Quotes for today

“What's meant to be will always find a way”
“There's nowhere you can be that isn't where you're meant to be”

Thursday, June 28, 2012

:(

damn....
kejam gila hostel aku nie. tahap dah berminggu-minggu dah neh. panas hati jugak la. bukan jugak, memang panas pun! mendidih-didih. hari-hari ku rasakan sangat kusam. sewa satu kepala rm80 ringgit bulan-bulan. 4 tingkat. orang duduk hampir penuh jugak la. tu pun tak mampu ke nak pebaik router wifi yang jahnam tu! argh! tensen.. aku nak jugak enjoy usia aku yang semakin dewasa ke tua ni. :(
huwarghhh.. why.. whyyyy..... 
nak buat assignment pun susah tau tak! nak report kat sapa pun, ada effect ke? haih..

and for him..
aku tak tau la kenapa semenjak dua menjak ni emosi bagai mak bawak budak. cewah. heheh.
aku emosi tak terkawal giler. main hambur ja kat dia. :(
i am so sorry..
biane. bianata. (korean :p)

and.. for those bored time,
aku isikan sepenuh-penuhnya cerita korea. ngee..
best! baru-baru ni aku dah habiskan cerita secret garden. whoahh.. best! comeiiiiiiiiiiiiiiiiiii dia punya hero. muka stock jambu. ngee.. jalan cerita pun bagus. sebab aku tak tau apa-apa, then baru tau yang ada jugak unsur-unsur merepek, sebab diorang switch soul. weee.. aku memang suka cerita mepek-mepek gitu. hehe.

dan.. sekarang aku tengah menaip kat kafe. hari ni aku dan kawan-kawan dan si dia, turut berpuasa. menunggu, oder ku. yang katanya lagi setengah jam. =.="
"nasik habis. lagi setengah jam. boleh tunggu ke?"
dengan muka toya penuh kesetiaan.
"okey. nak jugak" -.-"

esok jumaat, aku nak balik, banyak barang yang aku nak bawak balik, dan, duit semakin kering. >.<
i also miss my lovely parent. okay. bila-bila ada masa and tenet lagi, aku akan menaip lagi. will mish you alot!


-- you are my one and only drug. damn addicted, yet hard to get. :(

Friday, June 22, 2012

damned! lol


annoying!

wargh! my first impression bila sampai kat hostel nih. OMG! ANNOYING! haizz..
internet takde. -.-"
cisss.. berhempas pulas (over) aku menunggu internet ada.
pastu.. dapat tau pulak yang jadual sem ni pack giler. aduhhhh.. hari-hari mula pukul 8, sampai pukul 5. oh GOAT! rehat 2 jam jeeewwwrrrssszzzkkkqq awakk.. x_x
sejam pukul 9-10 satu lagi 1-2. =.=
ohh.. i am gonna die..................................
baru sem 4 nih. mencabar nie.... hari-hari pulak lecture dalam kelas.. ohh.. tidakkk.. please save me. i really-really hate studying like thiss.....
tapi Alhamdulillah lahh.. dalam 2 3 lecture yang @$#$($#Q!#@$~!@# ada jugak yang menghiburkan. yang best. yang layan~~ hihi.
kalau macam tu semua lecturer, kan ke boleh dekan aku sem nih. haha. :P

start masuk hostel on Monday. and..... until today! -Wednesday (the day i write this and save this on my desktop) internet connection damn! only in girls hostel. =.=!!
 (HARINI HARI JUMAAT, AKU TAK BALIK, LEPAK KAFE. SEBAB NAK ONLINE! WARGHHHHH!)
damn... =.="
terasa macam duduk kat ceruk pedalaman. hari-hari langut je tengok laptop tak berinternet. stresssssssssssss woooooooo....

okay done about the damn thing.
weee~~ <3
on Monday, aku happy sanggat-sangat-sesangatttt... hihihi.
kiriman dari dia sampai kat aku. yeayyyyyy....
lepas ja kelas first pagi tu. rush - rush - rush - aku pergi kat HEP.
tengok kat list name orang yang ada kiriman. hihi. my name was on the top!
yelah.. dia send dari hari apa lagi.. ngeee.. :D
masuk tunjuk student ID. pastu dapat! yeay!
A medium Box. <3
dalam tu ada bunyi macam pasir-pasir pun ada. kakak kat HEP pun tanya aku. ada barang pecah ke nih? aku pun jungkit bahu je lah.. aku pun have no idea about what will i get. hihi.
aku dalam keadaan yang sangat-sangat tak dapat nak tahan perasaan. even masa tu kat kafe. melonjak-lonjak gilaa nak bukak kotak tuh. OMG. so dalam keramaian pun aku gagah jugak bukak. ngee~ :D
tada! bukak je, nampak ada banyak bintang-bintang Glow in the Dark tu. colourful! cantik! >.<
so sweeeeettt.. hehe. kawan-kawan aku bising-bising. cakap dia hati kaca la, dalam hati ada taman la. aku memang tak dapat nak tahan dah. sengih ja manjang. dalam tu, ada lagi, ada sebuah novel "Versus", hasil penulisan Hlovate, ada buku nota kertas hitam, ada satu buku nota kecik yang ada arahan untuk aku buka satu kotak kecil yang ada dia bagi. dalam kotak tu, ada lagi "treasure". aku mesti cuba bukak kotak tu sampai dapat. wah. perasaan excited aku yang melampau membuatkan aku baca arahan tu cepat gila. sampai pemahaman pun dah failed. haha. malangnya aku gagal. cuba berkali-kali. gagal jugak. oleh sebab kawan-kawan aku pun macam curios, anxious. haha, diorang pun cuba jugak bukak. malangnya! semua tak dapat. kotak tu unik!

akhirnya.. aku give up, give him a call.... ask for another live tutorial.. so.. berkat kebijaksanaan aku. (hahahahha, perasan tak mau-mau) aku berjaya! hihi. menyerong cara bukak kotak tu.. memang unik sangat. semua teruja pastu nak try jugak. dalam tu, ada keychain. dia buat. Amir Dayah. ada 3 semuanya. :)

i was so blessed..  sengih memanjang.
ngeee.. no objection. i can feel that all of my friends feel so envy with me. :P
lalalala~
alhamdulillah. i was so happy on that day. :D

hmmm.. done about my happy and bad weekend. see ya readers. (bajet :P)

--it is not that, what you give you get back, but what u give, u will get MORE. so keep giving good things in your life. :)

ohno~


OMG!

cinta terhalanggggggg... tidaaaaaaaakkkk... TT_____TT
seperti yang aku post sebelum-sebelum ni. aku dah mula bibit bibit cinta aku dengan si dia savvy. T_T
tapi, setelah aku mintak izin orang tua. mereka kata tidak! OMG! wuwuwuwuw..
:'/
comei ape savvy. hihik. :P
alaaa.. jimat minyak apeee.. yang masalah-masalah tu semua kereta AMT!
kereta manual takpeeerrr... kan senang keta jimat minyak. nanti adik p mengajar kat sabah sarawak nun, keta tu amek la kat mak n abah. ehehe. kan murah nak ulang alik g ke keyyel pun. ngeee.. :D
selamat pun selamat. kerasss jer keta tu. lagipun mak kan suka speeding. ngeeeee.. :D
alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. frusttttttttt nieee..... nak jugak....
hurmmmmmm........................... nk p kawen kt siam la. haha.

mak cadangkan aku beli myvi. suke beno dia dengan myvi katanya. kata dia lagi, aku gemok. tak sesuai savvy. =.="
hola3. -.-"
haha. aku pun buat la pemikiran...... sebab aku kata, alaa.. myvi mahal. mana nak cari duit bayaq bulan-bulan. savvy murah sikit. then ayat terbaek kluar~~
alaa.. nanti abah tolong la..
 mwahahahahha. :P
yeah! kalau dah ade orang nak kipas~~~ ape lagi~~~~~~~~~~~~ hahaha.
hmmmmmmmmmmmmmmmmm..... tapi, aku tak sure la lagi. bila pikiaq2 balik. berbaloi tak ye aku beli keta. tapi aku nak senang bergerak ke mana sajaaa.. hmmmmmmm.. minyak.. n nanti road tax, omg. servis lagi. hadeiii... *_*
hmm.. i need a lot of thinking. tu la kan. guna je la ayat drama sikit. biar masa menentukan~~

okeh! tu je lah cinta terlarang aku buat masa nih. hihihi. jumpe lagi nanti~ :D

--sometimes not having what you really want does not mean that the thing you have is not good. but that is better for you. cherish it. :)

im FORKING back!


halu~

Assalamualaikum~~
hihi. bertemu lagi kita lepas cuti 3 minggu yang amat panjang ku rasakan tuu..
harap-harap orang-orang yang sedang membaca nie sehat-sehat sejahtera hendaknya.
sepanjang cuti yang aku lalui ni, rasanya banyak benda yang aku dah lalui. tapi sampai banyak & tak teringat dah nak tulis apa. haha.

satu je aku nak kongsi buat masa ni. semalam, masa aku tengah borak-borak dengan si dia. dia cakap. aku beruntung, sebab dapat buat kerja sama-sama dengan mak abah. aku pun pelik..
~~flash back~~
petang tu aku kena perah keringat tolong mak abah angkat reban ayam letak kat kaki reban ayam yang dah siap disimen. reban yang dah siap full tu memang berat! sakit gak la tangan aku mengangkat reban tu. memandangkan i am the only one kan anak kat rumah ni. so, perempuan pun, kena angkat jugak. bagi aku, tak dak apa yang spesel sangat la. setakat tolong angkat tu ja. tapi, tak sangka, bagi orang lain, kerjasama antara aku mak dan abah tu, ada yang orang cemburukan. ada yang orang nak berada di tempat aku.. hmmm..

