Quotes for today

“What's meant to be will always find a way”
“There's nowhere you can be that isn't where you're meant to be”

Friday, June 22, 2012

ohno~


OMG!

cinta terhalanggggggg... tidaaaaaaaakkkk... TT_____TT
seperti yang aku post sebelum-sebelum ni. aku dah mula bibit bibit cinta aku dengan si dia savvy. T_T
tapi, setelah aku mintak izin orang tua. mereka kata tidak! OMG! wuwuwuwuw..
:'/
comei ape savvy. hihik. :P
alaaa.. jimat minyak apeee.. yang masalah-masalah tu semua kereta AMT!
kereta manual takpeeerrr... kan senang keta jimat minyak. nanti adik p mengajar kat sabah sarawak nun, keta tu amek la kat mak n abah. ehehe. kan murah nak ulang alik g ke keyyel pun. ngeee.. :D
selamat pun selamat. kerasss jer keta tu. lagipun mak kan suka speeding. ngeeeee.. :D
alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. frusttttttttt nieee..... nak jugak....
hurmmmmmm........................... nk p kawen kt siam la. haha.

mak cadangkan aku beli myvi. suke beno dia dengan myvi katanya. kata dia lagi, aku gemok. tak sesuai savvy. =.="
hola3. -.-"
haha. aku pun buat la pemikiran...... sebab aku kata, alaa.. myvi mahal. mana nak cari duit bayaq bulan-bulan. savvy murah sikit. then ayat terbaek kluar~~
alaa.. nanti abah tolong la..
 mwahahahahha. :P
yeah! kalau dah ade orang nak kipas~~~ ape lagi~~~~~~~~~~~~ hahaha.
hmmmmmmmmmmmmmmmmm..... tapi, aku tak sure la lagi. bila pikiaq2 balik. berbaloi tak ye aku beli keta. tapi aku nak senang bergerak ke mana sajaaa.. hmmmmmmm.. minyak.. n nanti road tax, omg. servis lagi. hadeiii... *_*
hmm.. i need a lot of thinking. tu la kan. guna je la ayat drama sikit. biar masa menentukan~~

okeh! tu je lah cinta terlarang aku buat masa nih. hihihi. jumpe lagi nanti~ :D

--sometimes not having what you really want does not mean that the thing you have is not good. but that is better for you. cherish it. :)

im FORKING back!


halu~

Assalamualaikum~~
hihi. bertemu lagi kita lepas cuti 3 minggu yang amat panjang ku rasakan tuu..
harap-harap orang-orang yang sedang membaca nie sehat-sehat sejahtera hendaknya.
sepanjang cuti yang aku lalui ni, rasanya banyak benda yang aku dah lalui. tapi sampai banyak & tak teringat dah nak tulis apa. haha.

satu je aku nak kongsi buat masa ni. semalam, masa aku tengah borak-borak dengan si dia. dia cakap. aku beruntung, sebab dapat buat kerja sama-sama dengan mak abah. aku pun pelik..
~~flash back~~
petang tu aku kena perah keringat tolong mak abah angkat reban ayam letak kat kaki reban ayam yang dah siap disimen. reban yang dah siap full tu memang berat! sakit gak la tangan aku mengangkat reban tu. memandangkan i am the only one kan anak kat rumah ni. so, perempuan pun, kena angkat jugak. bagi aku, tak dak apa yang spesel sangat la. setakat tolong angkat tu ja. tapi, tak sangka, bagi orang lain, kerjasama antara aku mak dan abah tu, ada yang orang cemburukan. ada yang orang nak berada di tempat aku.. hmmm..

