Quotes for today

“What's meant to be will always find a way”
“There's nowhere you can be that isn't where you're meant to be”

Saturday, March 9, 2013

Yg pergi tak kembali..

Assalamualaikum..

semalam, mak call aku, aku dalam kelas, so tak jawab.
lepas tu mak mesej aku cakap yg mat (adk ipar bancik) dah meninggal dunia..
Ya Allah.. Aku sebak.. Terasa macam baru je jumpa dia haritu.. Hmm. Sedih.. Dia ada 2 orang anak. Kecik lagi.. Isteri dia pun pregnant 7 bulan.

Mak cerita tadi masa on the way balik rumah lepas amek aku kat hostel.
mak cakap, bini dia cerita
dia tak penah2 sebelum ni g keja dgn moto sebelum ni. Selalu p dgn kereta. Tiba2 je dia cakap teringin nak bawak moto. Katanya, dia letih sangat sebab tugas lewat pagi, siang tu ada kawad kaki. So bila malam tu, ada kawan dia cakap, hang tak payah balik la. Letih kot. Tak larat dari perlis ni nak balik yan (kedah). Dia jawab, tak boleh la. Bini dia mengandung. Takut tinggai sorang2 nanti jadi apa2. Lepas tu, dia pun balik la naik moto sorang2 tengah2 malam tu. Dikhabarkan, jalan tu memang sunyi. Jarang orang lalu.. Dikhabarkan lagi, dia langgar pokok, terpelanting masuk sawah, patah leher dan kepala terendam dalam air sawah. Allahuakhbar.. >.<
Mak cakap, sebelum dia balik tu, ada bini dia call.. Dia jawab lagi. Tak lama lagi bini dia tunggu tak sampai2 lagi, bini dia call lagi. Tak jawab dah.. Bini n mak mertua dia pun dah rasa tak sedap hati.. Pagi tu, bini, mak mertua n anak2 dia pegi la ikut jalan yg suami dia selalu lalu nak p keja. Then nampak ada satu tempat tu ramai sangat orang berkerumun.. Dia dan mak dia pun p la. Dia tak berani tengok. Sebab dia dah rasa tak sedap dah. Mak dia pegi tengok mangsa yang dalam sawah tu, memang sah suami dia. Di sahkan lagi dengan ic dia. Isteri dia dengar je pengesahan tu. Terus pengsan.. Hmm. Aku dengar cerita tu pun dah sebak. Ya Allah.. Beratnya dugaan yg kak shima tanggung.. berilah dia kekuatan ya Allah.. Permudahkanlah urusan zamri ya Allah.. Tempatkanlah dia di dalam golongan orang beriman. Ampunkanlah dosa2nya ya Allah.. Amin..

sesungguhnyaa.. Ajal itu tidak mengenal tua atau muda, kaya atau miskin, baik atau jahat..

Yang pergi tak kembali. Kita di sini entah bila bakal dijemput. Perjalanan harus diteruskan. Bekerja bagai mahu hidup selamanya. Beribadah bagai akan mati esok hari.

wallahu a'lam..

sedekahkan Al fatihah untuk arwah..

Terima kasih.. :')

No comments:

Post a Comment