Quotes for today

“What's meant to be will always find a way”
“There's nowhere you can be that isn't where you're meant to be”

Sunday, September 30, 2012

l o v e


hmmm.. rinduu... hukhuk...

saya mintak maaf ye awak... saya malu............. wuwuwuwuuuuuuuuu~   v.v




p/s : anniversary dah nak dekat. hohoho.. nak hadiah! :P

subject : cintan cintun

hoho~

akan ada satu ketika di mana kamu akan menyayangi seseorang itu.
kadang-kadang rasa macam sayang gila! kadang-kadang rasa macam.. errr.. sayang kot..
dan ada pulak sampai rasa macam bencinya!! hmmm..

adat la kot kan?
macam yang ustaz Azhar Idrus cakap, hati perempuan ni lemah. senang dibuai oleh kata-kata syaiton. huhu~
meme la.
aku selalu sokmo mood swing~
hmmm..

lately aku ada mengamuk sakan dekat si dia..
aku dah nekad se nekad nekad nya dah.. rasa tak tahan tau long distance relationship ni.. >.<!
aku dah buang hampir semua pasal dia. contact number semua dah delete, facebook dah buat single and unfriend siap block lagi. kat blog ni pun sudah ku buang gambar dan segala mak nenek. wuuu~ cuma tinggal satu folder gambar lagi kat lappy. masa nak delete tu, tangan menggigil-gigil. last-last tutup lappy kuat-kuat. terus sumbat telinga dengan mp4. pasang lagu kuat gilaa.. bila ada perasaan macam-macam, aku kuatkan lagi mp4 tu..dan aku akui, malam tu la kali pertama aku dengar mp4 aku sampai full volume. tu pun aku rasa tak cukup lagi..
mungkin syaiton join skali kan? masa aku marah tu, aku tak pergi ambil air sembahyang pun. bagi cool sikit. hmmm.. tahniah syaiton. anda berjaya memanaskan aku sepanas-panasnya. 2 bijik henponku juga telah melayang bagai layang-layang berbattery. heeee... :3

--hoho. tak leh buat bini nih. kaki baling-baling. :P

hihiihi.. malu i. ada sapa lagi baca belog ni eh? sunyi jee.. takde orang kot. muahaha. lagipun aku tak penah nak pomot kat mana-mana belog nih.

#eh eh. dah menyimpang. heeeee..

oke oke..

aku nak membicarakan disini apabila kamu menyayangi seseorang itu. kompomlah sangat susah nak lupakan dia kan? dalam kes aku ni, aku sayang! tapi marah.. eh benci.. eh.. ntah.. tak sure.. -.-"
ok lantok la pasal tu.
yang sure, bila orang yang sayang tu rayu dan cakap itu ini.. hmmmmmmmmmmm.. cayor tu memang la.. >.<
hishh.. macam mana nak cakap eh....
x_x

sedangkan quotes yang aku baca pun banyak cakap susah nak melupakan ex.. hoho. so aku ni yang aku sorang saje nak putus ni memang takkan berbunyi la tepukan aku kan.. tapi.. aku macam mana ntah...

haishh.. takpelah.. aku redha je la.. biar la masa menentukannya.. semua dah tertulis..
dan.. kata-kata dia nak call mak aku sendiri nak mintak izin kawan dengan aku tu buat aku agak errr.. ntah.. tak tau la nak cakap.

let's wait and see lah..

dan. aku malu sebab aku kasar. :3
'>.<!!
malu woi.. hahah. malu dengan diri sendiri. malu dengan dia. malu dengan manusia yang ada terbaca belog nih. hoho. biase la kan.......... saye pun manusia biasa... :x

hmmm.. ok lah. sudah habis merepek.. any opinion, mohon komen. :D




Saturday, September 29, 2012

sakitnya hati..


Tajuk Lirik/Lagu: Setia Ku Korbankan
Artis/Penyanyi: Fauziah Latiff
Inikah dugaan yang ku terima
Menyintai mu sepenuh jiwa
Untuk bersama mu
Kesabaran membakar fikiran
Rinduku embunan di lautan
Cintamu debunga berterbangan
Tak pernah mempeduli kasih sayang
Yang aku korbankan
(Korus)
Kau janjikan bahagia
Namun kau hantui dengan gurauan berbisa
Kau janjikan setia
Rapuh ku berpegang untuk hidup bersamamu
Kembalilah hangati semula asmaraku denganmu
Demi cinta suci
Andainya tak mungkin ku miliki
Keayuan kasih impianmu
Lepaskan asmara di jiwaku
Setia ku korbankan
(Ulang Korus)
Setia ku korbankan

layan lagu ni time-time mood cam hampagas memang boleh membuahkan hasil air mata seperti air paip bocor yang mencurah-curah. meluatnya!!!!!!!! rasa macam nak sepak-sepak kepala kau. arghhhh.. =.=!!

Friday, September 28, 2012

fahami lelaki.



lelaki ni macam mana ye sifatnye? apa yang diorang nak eh?
cakap pasal lelaki je tup dalam kepala tu "boyfriend" kan?
ada jugak kawan lelaki, adik lelaki, ayah, abang. hehe. (intro tah pape kan?) kui kui kui.
kat bawah-bawah ni semua berkaitan dengan hal gepren boypren la kot. hasil kopi pes je. ngee. :D

cekidot~

1. Lelaki tidak benar-benar memilih gadis yang cantik

2. Mereka lebih suka gadis yang pembersih dan kemas.

3. Lelaki benci kekasih di'ngurat'

4. Seorang lelaki boleh suka anda untuk seminit, dan kemudian melupakan anda.

5. Ketika seorang lelaki berkatadia tidak memahami anda, itu hanya bermakna anda tidak berfikir seperti dia.

6. "Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? "adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon hanya untuk mengelakkan gagap.

7. Mungkin lelaki mengurat sepanjang hari tapi sebelum mereka pergi tidur, mereka selalu berfikir tentang gadis yang benar-benar mereka sayang.

8. Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda.

9. Lelaki cair bila melihat senyuman gadis.

10. Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis itu.



11. Lelaki benci kalau anda berbicara tentang bekas teman lelaki anda.

12.Apabila lelaki berhasrat ingin bertemu orang tua anda. Biarkan mereka.

13.Lelaki juga boleh menangis!

14.Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekalipun.

15. Lelaki tidak dibuai oleh mimpi dan terlalu mengharap.

16.Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah meninggalkan mereka, dan ini membuat lebih sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.

17. Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk kembali.

18. Memberikan lelaki mesej tergantung seperti "Kau tau apa?!... Argh ... Takde apa-apa!" Akan membuatnya memberi kata putus yang tidak pernah anda fikirkan.

19. Seorang lelaki mampu mengurat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis mereka benar-benar cinta.

20. Ketika seorang lelaki membuat "umm" berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untukmu, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia tidak menyukai anda.



