Quotes for today

“What's meant to be will always find a way”
“There's nowhere you can be that isn't where you're meant to be”

Friday, November 2, 2012

Petua mencantikkan diri~

Petua menghilangkan kekasaran/hitam di buku lali @ siku.
tu tu. yang bertanda pink tu.

buku lali adalah kawasan yang kita tak pernah nak sedar pun. eh? buku lali? yang mana tu? kat mana? oo.. tu buku lali ka? haha. abes tu hape? pergelangan kaki? kekekeke. :p

kawasan tersebut, ada sesetengah orang, putih gebu je. ada orang-orang yang tak berapa nak putih macam aku ni, hitam sikit kat situ. dan lama-lama akan jadi kasar. mak aku cakap, sebab kita orang melayu. banyak duduk bersila. sebab tu hitam. hoho~ nunno~

nah serba sedikit petua. :D

Petua yang pertama ialah menggunakan limau nipis atau lemon. Potong limau kepada dua bahagian dan gosokkan pada buku lali selama beberapa minit sewaktu tengah menonton televisyen, movie dan sebangainya.
Biarkan air limau tu kering dengan sendiri pada buku lali yang disgosok. Lepas  dirasakan dah betul-betul kering, barulah dibilas dengan air suam. Eloknya diamalkan setiap hari.

Petua Mencerahkan Siku/ Buku Lali pula.

Sediakan satu cawan susu, teoun gandum 2-3 sudu besar dan satu sudu serbuk kunyit.

Campurkan kesemua bahan tu dalam satu mangkuk bersih dan gaul sehingga rata. Kemudian sapu adunan tu pada bahagian siku atau buku lali atau kedua-duanya sekali dan biarkan selama lebih kurang 30 minit.

Selepas 30 minit,barulah digosok bahagian tersebut perlahan-lahan dengan menggunakan air suam untuk membersihkan atau dalam erti kata lain menghilangkanbahan/adunan yang disapu tadi. Dikatakan juga kalau nak dapat hasil yang tip-top kenalah juga amalkan petua nie setiap hari.

Assalamualaikum dan selamat beramal. :D



No comments:

Post a Comment