Quotes for today

“What's meant to be will always find a way”
“There's nowhere you can be that isn't where you're meant to be”

Thursday, January 3, 2013

welcome 2013! :D

Good bye dear 2012. :(



hari ini 2 Januari 2013.
masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat datang pada tahun yang serba serbi makin hari makin canggih. semakin jauh untuk aku kejar arus kemodenan dunia hari ini. cewah! kemain lagi ayat aku. macam cekgu bm jer. haha. :D

terlalu banyak benda yang aku nak cakap. sampai tak tercakap.
agak lama aku tinggalkan blog aku yang tersayang ni. sepanjang sepeninggalan aku, aku sering merindui mu sayanggg.. sampai ada tulis kat notepad. nanti copy and paste je kat sini. haha. nanti aku poskan.

tahun 2012, macam macam benda terjadi. terlalu banyak. sampai tak ingat. hihihihi.
direct cenggitu minah neh. :P

banyak peristiwa yang terjadi. mengajar aku untuk menjadi lebih banyak pengetahuan mengenai kehidupan ni. hmm..
2012 jugak telah memberi aku kebahagian. memberi aku peluang untuk menemui kebahagian dan keperitan dalam hidup aku. In Syaa Allah. akan aku jadikan sebagai panduan dan pengajaran.

tahun 2013, aku telah menjejakkan kaki usia 22. adeshh.. dah tua! boleh kahwin. haha. :D
aku harap, tahun 2013 ni memberi titik tolak perubahan yang lebih baik di dalam kehidupan aku. hehe.
aku tak harap perubahan mendadak. aku tak harap perubahan yang drastik atau besar. aku cuma harap aku dapat menjadi lebih baik dan istiqamah, iaitu perubahan tu tak bersifat sementara..
hmmm.. aku harap aku boleh memotivasikan diri aku setiap hari... -.-

bila masuk je tahun baru, mesti ada azam baru kan! eheheheh.
di sini aku pun gedik gedik jugak nak mencipta azam.

1. aku nak jadi insan yang lebih berguna. nak rajin rajinkan diri selalu beribadat. nak dengar cakap mak abah selalu. tak mau malas malas pi kelas dah. tak mau malas malas buat assigment dah. tak mau malas malas nak buang lemak lemak. haha.

2. aku nak usaha naikkan pointer aku!!! dah sem 5 dah nih. sem 8 last. sempatkah aku menghebatkan pointer aku yang atas urat tu. =.= Allah maha mengetahui. In Syaa Allah..

3. nak membuat perubahan dalam tittle relationship aku.. from non halal to halal. In Shaa Allah.. :3

4. nak mencipta kewangan yang stabil. aku tak mau boros sangat dah. -.-" aku nak buat savings selalu. aku nak cuba buat income sampingan. hoho. ober tak? :D
aku teringin nak beli rumah kedai yang still on the making lagi tu kat depan depan rumah aku tuu.. eh rumah aku pulakkk.. rumah mak bapak aku lah. aku tak beli rumah lagi..aku teringin nak beli kedai dan bukak je lah kedai apa apa pun. tapi aku teringin nak bukak kedai bakery. tapi macam tak dak sapa pulak nak usahakan sementara aku study lagi sekarang nih. tapi, aku harap mak aku boleh bukak kedai dia kat situ. tapi bahaya pulak kat situ kawasan ramai orang siam. haizz.. bahaya mak aku duduk sorang sorang. tapi overall. aku nak jugak beli kedai kat situ! sebab tempat dia strategik. haizzzzzz.. cepat cepat la kerja hidayah oii..

5. nak cuba laksanakan semua nak nak nak aku kat atas neh dengan sedaya upaya. hehe..

ok lah. dah agak lewat malam ni. lebih baik aku mengundur diri dulu. semoga hari esok lebih baik dari hari ini dan hari hari sebelumnya. Wallahu a'lam..

nah sedikit bingkisan calendar 2013.



No comments:

Post a Comment