21. Ketika seorang gadis berkata "tidak", seorang lelaki mendengarnya sebagai "cuba lagi esok".

22. Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar inginkan sebelum dia faham itu dengan jelas.

23. Lelaki benci gay!

24. Lelaki sayangkan ibu mereka.

25. Seorang lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan semata-mata ingin membelikan anda beberapa kuntum bunga ros.

26. Seorang lelaki sering terfikir tentang gadis yang suka padanya. Tapi ini tidak bererti bahawa lelaki menyukainya.

27. Anda tidak akan pernah memahami lelaki kecuali anda dengar cakap dia.

28. Jika seorang lelaki mengatakan pada anda dia mencintaimu sekali dalam seumur hidup. Dia benar- benar kata begitu.

29. Hati-hati. Lelaki mampu menyebarkan gosip keseluruh dunia lebih pantas berbanding perempuan.

30. Perempuan adalah kelemahan lelaki.



31. Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.

32. Ada baiknya untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda percaya padanya. Tapi jangan biarkan dia menunggu.

33. Tidak ada lelaki yang jahat ketika bercinta.

34. Lelaki benci kalau pakaian mereka menjadi kotor. Meskipun titik kecil.

35. Lelaki akan benar-benar mengagumi gadis-gadis yang mereka suka meskipun jika mereka tidak secantik mana.

36. Kawan baik anda, yang menjadikan dia sebagai rujukan bagi teman lelaki anda tentang masalah dengan anda mungkin berakhir dengan teman lelaki anda syok pada dia.

37. Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah , dia hanya perlukan seseorang untuk mendengar dia. Anda tidak perlu memberi nasihat ...

38. Sebuah tindakan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu menyukaimu adalah ketika dia menggoda anda.

39. Seorang lelaki sentiasa ada cara untuk membuat anda tidak rapat dengan lelaki lain.

40. Lelaki cinta gadis yang menggunakan otak dikepala lebih dari gadis otak di kasut.



41. Lelaki cuba untuk mencari patung yang gadis ingin namun sayangnya pasti akan memilih yang salah.

42. Lelaki boleh berbual tentang apa pun.

43. Lelaki tidak boleh menyimpan rahsia yang perempuan beritahu mereka.

44. Lelaki berfikir terlalu banyak.

45. Fantasi lelaki tidak terbatas.

46. Ketinggian seorang perempuan tidak penting tetapi berat amat penting bagi lelaki.

47. Lelaki cenderung lebih serius dengan hubungan mereka dan menjadi terlalu cemburu.

48. Ketika seorang gadis membuat lelaki menempuh pelbagai halangan selama bercinta, sukar baginya untuk melepaskan gadis itu.

49. Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk melepaskan kekasihnya setelah mereka putus terutama ketika mereka sudah bersama selama 3 tahun atau lebih.

50. Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda inginkan sebelum bersama dengan lelaki itu.



51. Seorang lelaki perlu mengalami putus cinta, kerana jika dia terlalu bagus, tidak pernah putus cinta, tidak pernah rasa sakit hati, dia tidak akan matang dan menjadi dewasa.

52. Ketika didatangi pelbagai kesulitan, lelaki lebih cenderung menyalahkan diri sendiri berbanding menyalahkan kekasihnya. Mereka juga mampu melukai diri sendiri secara fizikal.

53. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah, tapi mempunyai keazaman yang lemah.

54. Lelaki mungkin adalah harimau dalam kumpulan sebaya mereka, tetapi mampu dijinakkan oleh perempuan.

55. Ketika seorang lelaki berpura-pura menjadi tenang, check adakah dia berpeluh. Anda mungkin akan melihat bahawa dia gugup.

56. Ketika seorang lelaki mengatakan dia akan tergila-gilakan gadis itu. Dia benar-benar maksudkannya.

57. Ketika seorang lelaki meminta anda untuk meninggalkan dia sendirian, dia hanya bermaksud,
"Jangan pergi dan dengar saya"

58. Lelaki tidak benar-benar memiliki kata putus.

59. Ketika seorang lelaki mencintai anda, dia memberikan yang terbaik dalam dirinya.

60. Jika seorang lelaki mula berbicara serius, ianya sangat penting!



61. Jika seorang lelaki terlalu senyap, katakan sesuatu! Mungkin dia ada masalah.

62. Lelaki percaya bahawa tidak ada cinta pada pandangan pertama, dan kemudian menyedari pada akhirnya bahawa dia salah.

63. Lelaki suka perempuan yang bersikap keperempuanan.

64. Lelaki tidak suka perempuan yang suka pukul lelaki

65. Seorang lelaki dapat mengetahui apakah gadis itu suka padanya tapi tidak pernah yakin kecuali gadis itu kata kepadanya.

66. Seorang lelaki akan membuang-buang masa dengan video game dan bola sepak, sama seperti seorang gadis yang terhadap novel dan make-up

67. Lelaki cinta gadis yang boleh memasak atau membuat kek. .... Amat-amat cinta.

68. Lelaki suka seperti perempuan yang seperti ibunya. No kidding! ... ... Tetapi hanya bila lelaki itu bersedia

69. Seorang lelaki mempunyai masalah lebih banyak daripada yang boleh anda lihat dengan mata anda.

70. Kawan baik teman lelaki anda tahu segalanya tentang dia. Gunakan peluang ini!



71. Jangan sombong. Lelaki boleh dengan mudah menyerah pada tanda pertama akan putus cinta.

72. Jangan bias. Cuba mencintai seorang lelaki tanpa prasangka dan anda akan terkejut.

73. Lelaki lebih banyak bercakap daripada perempuan terutama ketika topik tentang perempuan.

74. Lelaki tidak memahami kenyataan "Get Lost" dengan baik.

75. Lelaki benar-benar berfikir bahawa perempuan adalah sukar dibaca dan mempunyai keputusan tak terduga tapi masih menyayangi mereka.

76. Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilau kasut mereka tidak seperti perempuan.

77. Lelaki cenderung membuat tanggapan yang tidak benar terhadap perempuan bahawa semua perempuan itu sama, dan mereka akan menyedari bahawa mereka salah.

78. Setiap lelaki boleh menangani semua masalah-masalahnya oleh dirinya sendiri. Tetapi dia terlalu keras kepala untuk menghadapinya.

79. Lelaki merasa begitu keberatan ketika seorang gadis bersumpah.

80. Titik kelemahan lelaki berada pada lutut.



81. Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak cool tapi masih memikirkan cara mengatasinya.

82. Ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau syokkan kamu.

83. Apabila anda menangkap teman lelaki anda curang dan dia meminta peluang kedua, berikan kepadanya. Tapi ketika anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang lain, tinggalkan saja. Dia tidak serius dengan anda.

84. Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan perhubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda.

85. Jika anda mempunyai teman lelaki, dan kawan teman lelaki anda selalu menjeling anda, itu jelas menunjukkan bahawa dia cemburu setiap kali anda dengan kekasih anda, dan dia lebih cintakan anda lebih daripada teman
lelaki anda.

86. Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari novel cinta yang perempuan baca dan mengambil sebagai asas pengalaman mereka.

87. Anda boleh mengetahui adakah seorang lelaki benar-benar terluka atau sakit ketika dia menangis di depan anda!

88. Jika seorang lelaki tiba-tiba meminta anda untuk dating, tanyakan dulu mengapa.

89. Ketika seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda meskipun hanya untuk satu malam, letak telefon. Dia juga kata begitu untuk gadis lain. Dia hanya ingin mengurat anda dan kadang- kadang hanya untuk permainkan anda.

90. Anda benar-benar boleh mengatakan bahawa seorang lelaki memiliki niat yang baik jika anda melihat dia bersembahyang ketika keluar dating.



91. Lelaki tidak akan mencari nasihat dari seorang lelaki melainkan dari seorang gadis.

92.Perempuan dibenarkan untuk menyentuh hal-hal melibatkan diri lelaki. 'Tetapi bukan pada rambut mereka!'

93. Jika seorang lelaki kata kamu cantik,lelaki itu suka anda.

94. Lelaki benci perempuan yang gedik.

95. Lelaki mencintaimu lebih dari kau mencintai dia JIKA dia serius dalam hubungan anda.

96. Lelaki cair ketika gadis menyentuh tangan-tangan mereka.

haa.. amacam? ada betui ka? hihi. hensem tak semua boyfriend i kat atas tu.. ada 2 Aaron Aziz dan satu maher zain. yang lain tu semua my lovely handsome and crazy dear Johnny Depp! hohoho. memang giler sangat kat mat saleh sorang tu. x_x muka dia ensem banget.. machoooooooooooooooo.. i like that tulang kat pipi tu. ape ye.. tulang gigi geraham tu.. yang belakang tu.. cer tengok muka kekasih hati i tu. see? tulang yang buat pipi dia nampak macam cengkung tu. whoah~ i like like like. kekekeke. gedik. nanti nak buat entry pasai johnny depp saje la.. yeehaa..wuuu~ geram tengok kan... napsu i membuak membara sokmo. hahahhahaha. ober siot kan.. :P
sukeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee... i lap u my captain jack sparrow.. haha. oke. merapik suda..

mekaseh kerana membaca. :D

Thursday, September 27, 2012

picture talk -ing.






me?



i am selfish, impatient, stubborn, grumpy and always make mistakes. i am out of control almost every time and hard to handle too. But if... you can't handle me at my worst, then you sure as hell don't deserve me at my best. then if you are succeeding, of course i am yours forever. InsyaAllah.

again. for you.



it has been a while..
days..
weeks..
month...
and a years will be...

it must have been so hard on you..
i am sorry for all  hardship that i have put you through..
i am sorry for the helping hand that you hardly lend..
i wish i have a better friend - ship..

how do i tell you i am sorry?
with a gesture?
with a look deep in the eye?
or a touch with full of love and forgiveness..
but all of them are only in my dreams.
you're too far..
but..
yet always inside me..
why did i always say that i am alone?

but how will i ask for forgiveness?
when i keep repeating it even i don't want to..
i hurt you so much..
i am so sorry..
i regret it..

but..
i am sorry....
if..
i will do it again...
i am so sorry..

one thing you should always remember..
that..

no matter how much i say that i hate you or told you that you should go away and find another women. that's all are lies. i need you and will always need you. i will cry in my small heart when i heard you cried because of my wrong doing on you. when your tears fall, my world trembled. your tears are my weakness but still, i acted like those were just your way to ask my attention. i keep giving you a rough way. still, you wont give up on me. thank you. thank you so much. you are too special. but i got nothing left to show you that i am special too. then i found up that i am nothing. this is too hard. i can't admit that i am too stubborn. i am sorry...

i am sorry..



i am sorry..
i am so sorry..

i am going to say that...


Three words,
Eight letters,
One meaning;
a profoundly tender,
passionate affection
for another person.
I love you

The phrase gets misused,
and misunderstood.
Most people don't know
what it's like to feel love...

When they see that person,
their stomach flips,
sweating in cold,
and someone lets butterflies
free in their stomach.
They constantly think about that person,
they never leave their mind.
When they think of them,
they automatically smile.

That is the effect of
I love you.
Three words,
Eight letters.

I L O V E Y O U

Monday, September 24, 2012

komplikasi (makna)

haha. bosan. aku google jugak. cari makna.

ni dia.

komplikasi.
1. kekusutan (sesuatu keadaan, kerana bercampur aduknya berbagai-bagai perkara atau timbulnya unsur atau faktor yg merumitkan); 2. penyakit baru atau perkem­bangan baru pd sesuatu penyakit yg menjadi­kan lebih rumit utk dirawat dan diubati: akibat tersalah makan ubat, ia mendapat ~ dan terpaksa dirawat di rumah sakit.

terima kasih kepada. kamus ni sebab membantu.

aku punya komplikasi adalah komplikasi yang no 1 tu ha. no 2 tu mintak simpang la. >.<

oke babai! nak buat-buat rajin sat.

:D

komplikasi

sebenarnya aku pun tak sure meaning komplikasi tu. hoho.
saja suka suka main bantai ja. malas nak google. kalau hampa nak tau, p la google sendiri. haha. :P
jangan marah na.

back to topic.
aku sangat komplikasi ni. haha (padahal tak tau makna)
arghhh. aku suka meleret! aku nak cakap aku tengah serabut dan keliru!!!!!!! hmmm..

kalau diiukutkan hati, nak je berhenti belajaq kat sini. nak kerja sendiri. hmm..
tapi menjadi seorang guru ni satu impian mak. nak tengok anak dia jadi cikgu. :(
kenapa cepat sangat aku give up neh. hukhuk.

aku nampak je macam seorang yang sangat kuat dan berdikari. padahal, lemah, rapuh dan tak sekuat mana..
aku selalu macam tu sebab i am pretending to be. tapi bila dah kusut masai macam ni, aku perlukan seseorang nak support. support dengan ayaq lioq pun kira boleh lah. one person still for me, keep supporting is my love. thanks a lot sayang. tapi aku tak boleh tamak. dia pun ada life dia. tak boleh nak be there for me for 24hours. the rest, aku harap kan kawan-kawan.
tapi..........
huh?  nampak banyak kawan kawan kat tepi neh. -->
takkan aku nak "alone" kot?
hmm.. biarlah aku simpan sendiri.

macam sayang aku jugak. depa pun ada life depa sendiri, ada pilihan depa sendiri, ada jugak kehendak depa. aku tak paksa. aku macam biasa. cuma menumpang mana-mana yang ada ruang. bila aku nampak dah tak ada ruang dan memang ruang ada tapi tak dibenarkan, aku tarik diri. berdiri aku seorang macam aku sangat kuat. padahal aku menggigil kesepian.
aku muka tak tebal macam orang tu. mana ja nak mencelah. asalkan dapat sama tumpang dan kongsi kelebihan. aku tak. aku lebih kepada give and take. tak ada siapa pun yang nak give kat aku. so, aku tak take lah. hoho.
(nak kena sound entry aku kali ni. banyak bahasa rojak. :P)

komplikasi yang aku alami adalah dimana aku rasa dah nak give up kat sini. tapi bila fikir fikir balik, ni adalah impian mak. aku sayang mak. impian mak seboleh-bolehnya aku nak jadikan kenyataan. sebab aku tak mampu lagi nak bagi kat mak dari sudut kebendaan, jadi aku cuba nak tunaikan hasrat mak.

mak.. adik mintak maaf. adik takut adik tak berjaya macam mana mak nak. terima kasih mak sebab semua ni usaha mak. mak yang berdoa siang malam untuk adik. tanpa mak, adik dok tanam anggur ja sekarang ni.
InsyaAllah, selagi adik mampu, adik cuba mak. walaupun perit, sakit, adik cuba jugak.

bumi mana yang tak ditimpa hujan? (jap, bumi ada satu ja la. hoho)
makna dia disitu, negara @ tempat mana yang tak hujan.
meanings - semua benda ada pros and cons dia. haizz..

arghh.. meleret lagi. haha.
maksud aku!! hidup sapa yang senang ja sepanjang masa?
hidup sapa yang susah ja sepanjang masa?
hidup sapa yang ketawa ja sepanjang masa? (kecuali orang gila)
hidup sapa yang nangis sepanjang masa? (kecuali sawan nangis)
hidup sapa yang ditakdirkan berbahagia tanpa dugaan?
kalau ada, meh2 comment. aku nak berkenalan tanya macam-macam kat dia.

kalau ada orang kata :

ada je lah orang yang bahagia setiap masa. orang yang beriman kepada Allah dan sentiasa redha dengan kehendak dan ketentuan-Nya.

ye, aku setuju tu. tapi, makin beriman seseorang tu, makin kuat dia akan diuji oleh Allah. semakin Allah uji, maknanya, Allah semakin sayangkan dia.

jadi, sebagai seorang manusia yang normal. adalah sangat mustahil untuk dia tidak berperasaan. cuma cara dia mengendalikannya saja berlainan.

contohnya, adala seorang hamba Allah yang beriman, dia bernikah, tetapi tidak dikurniakan anak. walaupun dia berdoa dan berusaha, namun tak berhasil, tapi dia tetap redha dengan ketentuan Allah.
TETAPI... disitu, tipulah kalau dalam hati dia tidak ada rasa walaupun sekelumit sedih, kecewa dan yang sewaktu dengannya.
dan.. nak tambah lagi, (ala-ala drama melayu)
Allah nak uji lagi hamba Allah ni. Allah nak tengok kekuatan iman hamba ini. dia pun ambil nyawa insan yang paling dia sayang. kan tadi sudah la tak tapat anak, isteri pulak meninggal dunia. di situ, aku rasa sangat musykil kalau hamba Allah tu tak sedih. pelik.. jadi nampak tak contoh aku yang panjang berjela ni? semata-mata nak buktikan yang tak akan ada kehidupan yang bahagia tanpa dugaan.

tu satu je la contoh yang aku dapat bagi. nak banyak lagi nanti meh sembang dengan aku. aku banyak idea lagi nak mereka reka cerita neh. hehe. aku kan berbakat sangat nak jadi director. (mwahahaha. perasan sat na)

eh. terkeluar topik. =.=

hmmmm... itu saja lah aku nak berkongsi. yang aku KINDA FED UP LIVING HERE.
faktor persekitaran, faktor duit, faktor kawan, faktor hormon (errr..) arghh.. semua faktor aku nak babitkan nih. hmmm..

assingment tu aku tak tau macam mana. aku rasa macam tak mau buat je. :D (senyum sebab aku rasa macam nak reyau gila Bab1)

hoho. bila aku dapat masalah, kadang-kadang aku rasa cam. -mati lebih baik- haha (unmatured!)
so. konklusinya kat sini! give me a partner!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

i need someone!!! haizz.. abah, mak, kahwinkan aku.. hehe.

oke tak? tak nak buat assigment? dah la tu aku punya major. siot je kan. T_T
kredit 4 ke  3 tah. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... sumpah rasa cam nak p bercuti jauh-jauh tak mau balik dah. :(

ooh. memang aku punya sifat suka lari dari masalah la ni. hohoho. tiba-tiba aku terkenalpasti satu sifat aku.

dah. makin meleret dah nih. aku mintak diri dulu na. kalau kira dengan jari jemari aku yang cantik ni memang nak taip sampai esok.

terima kasih kerana membaca, sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu adalah kesilapan aku sendiri. mohon tegur dengan baik. :)

--ada 4 perkara yg telah ditetapkan sebelum kelahiran, iaitu, jodoh, rezeki, ajal maut dan qada' dan qadar (nasib).

Wallahu'alam.

you just like a SHIT



i hate you so much.
i don't know how to describe you more in words that the things that i hate the most is you.
you such a person who cannot be a loyal friend.
you just be friend with people whom has good fortune to you.
in case they have some advantages, you keep in line with them.
but then when they are not important for you anymore, you just left them like your shit. flush away without looking or cares  about it anymore.

END

(even i got lot more in my mind, but i am not like you. thank you)

Friday, September 21, 2012

nak nangis!



tengok tittle kat atas tu. ^

hehe. ngadeee tak? tu la dialog aku dengan si dia bila gedik. haha. :P

tapi sebenarnya memang nak nangis! hurmmmm.. rinduuu.. sob sob..

titew winduw tart awark tau tark..

ngeh3. gelenya (gedik versi utara) tol aku neh.

amirdzul!!! where are you! nak kene pok sampai merah la tu. =3=
nak majok..      majok!!
mmmmmmm...

pujuk cepat.. kite tengah majok ni. tak nak kawan.......

What to do?

currently i am not in the mood. :/
have you ever being in the busiest state but you still feel bored. -_-
yeah, that is me now.

whoah. speaking london mak. hihi.
aku sekarang stress. hmm..
huwarghhhhhhhh.. hendak ku rayu~~ namun pada siapa. cehh.. tak mau aku rayu-rayu. lalala~

tersebutlah alkisah... ada seorang hamba Allah ni yang telah menyulitkan perjalanan hidup aku di tempat pengajian aku nih. mengapa?
aku pun tak tahu~ hmm..

telah diutuskan untuk kami menyiapkan kerja secara berpasangan, aku dengaq ja perkataan "pasangan" tu, hurmpphhh.. =.="

jadi, aku dengan malasnya, buat macam tak ada apa-apaa~ weee~ riang ria raya~~

haha. siot kan? due date isnin ni, tapi haku tunggang langgang lagi. u_u
masih lagi kat langit ke tujuh itu punya kerja.
kerja tu memang tengok mereka-mereka buat macam nak mati je. tu kerja share-share tu. kalau aku buat sorang macam mana la ye agaknye? hukhuk.

nak luah perasaan sikit boleh? :3

awak ni kenape ha?
awak tak puas hati kat mana?
pasal assigment haritu ke?
nak saya mintak maaf pasal benda yg saya tak sempat buat pun?
awak tak rasa macam kita dah 0-0 ke?
ingat saya tak tau ke awak pernah kata kat saya macam-macam bukan main sedap lagi kat facebook chat dengan sibling awak tu?
masa tu ada awak mintak maaf?

tapi saya tak kisah, lama-lama kita okey balik..
sampai la tiba-tiba jadi balik..
atau mungkin kita memang ditakdirkan untuk tidak berkawan? (hoho. obernye statement nih)


hmmm.. nak ditelan mati mak, nak diluah mati bapak.. nak berterus terang rasa punah. nak disimpan rasa sakit.. huk huk huk.
journey aku kat sini lagi 2 tahun.. 2 tahun je lagi.. sabarlah wahai hati.. tabahlah jiwa.. >.<"

yang ada sekarang nih, mengharapkan sahabat yang bagi sokongan dannnn.. sayang saya tu yang selalu support. macam tagline kitorang. :D

bla bla bla... for you, for me,  for us.

contoh : be strong for you, for me, and for us. ♥

errr.. apasai cerita melalut pulak dah nih? ngee.. oke. matlamat penceritaan telah berjaya disampaikan.
tiba masa untuk buat-buat busy lagi.
tata~

--kadang kala kita tidak berhak menghukum seseorang kerana kesalahannya kerana kita bukanlah maksum.

Peluk jangan tak Peluk!



Ramai pasangan suami isteri muda hari ini tidak menyedari sentuhan fizikal adalah sesuatu yang amat diperlukan. Kesibukan, keletihan balik kerja dan anak kecil yang memerlukan perhatian bukanlah alasan untuk tidak memberikan sokongan emosi kepada pasangan kita dengan melalui sentuhan fizikal, iaitu dengan cara berpeluk.

Pelukan adalah suatu sentuhan fizikal yang tidak perlu diajar. Sejak dari bayi hingga remaja, kita selalu mendapat sokongan emosi dengan pelukan, sama ada pelukan ibu semasa bayi dan pelukan rakan-rakan sepermainan.
Namun setelah berumah tangga kita kadang-kala terlupa bahawa orang dewasa yang sudah berkahwin dan mempunyai anak juga memerlukan pelukan.

tapi! bagi yang belum berkahwin, berdosa kalau peluk aweks yer. peluk mak ayah abang kakak adik tak pe. :D

Keperluan pelukan antara suami-isteri

Tidak kira sama ada suami atau isteri, kedua-duanya mengalami kehidupan era moden yang meletihkan fizikal dan emosi.
Suami yang bertindak sebagai ketua keluarga dan mencari nafkah, sering merasakan tekanan di tempat kerja dan tidak lepas mengalami perasaan-perasaan negatif seperti berputus asa, perasaan marah atau perasaan rendah diri.
Perasaan-perasaan yang tidak dikawal dengan baik akan mengundang penyakit-penyakit seperti penyakit tekanan darah tinggi, diabetes dan serangan sakit jantung.

Bagi wanita pula urusan rumah tangga yang tidak pernah selesai dan perangai anak-anak yang menduga perasaan, akan menyebabkan para isteri memerlukan seseorang untuk meluahkan perasan yang terpendam.
Oleh itu suami dan isteri saling memerlukan antara satu sama lain untuk mengurangkan tekanan perasaan.

Ramai pakar psikologi yang mencadangkan ‘rawatan pelukan’ di mana suami dan isteri digalakkan berpeluk sebelum tidur selama 10 minit. Pelukan ini harus dinikmati tanpa diteruskan dengan hubungan jima’. Tujuannya agar segala perasaan yang negatif tersimpan dalam hati sepanjang hari dapat dilepaskan dengan memeluk suami atau isteri.

Jadi pelukan adalah sangat diperlukan dalam hubungan suami dan isteri. Ia akan merapatkan hubungan suami isteri.  Pelukan juga harus dilihat sebagai hubungan perasaan dan perkongsian emosi antara suami dan isteri. 

dulu masa awal-awal bercinta kan berkepit sana sini, bila dah kahwin pun, amalkanlah. sihat di dunia, ganjaran pahala pun dapat! ;)


Kelebihan berpelukan

Pelukan adalah satu sentuhan fizikal erat yang dilakukan pada di leher, belakang badan atau pinggang. Pelukan kadang-kala melibatkan kucupan, pandangan mata, sentuhan mesra dan beberapa gerakan tubuh lain.
Oleh itu, mereka yang berpelukan menandakan hubungan mereka amat rapat, dan mempunyai pertalian kasih sayang yang mesra.

Ramai ahli psikologi menyatakan kebimbangan terhadap pasangan suami isteri yang jarang berpelukan. Mereka bimbang perkahwinan pasangan seperti ini adalah perkahwinan yang diikat oleh ‘lafaz nikah’ dan hubungan fizikal dan jima’ saja, dan bukan hubungan emosi dan perkongsian perasaan.

Perbanyakkanlah luahan kasih sayang dengan ucapan dan sentuhan fizikal (pelukan).
Pelukan ibarat baja yang sangat diperlukan oleh pokok. Tanpa baja, pokok mampu hidup, namun ia tidak subur. Daunnya menjadi kuning dan mudah gugur. Pokok itu tidak menghasilkan bunga atau buah.
Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri. Ia memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami dan isteri.

Bagi pasangan yang agak berat untuk menyatakan “Saya sayang awak..” dengan perkataan,  pelukan adalah cara alternatif terbaik untuk melafazkannya.
Pelukan bukan setakat perkongsian emosi saja, malah lebih dari itu. Pelukan boleh menunjukkan sokongan emosi ketika suami atau isteri sedang menerima ujian getir perjalanan hidupnya.

Pelukan juga melambangkan rasa gembira atau kesedihan. Jika kita memilih pasangan kita untuk dipeluk, bermakna pasangan kita itulah orang yang mempunyai hubungan fizikal dan emosi yang rapat.
Jangan hairan, seorang suami atau isteri lebih gemar memeluk anak dari pasangan masing-masing.


Suami yang sering berurusan out station dan berjauhan dengan isteri boleh menjadikan pelukan sebagai cara terbaik meluahkan rasa rindu. Seorang isteri atau suami boleh menilai kasih sayang pasangan mereka dengan pelukan.
Pelukan rindu seharusnya merupakan pelukan yang mesra dan kemas. Jika pelukan itu sangat ringkas dan tidak beremosi, sudah tentu ia bukan pelukan yang menyatakan rindu dan kasih sayang. Ia lebih kepada pelukan biasa yang penuh keraguan.

Kesan pelukan

Satu kajian psikologi telah diterbitkan di Journal American Psychosomatic Society. Mereka membandingkan beberapa pasangan yang menunjukkan suami isteri yang menonton rancangan video selama 10 minit sambil memegang tangan, kemudian di akhir sesi itu berpelukan selama 20 saat.
Sementara sekumpulan pasangan lain hanya melihat video yang sama di kerusi berasingan tanpa berpelukan di akhir sesi.

Kemudian setiap pasangan ditemuramah untuk menceritakan saat yang paling stress sepanjang hari itu sambil diperiksa tekanan darah dan denyutan nadi. Pasangan suami isteri yang berpelukan tadi dengan tenang menceritakan masalah mereka dan ramai yang hampir lupa saat yang paling stress yang mereka tempuhi pada hari itu.


Sementara pasangan yang duduk berasingan ketika menonton video, pula bercerita dengan penuh emosi saat-saat stress mereka pada hari itu sambil tekanan darah meningkat dan denyutan nadi sangat pantas.
Ramai saintis yang berpendapat bahawa sentuhan dan pelukan suami dan isteri akan mengurangkan pengeluaran hormon yang bertindakbalas dalam tubuh ketika tertekan seperticortisol dan adrenalinePelukan juga akan menyebabkan kelanjar di otak akan mengeluarkan hormon serotonin dan dopamine, yang memberikan rasa tenang dan tenteram.

Pelukan juga akan menyebabkan gelombang di otak menjadi lebih tenang, lalu mengurangkan stress dan kerisauan. Oleh itu bagi pesakit yang mengalami masalah kerisauan (anxiety) dan mempunyai emosi yang tertekan, memeluk binatang peliharaan adalah  rawatan kejiwaan yang baik.
Namun apa yang lebih baik lagi jika suami atau isteri memeluk pasangan masing-masing ketika mereka mengalami tekanan jiwa dan perasaan dalam keadaan kerisauan.


Pelukan dan oxytocin

Oxytocin adalah biokimia semulajadi dalam otak yang merangsangkan hubungan erat antara ibu-anak, suami-isteri, merangsangkan perasaan kasih sayang antara ayah kepada anak, dan menggalakkan suami untuk kekal setia pada isterinya.
Dalam kehidupan yang realiti, hormon oxytocin akan menyuburkan keluarga yang bahagia, tanpa perang mulut atau keganasan fizikal.
Hormon oxytocin dikeluarkan ketika berpelukan dan ia adalah sebahagian dari tindakbalas seksual. Oleh di kala ramai isteri yang sedang sedih minta dipeluk suami mereka, si suami membaca mesej yang salah. Mereka menyangka itu permintaan untuk melakukan hubungan jima’ dari si isteri.

Secara fizikalnya, kita akan dapat menganggak apabila oxytocin dikeluarkan, dengan melihat perubahan wajah yang menyenangkan dan intonasi suara yang menjadi semakin lembut.

Oxytocin juga akan menghalang pengeluaran hormon yang menyebabkan stress iaitu hormon cortisol dan norepinephrine. Secara tidak langsung oxytocin akan mengurangkan risiko seseorang mengalami sakit jantung.
Ini bertepatan dengan banyak kaijan mendapati wanita yang tidak bahagia dalam perkahwinannya mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung.


Lama berpelukan

Pelukan boleh dilakukan untuk beberapa saat hingga beberapa jam. Ia bergantung kepada tujuan pelukan itu.
Bagaimana mahu memeluk dengan baik?
  1. Pastikan apakah jenis pelukan yang hendak diberikan. Sama ada pelukan itu pelukan mesra, pelukan romantik, pelukan gurauan, pelukan kegembiraan dan tahniah atau pelukan simpati.
  2. Lebarkan tangan dan senyumlah ketika mulakan pelukan. Bagi lelaki suka memeluk pinggang dan belakang isterinya dan isteri pula lebih suka memeluk leher dan bahu suami. Tarik dan rapatkan tubuh dan rasakan sentuhan pada dada, abdomen dan peha.
  3. Pelukan harus dilakukan dengan perasaan. Sesekali peluk erat dan rapat bagi menunjukkan kita selesa dengan suami/isteri kita.
  4. Tukar posisi sama ada pelukan dari tepi, pelukan dari belakang atau pelukan sambil duduk menonton TV. Boleh memeluk bahu sambil memegang tangannya.
  5. Yang penting rasakan kenikmatan dan keseronokan bersama. Tinggalkan semua fikiran yang mungkin mengganggu, sama ada memikirkan pinggan yang belum dibasuh atau bunyi telefon bimbit.
  6. Peluklah suami/isteri selama yang mahu. Ia boleh jadi beberapa saat, hingga beberapa minit. Jika mampu bolehlah peluk untuk beberapa jam terutama jika isteri berada dalam keadaan trauma perasaannya seperti baru keguguran atau baru diragut begnya.
  7. Sambil memeluk, ucapkan kata-kata romantik, kata-kata semangat dan motivasi atau kata-kata memujuk. Elakkan pelukan ala kadar yang mungkin memberikan mesej yang salah.

Banyak kajian menunjukkan pelukan akan mengurangkan tekanan emosi, merendahkan tekanan darah, seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung. Dalam hal ini, wanita yang mendapat faedah paling banyak kerana hormon oxytocin yang dikeluarkan oleh wanita lebih banyak berbanding dengan lelaki.
Pelukan harus diberikan setiap masa, sekerap yang mungkin. Saya sendiri memeluk isteri saya setiap kali mahu pergi kerja, sebaik sahaja saya tiba di rumah dari tempat kerja dan ketika mahu tidur.
Ia harus dijadikan suatu tabiat untuk menyatakan rasa cinta dan kasih antara suami dan isteri.

jadiiii.. tunggu apa lagi. cepat-cepat la p peluk suami @ isteri tuu.. haa.. yang berjauhan tu, dah rindu la tu. :P
sabarr.. nescaya sabarmu itu ada ganjarannya..


p/s : sumber copy paste dari : dokter nih. :3






Wednesday, September 19, 2012

jeles. :(



jelesnyaaaaaa.. huwarghh.. hmmm. banyak dah sekarang orang kahwin muda. jelesnya. :(
haha. gedik tak? :P

memang dah musim kot kan? lagi pun mak aku selalu cakap, zaman ni akan berulang-ulang. macam mak cakap, dulu fesyen macam ni dah ada dah. la ni keluaq balik pulak. haa.. zaman memang berputar. sama macam bumi. sama jugak macam kehidupan manusia pun kan. oke!
kembali pada topik utama. hoho.

jeles sangat tengok orang dah berbahagia. aku pun nak jugak. u_u
teringinnn.. ntah bila la sayang aku nak take part ntah dalam hidup aku ni. nak shake hand dengan bapak aku. wahh. tak sabarnya! haha. gedik-gedik.
bestnyeee..

ce tengok cincin ni. unik kan! cantekk.. :3


kami nak satu macam ni. 

heee.. oke lah. dah terlebih larut malam dah ni. selamat malam. ^_^

--P/s : i lap u n mish u bebeh. i want u to be HALAL for me to love you. insyaAllah. :D

Friday, September 14, 2012

berapa umur anda? ;)

haha. aku tengok umur aku kat sini..
umur kau berape hah..

ce tgk.. aku dah tua 8 tahun. hohoho

Friday, September 7, 2012

ready or not?

currently i am reading



hmmm.. best tau buku ni.. penulis dia menulis sendiri melalui pengalaman hidup dia. banyak nasihat yg dia bagi.. si dia selalu kata kat aku, pergi la baca buku apa2 yg nk menunjukkan aku buat persiapan.. haa..see? i am doing my preparation lah ni. ngee..
awak tu? haa.. awak tu yg belom ready kan.. :)
tapi..kalau diikutkan istilah dari buku ni. x bekerja bukan x bererti kamu x bersedia untuk memikul tanggungjawab. semua tu bergantung kepada individu itu sendiri. bagaimana nak menguruskan duit dan masa.   apa yg aku risau.. adalah mak bapak aku yg x yakin nanti.. yelah.. aku kan anak bongsu.. kalau boleh menantu yg last ni diorg nk yg perfect la.. menantu lain semua xdpt yg dihajati.. aku pun harap Amirdzul ni dpt tunaikan hajat diorg..
dari apa yg aku nampak setakat ni... aku rasa si dia tu mampu jd suami yg baik.. (hik hik. gedik2)
dia sangat sabar ngn kerenah aku yg emosi mcm org tua bangka tp perangai mcm budak2.. hehehehe.
tp aku pulak yg takut.. takut nanti aku jd isteri yg selalu buat dosa kt suami. OMG.
haha. so.. persoalannya.. adakah aku dah bersedia??? hmmmm...
muda kah usia 21 jika ingin berumah tangga? kematangan bukan terletak pada umur kan?
tapi tu lah.. mak abah aku pulak la.. diorg pernah ke pandang aku sebagai seorang yg matang? >.<
hohoho. mungkin perlakuan aku selama ni belum cukup lagi kot menunjukkan kematangan aku.. (cewahh..matang kerrr) haha.
sebenarnya.. tujuan aku nk melangkah ke alam perkahwinan ni bukan saja2 sebab gedik ka apa ka.. aku cuma nak menghalalkan apa yg haram.. hari2 aku teringat kat dia.. berdosa tau.. dia bukan muhrim aku... teringat kat mak abah dapat pahala.. ni teringat kat dia dapat dosa.. >.<
rindu kat dia pun xboleh.. tgk @ menyimpan gambar lelaki yg bukan muhrim kita pun berdosa tau... buku ni lah yg ajar aku.. ce baca kalau nak kepastian..
aku ni bukan lah baik sgt.. dosa aku banyak.. pahala ntah berapa kerat.. x sanggup aku nk pikul dosa maksiat hati ni pulak.. :(
tp mcm mana nk ckp kt mak abah?  maluuuuuuuuuu cek nk ceqhitaa... yg depa tau ckp cek gedik nk menikah.. gedik la!!! cek xmau bedosa.. kesian kat abah ngn mak dok share saham ngn cek.. :(
dan...
kalau dia dah sah menjadi sesuatu yg halal bagi aku.. insyaAllah.. walaupun masing2 masih jauh.. (yela..aku kan belajar xhabis lg, dia selatan, aku utara) semua perlakuan aku.. merindu.. tgk gambar.. calling2 dia.. dpt pahala.. pahala kecik2 lama2 jd banyak.. daripada dok kutip dosa free2 skrg ni.. kan kan.. dan nanti bila cuti2 n nk jumpa.. kan senang nk bgtau mak abah.. "mak, adik nak p jenjalan ngn laki adik kat hawaii" haha. see? mak abah pun xpayah dok risau maksiat la apa la..dah sah kannn.. bila cuti2. boleh dating ala2 org baru bercinta gitu.. indah kan berumah tangga.. cuma keindahan tu la kena jaga untk berkekalan..
daripada pembacaan dan pengalaman aku sendiri.. tugas isteri juga amat penting.. si isteri adalah tulang belakang si suami dalam mengharmonikan rumah tangga. isteri harus faham dan bertolak ansur dalam segala hal. contoh la kan.. suami masih baru bekerja. rumah dlm keaadaan sederhana. isteri perlu sokong suami. bg semangat.. jgn la nk paksa.. "abang.. syg nak rantai emas 50 karat. xkira.. bg jugak..kalau x syg merajuk" atau, "abang.. syg nk perabot baru la..rumah kita ni kosong sgt.." contoh la kan.. kesian la si suami.. dari pengalaman aku.. lelaki yg bertanggungjawab..akan berasa stress kalau melalui situasi di mana dia berasa dia tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya dan apa yg dihajati atau dikehendaki oleh isteri @ ibu bapa.. so.. InsyaAllah.. aku akan cuba membantu meringankan beban si suami nanti.. ngee.. :P
arghhh.. terasa gedik bila post pasal ni. malu arr.. haha. (nampak sgt x matang kannnnn) haizzz..
apa lagi ye nak share kat sini.. haaa..
penulis ni berpesan.. kalau ada mengharungi badai dalam rumah tangga.. jgn asyik nak cari kesalahan masing2..tetapi, fikirlah..kenangkan zaman bercinta dulu.. apa yg menyebabkan kamu jatuh cinta dgn dia.. sikapnya.. dan kalau ada masalah.. cubalah untuk senyum.. sebab urat2 otot2 muka tu ada satu fungsi untuk menghilangkan stress.. jadi... berbanyak2kan lah senyum! senyum untuk suami hari2 tu pun sedekah tau.. sentuh suami pun pahala dan gugur dosa2 kecil dengan setiap sentuhan..
satu lagi.. setiap orang yg berkahwin, maka pintu rezeki dia akan terbuka dgn luas! InsyaAllah.. wallahu'alam..
wah3.. banyak kan kelebihan? ni pun aku baca xhabis lg.. excited nak story mory kat sini! hehe.
baiklahh.. saya nak p sambung baca buku ini.. :D
dada~~

Wednesday, September 5, 2012

big girl with small heart

today.. 5 Sept 2012
21 tahun 1 hari aku telah berada di dunia ini..
sepanjang 21 tahun ni.. aku akui, aku masih tidak mengenali diri aku sepenuhnya..
yg aku tahu.. aku ni...

