Quotes for today

“What's meant to be will always find a way”
“There's nowhere you can be that isn't where you're meant to be”

Monday, September 24, 2012

komplikasi

sebenarnya aku pun tak sure meaning komplikasi tu. hoho.
saja suka suka main bantai ja. malas nak google. kalau hampa nak tau, p la google sendiri. haha. :P
jangan marah na.

back to topic.
aku sangat komplikasi ni. haha (padahal tak tau makna)
arghhh. aku suka meleret! aku nak cakap aku tengah serabut dan keliru!!!!!!! hmmm..

kalau diiukutkan hati, nak je berhenti belajaq kat sini. nak kerja sendiri. hmm..
tapi menjadi seorang guru ni satu impian mak. nak tengok anak dia jadi cikgu. :(
kenapa cepat sangat aku give up neh. hukhuk.

aku nampak je macam seorang yang sangat kuat dan berdikari. padahal, lemah, rapuh dan tak sekuat mana..
aku selalu macam tu sebab i am pretending to be. tapi bila dah kusut masai macam ni, aku perlukan seseorang nak support. support dengan ayaq lioq pun kira boleh lah. one person still for me, keep supporting is my love. thanks a lot sayang. tapi aku tak boleh tamak. dia pun ada life dia. tak boleh nak be there for me for 24hours. the rest, aku harap kan kawan-kawan.
tapi..........
huh?  nampak banyak kawan kawan kat tepi neh. -->
takkan aku nak "alone" kot?
hmm.. biarlah aku simpan sendiri.

macam sayang aku jugak. depa pun ada life depa sendiri, ada pilihan depa sendiri, ada jugak kehendak depa. aku tak paksa. aku macam biasa. cuma menumpang mana-mana yang ada ruang. bila aku nampak dah tak ada ruang dan memang ruang ada tapi tak dibenarkan, aku tarik diri. berdiri aku seorang macam aku sangat kuat. padahal aku menggigil kesepian.
aku muka tak tebal macam orang tu. mana ja nak mencelah. asalkan dapat sama tumpang dan kongsi kelebihan. aku tak. aku lebih kepada give and take. tak ada siapa pun yang nak give kat aku. so, aku tak take lah. hoho.
(nak kena sound entry aku kali ni. banyak bahasa rojak. :P)

komplikasi yang aku alami adalah dimana aku rasa dah nak give up kat sini. tapi bila fikir fikir balik, ni adalah impian mak. aku sayang mak. impian mak seboleh-bolehnya aku nak jadikan kenyataan. sebab aku tak mampu lagi nak bagi kat mak dari sudut kebendaan, jadi aku cuba nak tunaikan hasrat mak.

mak.. adik mintak maaf. adik takut adik tak berjaya macam mana mak nak. terima kasih mak sebab semua ni usaha mak. mak yang berdoa siang malam untuk adik. tanpa mak, adik dok tanam anggur ja sekarang ni.
InsyaAllah, selagi adik mampu, adik cuba mak. walaupun perit, sakit, adik cuba jugak.

bumi mana yang tak ditimpa hujan? (jap, bumi ada satu ja la. hoho)
makna dia disitu, negara @ tempat mana yang tak hujan.
meanings - semua benda ada pros and cons dia. haizz..

arghh.. meleret lagi. haha.
maksud aku!! hidup sapa yang senang ja sepanjang masa?
hidup sapa yang susah ja sepanjang masa?
hidup sapa yang ketawa ja sepanjang masa? (kecuali orang gila)
hidup sapa yang nangis sepanjang masa? (kecuali sawan nangis)
hidup sapa yang ditakdirkan berbahagia tanpa dugaan?
kalau ada, meh2 comment. aku nak berkenalan tanya macam-macam kat dia.

kalau ada orang kata :

ada je lah orang yang bahagia setiap masa. orang yang beriman kepada Allah dan sentiasa redha dengan kehendak dan ketentuan-Nya.

ye, aku setuju tu. tapi, makin beriman seseorang tu, makin kuat dia akan diuji oleh Allah. semakin Allah uji, maknanya, Allah semakin sayangkan dia.

jadi, sebagai seorang manusia yang normal. adalah sangat mustahil untuk dia tidak berperasaan. cuma cara dia mengendalikannya saja berlainan.

contohnya, adala seorang hamba Allah yang beriman, dia bernikah, tetapi tidak dikurniakan anak. walaupun dia berdoa dan berusaha, namun tak berhasil, tapi dia tetap redha dengan ketentuan Allah.
TETAPI... disitu, tipulah kalau dalam hati dia tidak ada rasa walaupun sekelumit sedih, kecewa dan yang sewaktu dengannya.
dan.. nak tambah lagi, (ala-ala drama melayu)
Allah nak uji lagi hamba Allah ni. Allah nak tengok kekuatan iman hamba ini. dia pun ambil nyawa insan yang paling dia sayang. kan tadi sudah la tak tapat anak, isteri pulak meninggal dunia. di situ, aku rasa sangat musykil kalau hamba Allah tu tak sedih. pelik.. jadi nampak tak contoh aku yang panjang berjela ni? semata-mata nak buktikan yang tak akan ada kehidupan yang bahagia tanpa dugaan.

tu satu je la contoh yang aku dapat bagi. nak banyak lagi nanti meh sembang dengan aku. aku banyak idea lagi nak mereka reka cerita neh. hehe. aku kan berbakat sangat nak jadi director. (mwahahaha. perasan sat na)

eh. terkeluar topik. =.=

hmmmm... itu saja lah aku nak berkongsi. yang aku KINDA FED UP LIVING HERE.
faktor persekitaran, faktor duit, faktor kawan, faktor hormon (errr..) arghh.. semua faktor aku nak babitkan nih. hmmm..

assingment tu aku tak tau macam mana. aku rasa macam tak mau buat je. :D (senyum sebab aku rasa macam nak reyau gila Bab1)

hoho. bila aku dapat masalah, kadang-kadang aku rasa cam. -mati lebih baik- haha (unmatured!)
so. konklusinya kat sini! give me a partner!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

i need someone!!! haizz.. abah, mak, kahwinkan aku.. hehe.

oke tak? tak nak buat assigment? dah la tu aku punya major. siot je kan. T_T
kredit 4 ke  3 tah. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... sumpah rasa cam nak p bercuti jauh-jauh tak mau balik dah. :(

ooh. memang aku punya sifat suka lari dari masalah la ni. hohoho. tiba-tiba aku terkenalpasti satu sifat aku.

dah. makin meleret dah nih. aku mintak diri dulu na. kalau kira dengan jari jemari aku yang cantik ni memang nak taip sampai esok.

terima kasih kerana membaca, sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu adalah kesilapan aku sendiri. mohon tegur dengan baik. :)

--ada 4 perkara yg telah ditetapkan sebelum kelahiran, iaitu, jodoh, rezeki, ajal maut dan qada' dan qadar (nasib).

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment