Quotes for today
“What's meant to be will always find a way”
“There's nowhere you can be that isn't where you're meant to be”
Friday, June 22, 2012
im FORKING back!
halu~
Assalamualaikum~~
hihi. bertemu lagi kita lepas cuti 3 minggu yang amat panjang ku rasakan tuu..
harap-harap orang-orang yang sedang membaca nie sehat-sehat sejahtera hendaknya.
sepanjang cuti yang aku lalui ni, rasanya banyak benda yang aku dah lalui. tapi sampai banyak & tak teringat dah nak tulis apa. haha.
satu je aku nak kongsi buat masa ni. semalam, masa aku tengah borak-borak dengan si dia. dia cakap. aku beruntung, sebab dapat buat kerja sama-sama dengan mak abah. aku pun pelik..
~~flash back~~
petang tu aku kena perah keringat tolong mak abah angkat reban ayam letak kat kaki reban ayam yang dah siap disimen. reban yang dah siap full tu memang berat! sakit gak la tangan aku mengangkat reban tu. memandangkan i am the only one kan anak kat rumah ni. so, perempuan pun, kena angkat jugak. bagi aku, tak dak apa yang spesel sangat la. setakat tolong angkat tu ja. tapi, tak sangka, bagi orang lain, kerjasama antara aku mak dan abah tu, ada yang orang cemburukan. ada yang orang nak berada di tempat aku.. hmmm..
so... moral of the story,
JANGAN pernah sedih dengan kehidupan kamu..
tentu ada orang yang ingin hidup macam kamu.
percayalah, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
dan percayalah, sesusah @ sesedih mana kehidupan kamu, tentu ada insan yang lebih susah dan sedih dari kamu. bersyukurlah.. :D
sebagai contoh, orang biasa-biasa ja.. memandangkan arus dunia sekarang makin moden. yang kerja dengan kerajaan @ swasta, syukurlaa.. bila harga barang naik, gaji pun naik jugak. tapi, fikir-fikirkanlah untuk orang yang kerja sendiri. contonye mak saye. kerja menjahit. harga barang jahitan pun makin tinggi, bukan makin murah. tapi, sebab dah lama ambik upah menjahit. dia tak sampai hati nak naikkan harga upah ambik baju. tapi, semua kerja dia buat, semua puas hati. semua orang cakap selesa. tak pernah ada lagi la orang komen dia buat baju tak sedap. kecuali la orang tu sendiri makin gemuk ke. tu pun dia sanggup ambik balik & besarkan. sepatutnya upah jahitan mak aku tu tinggi. sebab, dah la warga platinum dah. sikit ja lagi nak masuk geng warga emas macam abah. kos tinggi la. siang malam dia berjaga nak menjahit. tapi, still murah macam 1o tahun ambik upah jahit baju dulu-dulu. hmmm.. kalau kat adik beradik lagi la parah. kadang-kadang yang susah nak jahit pun dia ambik harga biasa ja. aku ja lebih-lebih suruh mintak lebih. wah. melalut. haha.
ok ok ok.
contoh, bagi orang yang hidup biasa @ susah, dunia sekarang makin moden. canggih semacam. kalau orang yang dah mati hidup balik, comfirm mati balik. terkejut. tak boleh terima kecanggihan zaman sekarang. hehe. over.
budak-budak sekarang makin eksyen. aku pun tak terkecuali. haha. tapi, at least, bila dah umur 21 (tak sampai 21 lagi sebenarnye. hihi) ni. aku rasa otak aku dah boleh fikir kot apa yang keperluan, dan kehendak. so, yang mana perlu, aku beli. yang mana untuk keseronokan aku, aku pikiaq banyak-banyak kali.
bagi dewasa macam aku ni tak pa la kan. bagi remaja-remaja @ budak-budak yang tak faham bahasa tu susah la. yang tau nak hebat je.
wahh.. panjang lebar aku bebel. hehe.
kesimpulannya. ramai remaja bermasalah sekarang. mungkin punca ibu bapa, kawan-kawan @ persekitaran. macam-macam lah. tapi, perkara ni boleh dibendung kalau mereka belajar bersyukur dengan apa yang mereka ada. yang dok jadi kes bunuh diri la apa lah tu. sah-sah tak pandai nak bersyukur. kalau yeee pun putus cinta, pikiaq laa.. paling dekat, mak bapak, kalau mak bapak tak ada @ mak bapak pun 2 x 5, tak guna. pikiaq la pulak diri sendiri. macam tu ja ka pengakhiran hidup? memang dah tak ada apa-apa lagi ka dalam dunia ni? kalau kata dah ditiup sangkakala, tapi dia still hidup tak mati-mati lagi, apa lagi, silakan bunuh diri. hehe. melawak ja. haizz.. jangan ambik seriuss..
OKEH! jadi.. kesimpulannya. bersyukurlah! anak petani ka. anak nelayan ka. anak penoreh getah ka. anak yatim piatu ka. bergembira la. bersyukurlah. kerana anda masih ada. dan paling bersyukur. anda masih hidup sampai ke hari ini. hidup di dunia ini kadang kala bukanlah semata-mata kita yang tentukan. kebanyakannya ditentukan oleh Qada dan Qadar. tapi bagi yang nak exam tu. janganlah nak bagi Qada dan Qadar ja tentukan, tapi tak study. yang tu memang ditentukan "kick" lah jawabnyaa.. :P
dann... bagi orang-orang yang senang dapat memiliki apa yang dia nak. jangan lupa berkongsi dengan orang-orang yang tak ada apa yang mereka nak. ingat. semua tu bukan milik kita. ia milik Nya. makin banyak kita kongsi, nanti makin banyak pulak yang datang kat kita. :D
baiklahh.. jumpe lagi.. ^_^
--today is precious to someone that die yesterday. live it wisely. :)
Labels:
muhasabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment