Quotes for today

“What's meant to be will always find a way”
“There's nowhere you can be that isn't where you're meant to be”
Showing posts with label kawan-kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan-kawan. Show all posts

Monday, March 11, 2013

How i love them

Aku dah give up nak berkawan.
hoho. Bunyi cm forever alone kan. Aku sebenarnya sgt suka berkasih sayang.. Aku sayang orang2 yg rapat dgn aku. Tambah2 bila dah lama berkawan. Feel tu dah macam org couple. Aku saywng kau, kau setia dengan aku. Semua pasal kau aku tau.. Haaa..sampai camtu skali lah kan.

tapi yg letihnya, bila frust.. Tiba2 that friend suddenly be close to someone u dislike. It feels like. Why u betray our relationship? Why u so curang? Haha. Seriously..
Or.. Kadang2 bila ada perselisihan faham yg sgt serius. Tiba2 akan jadi macam 'ok la, kite break' konon mcm kekasih bergaduh. Tapi feel sayang tu still ada. Gaduh2 jugak.
aku cakap aku dah give up, sebab aku dah beberapa kali dah dikhianati.. See? Macam berchenta gituu..
Ok ok. Jgn lari topik..
Dulu, ada la seseorang tu, aku kenal sejak skolah, dapat tau masuk ipg perlis sama2 bukan main syok. Siap janji nak jadi rumate. Haha. Then tiba2 something happens. And memang takde.clarify..so, mmg da mcm pasangan kekasih yg salah sangka curang, then ngamuk2 pastu breake..haha. Kasi over skit tambah ngamuk tu..

lepas tu banyak lagi lah. Ada yg sampai mak bapak aku pun dah kenai, dah p rumah, aku p rumah dia, dia p rumah aku. Then tiba2 pasal tak bersebab, dok masam muka, dok bagi ayat pedih2, perli2, jeling2. Fhew~
Entah mengapa. Frust! Mcm baru lepas breake, balak or awek tu curang. Hmmm. Sedeyy pedeyy..

bila orang yg kita syg tu tiba2 marah or melukakan hati kita tanpa sebab munasabah, or kita dh berusaha sehabis mungkin, tiba2 xdihargai ataupun, tercetusnya salah faham dari pihak ketiga. Lagi sedeyyyy.. Hmm. Aku pun cepat je gugur air mata. Kecewa. Macam org frust bercinta lah kann.. Betul cakap Amir. Aku ni kerap sangat jaga hari orang. Tapi hati dia, aku tak jaga. Huhu. I am sorry! >.<

so mulai hari ni, aku dah pasang niat, nak jadi lone ranger sejati. Sebelum ni dah jadi, tapi tak full time. Part time je. Tapi tu la.. Bukan senang nak lone ranger. Kat sini jenis hidup kena ada partner. Kalau betul2 nak jadi lone ranger,.aku kena betul2 kuat, betul2 very capable. And i can do anything. Once, aku penah jadi macam tu. Tapi aku tak mampu. Dek kerana keadaan kat sini yang selalu memaksa aku untuk mempunyai pasangan.

tapi mulai hari ini, i'll be the true lone ranger. I wont let others hurt my feeling again. If i can do to him, Amir. Hehe. Why i cant be to others?

okay. Morning post ni. Waiting for a trip to kuala perlis..we will be going to Langkawi for our aaaa... Aaaa.. Aaaa.. Hahaha. Aku tak tau. Tapi bagi melengkapi kursus sem ni. Sekian.. Adioss..

--there's a way in every will..

Wednesday, January 23, 2013

busy!

currently.. time sekarang adalah time terbusy. haha. takleh blah kan broken bm+bi aku. :D

aku sekarang sibuk sangat! sibuk belajar. belajar?

belajar main game. hahahhaha.
dan belajar menguruskan bermacam macam program..

main game? aku sekarang tengah addicted gila dengan game LoL atau nama lain dia League of Legends. sangat besh. memang ketagih gila kot. pantang ada masa ja. aku main. haha. awal2 main aku macam bodoh2 je. sekarang dah pro sikit dah. (perasan. padahal baru level 12) kuang kuang kuanggg~~

belajar menguruskan? yaa.. bukan kuruskan badang kawan2. haha.
gila. sem ni aku banyak sangat pegang jawatan berat. 2 naib pengerusi. 1 naib setiausaha. 2 ketua biro. hadoi~ =.="
sampai berjerawat batu lah muka aku ni memikirkan benda2 neh. (haha. over)
haizz.. tapi memang overall sem ni bukan setakat letih tubuh badan. otak pun penat woooohhh..

