Quotes for today

“What's meant to be will always find a way”
“There's nowhere you can be that isn't where you're meant to be”

Wednesday, March 13, 2013

blablabla

Pengalaman 2 hari 1 malam di Enggor Perak telah memberi pelbagai pengalaman dan pengetahuan baru dalam hidup saya. Saya yang telah bertugas sebagai biro keselamatan dan keharmonian telah bertugas dengan baik di sana.

sebelum bertolak, saya telah menyenaraikan beberapa tugas-tugas yang perlu saya lakukan. alatan keselamatan yang perlu saya bawa seperti peti pertolongan cemas, tidak lupa untuk saya sertakan. perjalanan bertolak ke perak mengambil masa lebih kurang 3 jam. kami tiba di zoo negara di perak untuk membuat pemerhatian bagaimana pengurusan dijalankan di sana. kami juga turut dibawa melawat haiwan-haiwan di dalam zoo tersebut oleh 2 orang renjer yang di upah kami.

setelah selesai melawat zoo taiping. kami bertolak ke PIH iaitu pusat ikan hiasan. Kami mengalami kesulitan ketika memerlukan pengangkutan. terdapat konflik di antara penggunaan bas yang telah disalah atur oleh pihak pengurusan IPG. kami diberikan van untuk berulang alik ke PIH. tetapi malangnya, van tersebut tidak kembali mengambil beberapa baki guru pelatih yang tinggal. kami terpaksa membuat keputusan untuk menyewa bas luar. kami terpaksa mengeluarkan wang tambahan.

setelah tiba dia PIH. kami mendaftar masuk ke asrama. asrama yg diberikan adalah amat baik dari segi persekitaran dan prasarananya. saya tinggal dia dalam bilik yang sederhana luas bersama seorang rakan saya.

pada keesokan harinya, setelah bersarapan, kami memulakan aktiviti dengan sedikit kuliah pengajaran dan pengenalan mengenai cara menternak, memelihara dan membiakkan ikan hiasan.kami diberi kuliah di dalam kawasan penternakan ikan. jadi kami bukan sahaja dapat memperoleh ilmu malam dapat melihat sendiri perkara yang dicakapkan oleh penceramah kami iaitu peneraju PIH.setelah tamat mendengar kuliah, saya dan rakan-rakan, bertolak ke kolam-kolam ikan untuk menjalankan amali. kami ditunjuk cara untuk mengenali jantina ikan dan cara mengenali ikan yang telah matang.

seterusnya, kami ke kolam ikan lampam. kami diberitahu bahawa beberapa orang guru pelatih akan turun ke dalam kolam ikan untuk menangkap ikan lampam tersebut dengan memggunakan pukat. 3 orang rakan saya telah suka rela turun ke dalam kolam. walaupun bergelumang dengan lumpur dan berbau busuk, namun kata mereka, pengalaman yang te
lah diperoleh tidak dapat dibeli atau dicari di tempat lain.

setelah selesai aktivi tersebut, saya dan rakan-rakan saya menjamah juadah tengahhari. setelah selesai, kami meneruskan dengan sesi kedua. kami dibawa untuk mengenali dengan lebih dekat lagi mengenai ikan hiasan. kami dibawa mengenali dengan lebih dekat dan realistik apabila kami dikendaki menyentuh sendiri dan menentukan jantina ikan tersebut. kemudian, kami dibawa melawat ke kawadan ikan arowana. begitu banyak ikan arowana dan pelbagai jenis ikan arowana terdapat di sana.

sebelum kami bertolak pulang, kami menyampaikan sedikit cendera hati kepada pihak pengurusan di sana.
tepat pada pukul 5 petang, kami bersiap-siap untuk bertolak pulang ke perlis. bas bertolak pada jam 6 petang.

No comments:

Post a Comment