so... moral of the story,
JANGAN pernah sedih dengan kehidupan kamu..
tentu ada orang yang ingin hidup macam kamu.
percayalah, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
dan percayalah, sesusah @ sesedih mana kehidupan kamu, tentu ada insan yang lebih susah dan sedih dari kamu. bersyukurlah.. :D

sebagai contoh, orang biasa-biasa ja.. memandangkan arus dunia sekarang makin moden. yang kerja dengan kerajaan @ swasta, syukurlaa.. bila harga barang naik, gaji pun naik jugak. tapi, fikir-fikirkanlah untuk orang yang kerja sendiri. contonye mak saye. kerja menjahit. harga barang jahitan pun makin tinggi, bukan makin murah. tapi, sebab dah lama ambik upah menjahit. dia tak sampai hati nak naikkan harga upah ambik baju. tapi, semua kerja dia buat, semua puas hati. semua orang cakap selesa. tak pernah ada lagi la orang komen dia buat baju tak sedap. kecuali la orang tu sendiri makin gemuk ke. tu pun dia sanggup ambik balik & besarkan. sepatutnya upah jahitan mak aku tu tinggi. sebab, dah la warga platinum dah. sikit ja lagi nak masuk geng warga emas macam abah. kos tinggi la. siang malam dia berjaga nak menjahit. tapi, still murah macam 1o tahun ambik upah jahit baju dulu-dulu. hmmm.. kalau kat adik beradik lagi la parah. kadang-kadang yang susah nak jahit pun dia ambik harga biasa ja. aku ja lebih-lebih suruh mintak lebih. wah. melalut. haha.

ok ok ok.
contoh, bagi orang yang hidup biasa @ susah, dunia sekarang makin moden. canggih semacam. kalau orang yang dah mati hidup balik, comfirm mati balik. terkejut. tak boleh terima kecanggihan zaman sekarang. hehe. over.
budak-budak sekarang makin eksyen. aku pun tak terkecuali. haha. tapi, at least, bila dah umur 21 (tak sampai 21 lagi sebenarnye. hihi) ni. aku rasa otak aku dah boleh fikir kot apa yang keperluan, dan kehendak. so, yang mana perlu, aku beli. yang mana untuk keseronokan aku, aku pikiaq banyak-banyak kali.
bagi dewasa macam aku ni tak pa la kan. bagi remaja-remaja @ budak-budak yang tak faham bahasa tu susah la. yang tau nak hebat je.

wahh.. panjang lebar aku bebel. hehe.
kesimpulannya. ramai remaja bermasalah sekarang. mungkin punca ibu bapa, kawan-kawan @ persekitaran. macam-macam lah. tapi, perkara ni boleh dibendung kalau mereka belajar bersyukur dengan apa yang mereka ada. yang dok jadi kes bunuh diri la apa lah tu. sah-sah tak pandai nak bersyukur. kalau yeee pun putus cinta, pikiaq laa.. paling dekat, mak bapak, kalau mak bapak tak ada @ mak bapak pun 2 x 5, tak guna. pikiaq la pulak diri sendiri. macam tu ja ka pengakhiran hidup? memang dah tak ada apa-apa lagi ka dalam dunia ni? kalau kata dah ditiup sangkakala, tapi dia still hidup tak mati-mati lagi, apa lagi, silakan bunuh diri. hehe. melawak ja. haizz.. jangan ambik seriuss..

OKEH! jadi.. kesimpulannya. bersyukurlah! anak petani ka. anak nelayan ka. anak penoreh getah ka. anak yatim piatu ka. bergembira la. bersyukurlah. kerana anda masih ada. dan paling bersyukur. anda masih hidup sampai ke hari ini. hidup di dunia ini kadang kala bukanlah semata-mata kita yang tentukan. kebanyakannya ditentukan oleh Qada dan Qadar. tapi bagi yang nak exam tu. janganlah nak bagi Qada dan Qadar ja tentukan, tapi tak study. yang tu memang ditentukan "kick" lah jawabnyaa.. :P
dann... bagi orang-orang yang senang dapat memiliki apa yang dia nak. jangan lupa berkongsi dengan orang-orang yang tak ada apa yang mereka nak. ingat. semua tu bukan milik kita. ia milik Nya. makin banyak kita kongsi, nanti makin banyak pulak yang datang kat kita. :D

baiklahh.. jumpe lagi.. ^_^

--today is precious to someone that die yesterday. live it wisely. :)

Friday, May 25, 2012

the Last but not Least.

