Quotes for today

“What's meant to be will always find a way”
“There's nowhere you can be that isn't where you're meant to be”

Sunday, March 3, 2013

Mak..

hari ni banyak dan panjang betui hari aku.
bangun awai. semalam tertidoq dengan mask bertempek kat muka lupa nak buang. haha.
konon macam nak baring sekejap. last2 pukul 6 lebih dah jaga. hee. :D

aku bangun dan mengejutkan kawan2 aku. ada agenda penting yang aku nak lakukan pagi ni. aku mesej mak, tanya hari ni jadi ke tak nak p Alor Setar. Mak cakap jadi, tapi dia nak masak dulu.

Mak... adik sayang mak sangat!
fuhh... type pun aku dah dapat merasakan sebak teramat.. hurmm..
tak dapat digambarkan macam mana besar betui aku sayang kat mak... >.<

mak masak nasik lemuni, sebab abang pesan, ayam 3 ekor telah disembelih, jadi mak kena proses sorang sorang. aku dapat bayangkan kesusahan dan kepenatan mak buat kerja tu semua. sayang mak sangat! :(

hmmm.. lepas habis masak, mak call aku. aku dengar tengah kalut2 dok kunci pintu rumah, "adik, mak nak pi dah ni."

aku pun siap la.

mak mai dari rumah, mai ambik aku, peck, dan cean kat sini. aku tau. kesian mak... hmm..
lepas tu, nak elak jem, kami pilih jalan kodiang, tapi macam pusing jauh sikit, so mak pandai2 cari jalan sendiri. dipendekkan cerita, lepas tu, pi sekolah mak tam, ambik penyata kira2 untuk esaimen encek jijan, kami pun terus pi rumah owner kereta lama CY. dah sain sain tulis tulis dan cop cop jari. kami bertolak ke rumah abang hatta pulak..
makan kat umah abang. lepas tu abang promot aku jual kacang dia. so aku on je. memang tengah dok cari side income pun sekarang nih. >.<

so lepas ni aku Yah Kacang. haha.

eh terkeluar tajuk.. ok ok..

lepas tuuu.... kerana aku tadi cadang nak pi tesco bagai, mak pun ok jeeee.. kami pun p la tesco. aku telah membeli cincin rantai emas korea. huhu.........

aku jalan sana sini. aku ada jugak terpikiaq nak belikan kat mak hadiah. tapi aku tak tau nak beli apa. aku tak bagi hadiah kat mak lama dah. :(

lepas tu, aku pun beli la bekalan2 kat tesco, then kami pun makan2 kat food court tesco. lepak lama jugak la kat tesco, sampai dah solat maghrib, baru la bertolak balik. aku beli buku kat popular guna baucer, cean ngan peck tanya aku. beli hadiah buku untuk mak aku ke? alamak.. tak beli hadiah pun! hmmmmmmmmmmmmm.....
lagipun, mak tak minat baca baca ni. tapiii.. kalau aku cari pasal baju baju, fesyen, fesyen @ bunga ke, sulam ke. art work ke. mesti mak suka. haizz.. aku terlupa.....
masa jalan2 kat bawah tu ingat nak beli kasut, tapi mak dah ada banyak kasut, and aku dah pernah bagi kasut dah kat mak. seriously tak tau nak belikan apa kat mak...

jadi bila langit sudah mula kelam, kami bertolak balik. masa dalam keta tu, seriously aku rasa ngantok gila. tahap gaban punya ngantok. memang tak tahan. rasa nak lelap je. tapi aku kuatkan semangat. kalau aku yang tak buat apa2 ni letih, apa lagi mak kan. so, aku kerah otak aku cari topik nak sembang dengan mak. lalu pulak ikut jalan kampung. memang jalan blues je. slow~~ the motion~~ -.-"

sebenarnya dalam hati aku ada seribu satu perasaan. tak tau macam mana nak cerita. aku berterima kasih sangat dengan pengorbanan mak.... aku kesian kat mak.. aku terharu kat mak.. tapi aku still tak boleh nak tunaikan permintaan dia walaupun permintaan yang kecil. kadang2 aku leka, aku lalai, aku terlupa. aku lupa diri, aku hilang akal. kadang2 pasal benda yang betul2 aku salah, aku tak boleh terima. aku rasa nak memberontak. aku tak dengaq cakap. aku ketegaq. dia suruh, kadang2 aku buat. aku sangat memerlukan self motivation! hari2 aku nak kena motivate diri aku..!!

mak drive balik sorang tadi.... lepas hantaq kami kat maktab, hmm.. ikut perasaan aku, nak je aku pelukkkkkkk mak kuat2.. cium pipi mak..cakap "adik sayangggg sangat kat mak!!!!!! tengkiu sebab sanggup susah payah untuk adik hari ni.."

tapi aku segan.. aku tak tau ape yang aku nak malukan. nak segankan.. aku type ni pun sudah mengalir air mata. aku tak boleh buat macam tu. hati aku lemah. senang je nak sebak. sikit2 nak nangis.. huh! tahan la sikit! kalau dengan boyfriend boleh pulak nak sayang2 doplohpatjam. dengan mak nak peluk sikit pun tak boleh.. hmmm.. malu! :(

adik sayang mak sangat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! biarlah adik sayang mak dengan cara adik.. walaupun adik tak mampu nak tunjuk depan2 dengan perlakuan dengan mak. adik cuba cara lain.

terima kasih sangat mak...
sebab..