- periang.
- suka buat org gelak.
- sgt sensitif ngn benda2 sebesar bulu hidung pun.
- kuat merajuk.
- susah nk marah, tp bila dah marah, mmg meletop
- emosi aku sgt dipengaruhi oleh org2 yg aku syg @ rapat
- perkara yg aku buat selalunya bergantung dgn emosi
- pendiam dan pembising
diam kalau xbiasa, bising kalau dah biasa
- pemalu
- low self confident
- rasa sunyi selalu
- bab2 hati mmg lemah
- pemalas dan perajin
malas bila mood x ok. rajin bila mood dah ok
- muka selalu nampak garang n tua kalau x senyum

aku pun xsure.. ada lg x.. ni je la yg aku mampu senaraikan sekarang.. tp apa yg aku sampaikan ini bukan nk promot diri aku atau nak cerita keburukan aku.. aku cuma menyatakan serba sedikit pengalaman aku dan hidup aku dan aku zahirkan dalam bentuk pengetahuan aku dalam mengenal diri aku sendiri. kalau kita nak kenal diri sendiri, bukan saja dengan sorang2 meng analisis. boleh jugak tanya kawan2..
-skema- "awak rasa saya ni macam mana?"
-kawan2 aku- "weh, hg rasa aku ni mcm mana bg hg?"

satu lagi statement aku nak buat... hehe
aku sgt sygkan kawan2 aku.. so... kdg2 perkara besaq bulu hidung diorg buat, aku kdg2 ter sensitif.. terasa dgn diorg.. hmmm..susah kan org sensitif ni? dah la mood susah nk recover.. haizz..

aku kadang2 rasa cam... OMG.. useless nyewrzz hidup aku ni.. xbuat apa2 pun.. kdg2 rasa mcm aku ni diperlukan pulak.. hmmm... apa aku mepek nih?hohoho
biasa la.. org lampu merah. emosi tidak terkawal. ngeee. peace. ^_^


--in every relationship, put 1% HATE, 1% DOUBT and 2% FAKE from 96% TRUST+LOVE+CARES as a PRECAUTION from an awful heart break.

Monday, September 3, 2012

i'm kinda back. :p

wohooo~
lama gila x menulis. hehe. rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu kt belog ni tau~
bnyk sgt2 perkara berlaku dlm masa aku x tulis nie.

SBE? oke jeee.. kompem cikgu2 kat sana kata aku malas. asek terperuk dlm blik guru + online je. haha. skolah 4 hari je sbb cuti hari raya.. :D
alasan aku terperuk adalah kerana time aku p tu,  darjah 4 5 6 semua sibuk ujian... sooooo.. aku hanya mampu g skolah tayang mukaa~

raya?
hmmmmmmmmmmmmmm... setelah aku menjalankan survey, telah aku dapati, bila usia makin meningkat, maka, raya pun sudah kurang best. raya bg aku, biasa2 jee.. xberapa nk happy sbb aku sorg. i mean..... abg2 n kak2 aku smua sudah berpasangan n happily eber after kannn... mak n ayah aku pn sibuk manjang..... hmmmm....i sedih tau u olss.. n some add ons.. (mcm g kedai kepsi je) family matters... haizzz..makin tua, makin banyak pulak probnyerss..

anddd.. seperkara lagi yg aku baru habis laluinyaa...

BIG!! Bina Insan Guru..
hihihi. program anak angkat...
mula2 nebes! last2 dpt fmly angkat yg jual beger. yeah.. yg paling syok, mkn beger free hari2. hahaha. jeles kan? :P
program BIG kali ni aku agak happy.. sebab!! aku dpt penghargaan yg aku xpenah dpt.. >.<
besday aku walaupun xsampai lg, tp telah disambut.. :D
sengih sampai pp aku time kena seprais ngn cik pah n semua warga felda + kwn2.. mlm masa barbikiu tu pun kena tepung jgk..penat tu x payah nak cakap la. penat yg amat sgt!! lenguh sana sini. maklumlah..bdn xpenah eksesais.. haha..
tp, disebalik kegembiraan tu...ada jgk beberapa perkara yg aku dapat.. aku dapat serumah ngn shana.. mula2 dpt mak angkat, depa ckp ada kedai beger + kedai runcit.. aku gumbira, dah bajet org kaya laa..tp bila sampai2..rumah depa ala kadar saja...bilik pun x ada.....
mula2 aku ada rasa mcm xpuas hati.. sbb ada yg lain dpt rumah best2.. dpt rumah lg gempak.. tp setelah aku pkiaq2 balik.. semua ni mesti ada hikmahnya.. perkara pertama yg berlaku n buat aku sedar.. adalah peristiwa dimana, tok (mak kpd mak angkat aku) telah diperlakukan .............. *speechless* oleh seorang individu.. xnak mention nama... tp perkara tu sgt2 buat aku sebak.. n masa benda tu jd aku xmampu nk ckp apa2.. bila aku tolong, jd serba xkena.. (mana yg curios, bleh tnya i yer) so.... pengajaran yg aku pahat kt kepala hotak aku, adalah... aku nak layan mak aku elok2.. aku nak anak2 aku hormat mak aku walaupun mak aku masa tu dah cacat ka..dah nyanyuk ka.. aku nak depa tau erti seorang ibu!!!!!!!! demi Allah, aku sayang sgt3 kat mak aku... >.<
sebak dah skrg.. bab2 mak ni mmg aku sgt sensitif................. insan paling aku syg..
hmmm.. dah2..tamatkan bab nih.. hoho...
nexttt.. aku telah belajar erti kehidupan.. hidup rumah mak (mak hamidah), mmg susah.. so, mana nk cari pengalaman hidup susah? haaa.. bleh beli ngn wang ringgit ke? x kann... overall.. mak kami sgt best!!!! n fmly dia baik gilerrrrrrrrrrrrr n best!!!!!!!!!!! kami penat2 baring kat atas, tiba2 sampai ayaq la, makanan la.. delivery sampai ke katil! haha. :D
kat situ gak aku meray\sa dapat adik... hihihihi..

mlm persembahan pulak aku telah mempresen ngn penuh semangat.. pentomen. so.. sbb aku nyer suara, Cikgu Sally telah pemes. haha. pasan sat naaa.. :P
n aku hepi sbb org suka kami nye persembahan.. sebab!!! aku la pencadang.. aku la pengarah.. aku la penulis skrip, aku la juru mic. huh! bolot semua..

apa lg yerrrrrrrr... hmmmm... tu je kot...
lepas habis BIG, its time tu buat report n refleksi!!! huwarghh.. malasnyerrr... ngn bdn sakit2.. T_T

okey lah... xdop gapo2 lei den nok tuleh. dadaa~~

--Life's Getting harder when you're Getting Older. Have faith in Allah to make it easier.. :)