so... moral of the story,
JANGAN pernah sedih dengan kehidupan kamu..
tentu ada orang yang ingin hidup macam kamu.
percayalah, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
dan percayalah, sesusah @ sesedih mana kehidupan kamu, tentu ada insan yang lebih susah dan sedih dari kamu. bersyukurlah.. :D

sebagai contoh, orang biasa-biasa ja.. memandangkan arus dunia sekarang makin moden. yang kerja dengan kerajaan @ swasta, syukurlaa.. bila harga barang naik, gaji pun naik jugak. tapi, fikir-fikirkanlah untuk orang yang kerja sendiri. contonye mak saye. kerja menjahit. harga barang jahitan pun makin tinggi, bukan makin murah. tapi, sebab dah lama ambik upah menjahit. dia tak sampai hati nak naikkan harga upah ambik baju. tapi, semua kerja dia buat, semua puas hati. semua orang cakap selesa. tak pernah ada lagi la orang komen dia buat baju tak sedap. kecuali la orang tu sendiri makin gemuk ke. tu pun dia sanggup ambik balik & besarkan. sepatutnya upah jahitan mak aku tu tinggi. sebab, dah la warga platinum dah. sikit ja lagi nak masuk geng warga emas macam abah. kos tinggi la. siang malam dia berjaga nak menjahit. tapi, still murah macam 1o tahun ambik upah jahit baju dulu-dulu. hmmm.. kalau kat adik beradik lagi la parah. kadang-kadang yang susah nak jahit pun dia ambik harga biasa ja. aku ja lebih-lebih suruh mintak lebih. wah. melalut. haha.

ok ok ok.
contoh, bagi orang yang hidup biasa @ susah, dunia sekarang makin moden. canggih semacam. kalau orang yang dah mati hidup balik, comfirm mati balik. terkejut. tak boleh terima kecanggihan zaman sekarang. hehe. over.
budak-budak sekarang makin eksyen. aku pun tak terkecuali. haha. tapi, at least, bila dah umur 21 (tak sampai 21 lagi sebenarnye. hihi) ni. aku rasa otak aku dah boleh fikir kot apa yang keperluan, dan kehendak. so, yang mana perlu, aku beli. yang mana untuk keseronokan aku, aku pikiaq banyak-banyak kali.
bagi dewasa macam aku ni tak pa la kan. bagi remaja-remaja @ budak-budak yang tak faham bahasa tu susah la. yang tau nak hebat je.

wahh.. panjang lebar aku bebel. hehe.
kesimpulannya. ramai remaja bermasalah sekarang. mungkin punca ibu bapa, kawan-kawan @ persekitaran. macam-macam lah. tapi, perkara ni boleh dibendung kalau mereka belajar bersyukur dengan apa yang mereka ada. yang dok jadi kes bunuh diri la apa lah tu. sah-sah tak pandai nak bersyukur. kalau yeee pun putus cinta, pikiaq laa.. paling dekat, mak bapak, kalau mak bapak tak ada @ mak bapak pun 2 x 5, tak guna. pikiaq la pulak diri sendiri. macam tu ja ka pengakhiran hidup? memang dah tak ada apa-apa lagi ka dalam dunia ni? kalau kata dah ditiup sangkakala, tapi dia still hidup tak mati-mati lagi, apa lagi, silakan bunuh diri. hehe. melawak ja. haizz.. jangan ambik seriuss..

OKEH! jadi.. kesimpulannya. bersyukurlah! anak petani ka. anak nelayan ka. anak penoreh getah ka. anak yatim piatu ka. bergembira la. bersyukurlah. kerana anda masih ada. dan paling bersyukur. anda masih hidup sampai ke hari ini. hidup di dunia ini kadang kala bukanlah semata-mata kita yang tentukan. kebanyakannya ditentukan oleh Qada dan Qadar. tapi bagi yang nak exam tu. janganlah nak bagi Qada dan Qadar ja tentukan, tapi tak study. yang tu memang ditentukan "kick" lah jawabnyaa.. :P
dann... bagi orang-orang yang senang dapat memiliki apa yang dia nak. jangan lupa berkongsi dengan orang-orang yang tak ada apa yang mereka nak. ingat. semua tu bukan milik kita. ia milik Nya. makin banyak kita kongsi, nanti makin banyak pulak yang datang kat kita. :D

baiklahh.. jumpe lagi.. ^_^

--today is precious to someone that die yesterday. live it wisely. :)