Quotes for today

“What's meant to be will always find a way”
“There's nowhere you can be that isn't where you're meant to be”

Thursday, November 8, 2012

Last post. Maybe?

Assalamualaikum dan selamat malam. o.o (4.50 pagi)

hoho. aku tak tido lagi. aku tadi ingat nak lepak-lepak dengan kekasih hati sambil main poker @ whatever la. tapi dia keletihan dan dah tetido lama dah pun. aku meredhakan la ketiduran dia sebab aku la punca dia kannnnnnnnnnnn... i am so sorry............
aku selalu cakap kat dia.. cakap je sorry selalu. tapi nanti buat lagi. tapi tanpa aku sedari.. aku pun buat jugak.. >.<!!

last post? maybe laaa.. aku dah nak berambus daripada hostel ni esok. exam dah habis.. alhamdulillah. exam last ni agak membawa senyuman buat aku. walaupun study last minutes. hehe. (biasak la tuh xD)

esok aku ingin pulang membawa diri..
kenapa eh? aku rasa aku tulis bab2 aku nak pergi ja. aku rasa macam takut. macam takut nak pergi buat selama-lamanya ke? hmmm.. masih banyak benda aku tak selesaikan kat dunia ni. amalan pun............. hmmm.. sayu pulak tiba tiba.

aku mulai bercuti kalau ikut jadual, jumaat ni la. tapi apedehal~ esok sudeh mau berambus. hehe.
aku tadi ketiadaan dia, aku on facebook. datang la sorang kawan aku ni. aku pun tak paham pasai pa tiba tiba ja jadi camtu. rasa macam nak p pelangkung pun ada. buat touching pulak dah. last last aku tak paham, aku biarkan je laaahhhh.. mueheheh  >:D

lepas tu datang sorang lagi.. bermula dengan topik apa ntah. sampai la bab topik hati.... aku meluahkan isi hati aku.. macam macam gak aku kena nasihat. agak pedih dan panas juga la mata aku membaca. haha. tapi aku mengaku. aku memang banyak kekurangan. dan. maybe aku degil dan tak boleh dengar kata? :O
amir selalu cakap aku degil so, kira betol la ni? =.="
ok ok ok ok........................ =3=

sesi luahan kemudian beralih arah. dia pulak bercerita kat aku. aku yang mula mula mata dah ngantuk tahap cipan, jadi tak ngantuk. sebab aku tak gamak (tak sanggup) tengok kawan aku sedih sorang sorang. jadi aku  cuba la dengan beberapa cara dan nasihat nak tenangkan hati dia. aku harap dia pun akan terima bahagia dia. cinta tak perlu dicari. dia datang sendiri. dia cakap dia dah terlalu banyak dikecewakan. jadi aku cakap. telalu banyak bukan bermaksud sampai bila bila.
aku yakin. "what you give. you get back MORE"
sejak aku kenal dengan amir. dia la yang ajar aku yang ni. kalau dulu cuma, what you give, you get back. tapi sedarkah anda. perkara apa pun (bukan berkaitan duit dan harta dunia) yang anda  buat, pasti akan mendapat balasan yang lebih daripada sepatutnya. tak payah bagi contoh. cuba la kaitkan sendiri. pasti ada contohnya. arghh.. jiwa tak tenang. nak bagi jugak. hahaha. contohnya, macam Ali terer math. Abu lembab math. Ali mengajar Abu sesungguh sungguhnya. sampai Abu dah boleh jawab. tanpa Ali sedari, setiap kelemahan dan cara mengajar Abu yang dia cuba atasi. dia dah jadi sangat pandai dalam math. haa.. walaupun dia ajar yang biasa. tapi dia dapat lebih. ah. contoh lain pikiaq sendiri la. haha. xD

then.. kat sini aku nak ucapkan syukur alhamdulillah. dah tamat pun semester 4 ni. pahit getir dapat jugak aku lalui. insyaAllah. aku mohon supaya aku lulus sem ni. >.<

aku juga nak mengucapkan syukur dan terima kasih kerana telah dikurniakan kekasih hati yang terlalu amat sangat sempurna bagi aku. orang cakap. eleh. baru bercinta, kentut pun wangi. hmmm..betul ke? aku dengan dia dah setahun lebih. tak pernah lagi la aku cakap kentut dia wangi. buruk dia aku nampak. dan aku terima seadanya sebab aku pun tak sempurna. buruk aku? bukan lagi dah tersirat. dah terbentang bentang kat dia. tapi syukur dia tabah kuat dan sangat sabar menghadapi kerenah aku yang terlampau ni kadang kadang. kawan aku tegur, supaya aku ubah sikap. sukar nak dapat lelaki macam amir. aku tau. aku sedar tu. cuma aku rasa aku tak layak untuk dia. dia terlalu baik. aku terlalu....................
malas nak cakap. tak da la jahat sangat. tapi, aku tak sebaik dia. dia lebih berhak perempuan yang lebih baik daripada aku. >.<
terima kasih sangat. dan saya nak mohon maaf sangat sangat pada awal. maaf sebelum, sekarang dan masa masa akan datang. saya childish. :(
malang kan awak..

dah dah. dah jadi post chenta pulak dah. nanti aku inputkan entry chenta pulak. tu pun kalau ada masa.
adios~ mata aku dah rabak ni. nak pengsan dah rasa. last but not least!

ILYSM! AMIRDZUL. hee.. malu i. #blush

No comments:

Post a Comment