- melahirkan adik
- jaga adik dengan baik sampai sihat macam nie
- mak cuba jugak nak tunaikan permintaan adik walaupun payah
- didik adik sampai adik jadi manusia
- selalu ada bila adik perlukan mak
- masih setia sayang adik walaupun adik selalu buat perangai
- masih kuat bersama adik walaupun mak semakin berusia
- bagi adik makan dan minum percuma sepanjang adik hidup dengan mak
- sentiasa teman adik, sembang dengan adik, jadi kawan adik.

Mak... terima kasih sangat2 sebab jadi mak adik yang sangat Super Woman. mak lah ibu yang terbaik! tiada tolok ganti. kalau patah pun tak mungkin tumbuh berganti. mak lah ibu adik sampai bila2. mak lah adik sayang sampai bila2. mak lah yang adik nak bersama selepas suami adik di syurga nanti. InsyaAllah mak..

Adik Sayang Mak.. adik mintak maaf dengan kesalahan adik, kekurangan adik.. adik masih kurang akal, kurang iman. adik mintak maaf dengan kurang ajar adik. kurang sopan adik. sikap adik yang melukakan perasaan mak. perkara yang mak tak suka. adik mintak maaf sangat! tapi adik tak boleh nak cakap depan2. adik lemah. adik boleh cakap.. "adik mintak maaf banyak2.." tu pun masa hari raya. yg tu pun dah sebak macam nak luruh jantung. yang adik mampu hanya type.. maafkan adik, mak.. sebab jarang mengucapkan sayang kat mak.. jarang mengucapkan maaf.. jarang mengucapkan maaf..
adik selalu rindu kat mak. bila jauh, adik terkenang, bila berdepan mak, adik tak bleh pandang mak lama2. adik sebak. nak je air mata ni bertakung meleleh2. maafkan adik mak. adik tak mampu nak kutip pahala banyak2 tengok muka mak.. adik sedih! adik tak tau pasaipa adik lemah sangat.. adik takut nanti muka yang adik tak mampu nak tengok lama2 yg ada depan mata ni hilang. adik takut nanti bila adik nak tengok, dah takdak. adik takut makk...... tapi adik tak kuat nak tengok............. adik sayang mak!!...

Siti Nur Hidayah... ingatlah jasa mak hang...

- mak penat macam mana pun, mak tetap buat apa hang nak.
- ingat dak mak pernah jatuh longkang masa nak tolong hang kemas barang untuk cuti sem. mata mak bengkak kena sengat tebuan, so, dia tak nampak sangat, jatuh longkang sampai lebam. menangis dia sakit, jalan cepoh2 (capik2) mai bilik tingkat 2 ni..
- ingat dak masa mak beli kat hang laptop ni. mak keluarkan duit. rm1999. tak cukup, kutip duit kat celah poket beg doremon mak. jumpak celah sana sini duit, dari rm10 smpai rm1. semua mak kutip. semua sebab nak bagi kat hang.
- ingat dak bila hang buat perangai, hang dengaq mak nangis. tapi hang berat sangat nak mintak maaf! hang teruk! lepas ni hang biasakan diri hang cakap "adik mintak maaf" tak berat pun!!!
- ada masa. bila dia tak larat sekalipun, bila aku cakap nak, dia cuba buat.. walaupun tulang tua 4 kerat tu dah rapuh dari tulang muda aku. tapi tulang tu masih kuat bekerja demi kasih sayang seorang ibu..
- ingat dak mak susah payah setiap masa untuk hang, sejak dari sekolah, sampai la sekarang ni. tak pernah kurang kasih sayang dia! ingat la wei!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! sayang la dia selagi dia ada..

aku nak selalu ingat semua benda ni..

aku takleh tahan dah. sampai sini saja..

sapa yang masih ada ibu, sayangilah ibu anda. hanya ada satu ibu di dunia. jangan sampai dah terlambat baru nak menyesal....

Assalamualaikum..

Mak.. semoga sihat selalu.. tolong la hidup dengan sihat dan bahagia sampai adik mampu nak bahagiakan mak dengan usaha dan hasil adik sendiri.. :)

No comments:

Post a Comment