaya sabarmu itu ada ganjarannya..


p/s : sumber copy paste dari : dokter nih. :3