hai sume.
aku sempat lagi type type ni. nak bertolak pulang dah ni. tumpang dengan Alia. so, kena siap awal la kan. selalu mak cakap dah on the way, baru aku terhegeh2 kemas. dah sampai, belambak tak habes kemas lagi. haha.
aku dah tamat segala seksaan exam untuk sem 3! hmmm.. harap2 lulus la. tak mau ulang. :(
takut!! tak mau pikiaq pasai result lagi.. hmmm..
cek nak stroy... pasal semalam..
aku benci la orang selfish ni. celakes tol. jangan bikin haku kotorkan blog haku dengan perasaan benci kat kau.. =.="
seriouslyyy.. malas mention.. lantak la. tapi, dia la penyebab aku takdak mood giler masa nak jawab exam BM semalam. dah2 tu bukak plak kat subjektif. mak aih! sebijik soalan spot. panas gile pig hati aku.
aku tau, semua exam dia dapat soalan spot. bukan tajuk2 dah. tahap seketui tu jatuh ke riba. tapi sikit pun tak penah nak bagitau ka apa ka. memang fork la kan.. =.=
sudah! tak mau cakap pasal tu lagi. eh tapi. masa tengah aku tension memikior kan jawapan. aku terpandang sebelah kiri haku. =.=
ciss.. patut la laju je menulis jawapan subjektif. bawak toyol(kertas yg ditulis nota+jawapan) rupanya.. =.="
arghhhhh. aku stresssssssssssss. macam nak angkat tangan tunjuk dia bawak toyol je. panas hati jugak la. -.-"
tak pa laahh.. aku redha + pasrah je la..hmmm.. :(
sebab aku banyak stress haritu.. aku takleh jawab esei sebaiknya. separuh muka pun tak sampai yang esei kedua tu. markah 20. :(
selalu aku terer la jugak nak menggoreng(mereka2 ayat bagi nampak macam esei ada isi) ni.. T__T
sepuluh minit lagi, aku baru terhegeh2 tulis.
yang sebelah aku tu, sibuk2 tanyak objektif kat aku. kebetulan tiba2 hujan lebat dan angin pun kuat. terpaksa la jauhkan sikit meja yang paling kiri tu. so, makin dekat la kedudukan bersebelahan. aku tengah separuh mati tulis esei, dia tanya lagi kat aku. geram!! satu dua aku jawab la. dah banyak, melampau la!
objektif sikit ja kot markah. esei hang tu dah full mark hapa. aku ni esei pun macam hapa dah.objektif 20 soalan. satu soalan bapa markah sangat. aku nie esei satu soalan 20 markah!! tidakkkkkkk.. TT___TT
harap2 lulus la... >.<!!

dah la. enough pasal exam. i am sick of it. -.-"

haa.. japgi nak p rumah mak tam n paktam. sebab esok ada kenduri doa selamat kot. sebab mereka2 tu nak p umrah. mak asalnya nak ikut, tapi tak cukup duit katanya.. hmm. nanti adik dah keja, InsyaAllah adik bawak mak p sana. adik nak p dengan mak, abah n insyaAllah suami adik. :)
hikhik. gelenya plak rasa tulis suami2 neh. haha. tapi memang. the truth. galak dah nak berlaki neh. =.=
besa la.. hormon tengah aktif. :P
sebab tu orang dulu2 umoq macam ni dah beranak pinak. lalalala~ :P

okey! cuti nih nk buat hapa yer. eh btw, tadik! issshh.. celakes tol. tiba2 dapat mesej dari application hapa tak tau. cas 5rm. FFFFUUUUUUUUUUUUUUU! aku baru ja topup 10 semalam. :(((
siyes bengang.... terus aku antaq stop all. nak saman! aku dah tak subscribe laaa! buduss. ni aku trauma bila topup nie. rela haku kedit sentiasa 3 rm ke bawah. tapi kena ada source la nak kerap top up. hmmm..

nak karang apa lagi yaa..oh yaa.. aku bercuti dalam 3 minggu kot. so, kat rumah takde internet. kalau ada jodoh, nanti aku online lagi. ngee. aku sebenarnya teringin jugak nak kerja apa2 masa time cuti. asek jadi babysitter ja. -.-
bosan. bagi la pengalaman baru kat aku. at least aku guna jugak la lemak2 aku ni untuk bekerja. ni asek topup lemak ja. guna tak pun. sampai overload. hahaha.
aku pakai sluar jeans hitam yang pebret tu. dulu2 cam ok2 ja. sekarang dah ketat. nak pasang butang kena tarik nafas. =.="
huwarghhhhhhhhhhhhhh... takdak kempen derma lemak ke. =.="
nak derma! nak jadi penderma setiap bulan! yay! LOL
mepek dah aku. oke la. nk rehat2 baring2. take care semua. :D

have a very nice holiday. ^_^v

--once i hate you the most, forever i feel uncomfortable with you. GTFOFML :)

Wednesday, May 23, 2012

hikhik. :D

Assalamualaikum...

hai sumeeeeee... ngee.. da habes exam anatomi! yay!! hehe.
susah n senang. ada yg boleh jawab, ada yg tak leh jawab.. hmm..
tapi nk buat macam mana.. macam yg aku belajaq EDU. seorang murid itu membuat pilihannya sendiri dalam membuat setiap tingkah lakunya. jadi, aku telah memilih untuk susah nak jawab exam dengan baru study pagi tadi. -.-"

semalam tak leh study sebab............... =.=!!
so, aku pasang earphone mp4, bukak lagu. zzzZzZzzZz. lol.
dalam pukul 11 aku pingsan. kebetulan hujan. rezeki tuhan.. enak je aku tido. hikhik.
aku standy kunci jam dalam pukul 3. 3 lebih jugak la aku bangun. asek snooze2. kang terlepas. mampos. exam nak jawab hape..
aku study ditemani si dia~~ haha. >.<

DAH! Enough bab study. -.-"
*cewah, wat macam exam dah habes. haha. esok je last! LAST but not least..
BM. hmmmm.. esok petang. sempat la study pagi esok. :P
suka tol wat keja last minutes. lalalala~

nak cita! semalam bosan2.. *sempat lagi aku bosan dalam keadaan org lain tgh separuh mati study anatomi. haha. :P
semalam aku usha satu blog lagi. sat hamek link.

sini haa.


kat situ, diorg cite pasal pahit getir perih semua ada..hoho. takut jugak!
sebab, aku pun berpendapat macam diorang. beli keta ni kadang2 macam gamble (berjudi) jugak. sebab, ada luck, dapat keta elok. tak luck dapat keta barai~ hmm.. risau.. sebab aku nak beli ni seken hen jeeeerrrwwwsssskkkk (over)
hmmm.. harap owner yg nk pass bagi kat aku tu dia jaga elok2 laa..risau risau! >.<
tapi still eager nak beli. sebab, memang aku cari cari keta murah- jimat minyak- bawak sedap- aku pun selamat- haaa.. tu dia. stakat nie. kau lah yg terbaik sabby~
banyak2 kan berdoa je lah supaya dapat yg elok... >.<

hohoho~ apa lagi yer? hmmm.. dah la tu. nanti2 aku coret lagi. :D
okiee.. tata~ <3

-- live without pretending, love without depending, listen without defending, speak without offending
. ^^v

Monday, May 21, 2012

Gundah gulana hati gua

hmm.. tgk tajuk pun mcm big problem je kan. haha.

actually, aku berhajat sangat nak memiliki sebuah.......................... kenderaan. hahaha.
hmmm.. aku berhajat mula2 nak KDH. means KeDaH la sangat kan. ehehehe.
pastu pikiaq2 punya la lama, tak KDH pun xpalaahh.. janji ada kenderaan nak p sana sini. lagipun, keta WBT 8767 mak kat umah tu dah nazak. apakan lagi KL 4463. tunggu masa ja... sedih aku pikiaq kadang2 mak abah banyak habeskan duit nak repair keta saja.. :l
sebab tu kadang2 aku balik rumah, malas nak mintak duit.. pandai2 la aku survive kan. satu prinsip yang aku selalu pegang, DIA takkan pernah biarkan aku putus rezeki, insyaAllah.. kalau ada terputus pun, tu mungkin dugaan..sebab aku pun selalu TERputus beramal. >.<

ok back to topic! haha.
masa awai2 dok tercari2 kereta idaman (lah sangat kann). aku rasa cam nak amek myvi. sebab, tgk viva cam daif sgt jaa.. ttup pintu bunyi cam tin. >.<
jangan marah yer sapa2 pakai viva. hehe. aku cuma pikiaq nk guna keta untuk jangka masa lama dan selalu digunakan lah..
pastu, usha2 myvi, kalau beli baru memang harga 50K jgk laa.. tapi, memandangkan aku ni bukan anak orang senang, aku pilih untuk amek secondhand je lahh.. nanti insyaAllah dah kerja, dah stable, beli keta baru pulak. hihihik. :p

then! apa lagi, p la laman web ter pemes kat mesia nie. aku p usha2 kat mudah. usha2, tgk harga dia..okayy~~ laa... boleh la.. macam2 jenis, ragam keta..ada yang dah modified cantek giler. aku tgk pun berkenan. tp tgk harga tu, aku pun ukur la kat badan sendiri. tgk2 xmuat. harga tu besar sgt. haha! (lawak plak aku rasa, memandangkan aku tak penah lagi jumpa baju2 yg selalu besar sgt untuk aku)

aku pun cam... hmm..apa yaa.. aku pun p la ketuk pintu rumah pakcik google. aku tanya dia kereta apa yg paling jimat minyak.. of kos la viva kan..aku pun usha2 lagi. aku tanya lagi kat pakcik google sampai dia fadeup. dia ajak plak bini dia, makcik google image. aku pun tanya la lagi! sampai puas hati..keputusan yang aku dapat, viva, savvy, honda(apa xtau xingt) n picanto. aku pun apa lagi! google lg.. pasal keta2 yang muncul kt asian most efficiency fuel. meme la hok jimat skali hok hybrid. tapi hok hybrid tu rega dia mau la pitam nak bayar bulan2.. x_x


mula2 aku seacrh pasai picanto, Kia punya keta. okey la jgk. harga pun boleyyy laaa.. tapi malangnya, tanya kawan2 n si dia, mereka2 macam tak setuju ja aku hamek keta bukan mesia punya neh. macam2 la, maintenance mahai la, kalau jadi apa2 spare part mahai la.. >.<
aku pun cam blur2. so, tukaq!

aku pun start plak usha si savvy... mula2 aku tgk, huduh la keta nih. hahahaha. teringat dulu, tgk iklan dia kat tv, aku kutuk gila keta savvy. cisss... last2 aku gak terasa nak beli savvy. sumpahan neh.. *_*
yela.. tgk la rupa bentuk dia.. errrrr.... no komen! haha.

nah tgk nie..
kalau tgk rupa, memang tak bekenan la derrr.. ahahaha. siot. tu la orang kata, tak kenal maka tak cinta. aku pun dah macam usha2 spec dia okey, aku pun p lagi rumah pakcik google. seb baik pakcik google kali ni baguih. aku soal selidik pasai apa komen pengguna2 savvy ni. aku cari forum sana sini. usha2 apa diorang kata. rumors2 suma aku usha. savvy problems and macam2 lagi la aku tanya. hohoho. yang pasti, macam biasa la, untuk pengguna2 proton, kompom la.. lama je pakai, tingkap problem, pintu problem.. normal laa keta mesia.. then yang aku kenal pasti untuk savvy, kalau guna AMT - Auto-Manual Transmission (alaa, ada dua gear, leh tukar2) kalau guna gear yang tu, kalau rajin tukar2, dia cepat rosak dan jugak, mahal nak tukaq gear box. mula2 aku pun cam berminat dengan AMT nih sebab unik. dah baca2 sekali nak tukaq gear box brapa ntah, tak ingat, tapi memang boleh menimbulkan trauma, aku pun kensel la.. haha
aku pun bercadang nak amek Manual je lah..

meh nak citer sket kat korang dari apa yang aku baca..
review org cakap, keta nie memang jimat minyak sangat..
pastu dia handling dia best. bak kata proton, pemanduan bak memandu Lotus. maybe sebab body dia berat kot..yelaa..besi semua.. tu yg keras tu!
pastu, nampak je macam kecik, masuk dalam, luas jugak. biasalah, nama pun compact car kan..

haa.. tu je kot.. lain2 aku tengok, macam tak bapa nak paham. biasa la.. bahasa orang slalu modified keta. haha.
tapi yang aku pelik. ada kat satu forum tu aku usha. dia wat research..
banyak2 keta la..dalam tu ada jugak myvi viva dan jugak, si dia aku neh. ada macam chart undian, kat situ aku tengok, savvy leading dari myvi. tapi aneh.. macam diorang borak2kan jugak, savvy ramai orang vote, tapi kurang tengok atas jalan raya. kan? aneh kan..

hmm.. tu lah.. aku berharap sangat dapat... >.<
sebab, yelaaa..masing2 dah ada hak milik sendiri. kadang2 aku seteress jugak nak g mana2. segan + susah nak mintak tolong orang. kang mengganggu.. menyusahkan.. hmm.. baik tak aku? hahaha :p
kalau dah ada "kaki" sendiri ni kan senang.. nak balik rumah ke.. kan tak payah dah susah2 mak abah mai amek saye.. :D

InsyaAllah aku mampu. aku dah buat calculation. boleh jugak nak survive kalau beli, tapi, memang life aku masa nak bayaq bulan2 tu takleh nak enjoy la. kena jimat habes habesan. >.<
ada jugak borak dengan kakyang masa dia balik aritu. dia cakap, aku student, tak payah lagi la.. sabaq.. tapi dia tak mengerti................ zaman dia student tak macam zaman aku... hukhuk.
dan! aku tak leh sabaq. haha. apa salahnya.. kalau aku ada savvy ucuk ku, dapat mak abah jimat minyak nak p mana2. (in case time cuti sahaja. hehe)
dan.. kalau aku dapat posting sabah serawak ke...... aku tinggal la kat umah. bagi la terus depa guna. nanti kat sana, dapat gaji besarrrr.. hoho. beli la volkswagen yang aku idamkan. hahahaha.
bak kata mak aku, nak keta kecik2, kena la kecikkan diri jugak. >.<
kahkah. buat je muka >.< tapi tengah gelak. haha.

okeh! tu je kot fasal kereta neh.. :D
dah berjela aku karang. esok exam KHSR. wish me luck. nk study la nie. hihik. lagi 3 paper! pastu cuti.. huray~~ (padahal time cuti bukan buat apa pun, makan tidoq tgk muvie main game. hahaha) bina badan! wakakakkakaka. okeh! cau cin cau~ tengkiu sudi baca sampai ke bawah nie. :p



-- HE always know and give what we want. but, all we need to do is DOA to make HIM know that we remember and need HIM. :)

Monday, May 7, 2012

new begining of 2012

hello guys.. hehe.
dah lama giler aku tak karang-karang kraf kat blog nie.
dah terlambat ke nak kata selamat tahun baru? :p
apa-apa pun. sem 3 aku ni dah nak habes. dah nak final pun. 2 3 minggu je lagi.
aku study pun belom. macam biasa. :p

hmm.. weekend minggu lepas aku balik rumah. then makan durian 2 3 ulas je.. pastu..
"kun fayakun" kan..aku ditimpa demam.. agak terseksa la jugak aku nak handle demam kali ni.. >.<
mula-mula selsema, then demam, pastu semalam, aku start batuk-batuk berkahak. argh!
benci batuk neh! memang sh*t kalau batuk. menyiksaku.. T__T
sekarang ni pun still headache. tak tau la kenapa...
hmmm..
lately.... i have been thinking a lot..aku nak beli kereta.. mula2 rasa nak beli used car je. mampu sikit..
tapi bila fikir-fikir kan risiko.. macam nak beli keta baru je.. hmm..
tapi tu lah.. waaaaaaaaaaaa.. benci tau tak.. susah bila takde pengangkutan..
haa.. start bulan lepas. aku ada buat top up. takes time jugak la orang nak kenal. so far.. aku dah buat rm200.
okay la kot.. dalam kira-kira aku. kalau rm100. dapat la keuntungan dalam seringgit. seringgit pun kalau himpun lama-lama banyak jugak kan. :)

ha! satu malang yang menimpa aku...fon sony xperia ku buat hal.. tak leh charge. :(
bukan charger rosak. tapi port tempat charge tu tak guna. T_T

so, terpaksa la muncul satu fon sony k810i.
okay laa.. boleh 3G. hehe. awal-awal dapat, ciwi gila. sampai rm20 tu sat je. =.=
sekarang da kurang. >.<
masing-masing berjimat.
eh - eh. did i mention? haha. 3G dengan sape ye. :p
my buah hati la. ♥ amirdzul.


hmm..headache nie........... x_x
tak dapat digambarkan dengan kata-kata..sakit!!

hmm..lima bulan berlalu memang banyak benda jadi..
contohnya, aku dan kawan-kawan lain pergi bercuti kat langkawi.
hehe. sebenarnya p sana tu nak ber SBE.
tapi, bak kata omputeh, kiling two birds with one stone. :D

masa dlm cable car, sempat lg senyum padahal tgh cuak. >.<
well..
tu saje kot untuk kali ini. hehe.
insyaAllah nanti rajen-rajen, aku menulis lagi. tata. 


-- the sweetest part in life is when we successfully through the most bitter part of life. :)





Sunday, December 11, 2011

hujan dan aku :3

dah lama bersara.. aku balik umah. kali ini aku muncul lg. rindukan blog ku yg comel ini. XD
this time....

hujan~

apa yg korang nampak setiap kali hujan. adakah..
"alamak! kain baju aku sidai tadi! aaaa! habis la basah" (keluhan)
"alaaa..hujan! baru ingat petang nie nak kluar dengan aminah" (keluhan)
"haa.. hujan.. tido best nih!" aku ada jugak gini. XD
"hurmm.. hujan..sedih.." -mengenang kisah2 lalu @ perkara sedih2.
"hujan lg..asek2 hujan.." (keluhan)

dah la tu skit2. penat jgk aku cari idea korang punye keluhan..
okie. sebenarnya, aku cuma nak kongsi.. takda benda penting pun. cuma nak bagitau.. keluhan2 yang aku nyatakan tu..sebenarnyaa.. mengundang kemurkaan Maha Pencipta kita.
Dia yang Maha Berkuasa. jadi, apa yang dia dah tetapkan, dia jadikan dia berikan mahupun dia buat sesuatu itu tak jadi, ada hikmahnya. eh jap, korang tau tak bila Dia marah, apa yg berlaku? haaa.. dosa kan. >.<
hmm. aku pun tak cukup baik nak cakap hal dosa & pahala ni. :3

oke done about that. :)

sekarang nak cerita pasal aku. yelah. suka hati aku la nak cerita apa pun. belog aku kan? haha XD
sebenarnyaa.. perkara paling best time2 hujan bagi aku.. adalah.. tengok hujan..
lebih kurang mcm penyataan aku yg ketiga tu.. tapi aku tak la kenang bab2 sedih ja selalu (ada la skit)
cuma bila aku tengok hujan tu. rasa macam tenang~~
dan selalu mengelamun lama ja bila tengok air2 yang menitik2 tu. kadang2 aku mengagumi kuasa-Nya.

err.. btw, maafkan aku eh kalau blog aku ada buat salah apa2. tegurlah. aku manusia yg boleh terima teguran ke arah kebaikan. :)

okie! sekarang kira macam klimaks la. haha.
yang paling menarik! aku suka tengok air hujan kat cermin tingkap.. paling best, kalau dalam kereta @ sebarang kenderaan, hujan. waaa.. tengok air tu tergedik2 lalu kat tingkap. satu perasaan yang hanya pencinta alam je kot faham. hihik. aku boleh je kalau sejam 2 jam tengok air tu tanpa henti. ^_^
rindu sangat nak tengok benda2 macam tu. paling aku rindu.. nak tengok laut @ pantai @ sungai. dengar bunyi air.. hmmm... lama dah tak rasa semua tu..
teringin sangat nak pergi bercuti! >.<

okeh~ done about the rain. (i guest) :D

-- who can beat "His" miracle rain? :)