betui kata cik lah (mentor kelas kitorang) subjek @ kos kami adalah kos paling teruk. sudah lah RBT. campur dengan PJM pulak. boleh menyebabkan tekanan otak perasaan dan tubuh badan. ni sejak semalam, aku dan kengkawan kena belajar lompat tinggi. aduh mak. sampai sekarang aku mengalami sakit yang teramat sangat kat peha + leher. puan yang mengajar kami tu nak ape ntah nama cara lompat tu. tapi dia nak kami lompat dan jatuh secara baring. frost ape ntah. budak PJ tau la kot. hihi. I major RBT. :p

ni sedikit gambar aku colek dari budak kelas aku yang amek gambar. lelaki saja. perempuan tak bleh snap. bahaya. satgi nampak macam. haha.

ni la owner gambar ni. Ak Ilun nama pesbuk dia. 

ni satu lagi..

ntah gambar sapa ni. Tox a.k.a Firdaus kot ni..

tapi.. bahana semua kejadah ni. perghhhhhhhhhhh.. sangat membuatkan aku rasa macam nak baring sepanjang hari. nak jalan, naik turun tangga. dan nak nyahtinja pun seksa nak mamfuss.. tengkuk aku pun sakit.. T_T
hampir semua budak perempuan sakit. budak lelaki takpa. diorang semua athlete. haha. 

ok tu je serba serbi pasal hidup aku sekarang. sehingga berjumpa lagi~ 

-- life is beautiful. don't get busy remembering your hard and painful past days. but keep looking forward to make your life more precious. 

a little quotes i find out unintendedly by hearing of all my lovely friend and love life story. 

semoga kuat wahai sahabat. :)


Saturday, November 17, 2012

Kebetulan atau trend?



aku agak terkejut. eh. tak der lah terkejut sangat pun. saja nak gempaq lebih. ada sedikit teruja dan banyak cemburu.

lately aku tengok, ramai giler orang kahwin / bernikah masa muda. o.o
hmm. yang rapat ada. yang jauh pun ada. yang tak kenal pun ada. mak aih. jeles giler hati beta.  hmmm.. kalau diikutkan hati. nak jer aku jerit kat mak. nikahkah cek jugak! hahahahaha. gila..

aku dengan senang cerita aku nak khabarkan kat sini, aku bosan hidup sorang-sorang. aku sunyi. kau sunyi hape. mak bapak kau hade lagi. hmm.. kasih sayang mak bapak lain. >.< 
tak kan aku nak berkepit dengan mak / abah kot? pelik lah. nanti depa cakap buang tebiat anak depa sorang nih. aku nak teman, kawan, kekasih, abang, suami. cewah~ hehe. lagipun bila tengok abang abang, kakak kakak aku hidup berpasangan. aku terasa terusik jugak. terasa tiba tiba cam aku ni forever alone sangat. diorang nampak sweet walaupun bagi diorang tu biasa ja @ tak dak apa apa pun. >.<
biasa lah kan. bila ada, memang tak nampak. bila tak ada. baru rasa kan..

aku tengok pasangan yang bahagia kat IMVU pun dah ber ura ura nak bernikah. vogue kemain lagi you~ siap nak buat kat bottany garden dekat putrajaya. wallawuehh.. gempakszz sialzz.. kawan real life aku pun dah banyak yang dah hampir hampir dekat gerbang tu. aku je lagi yang gedik tapi tak sampai sampai. nampak rupa pun baru asap asap. haha. aku mengaku. aku cemburu. siapa tak cemburu. tapi cemburu aku tak bermaksud aku dengki. Alhamdulillah lah pada siapa siapa yang dah sampai seru dan dah sampai masa. masa aku belum sampai. InsyaAllah sampai jugak suatu hari nanti. aku harap korang yang dah planning nak kahwin tu. buat solat sunat istikharah. jangan nak syiok je. lagi satu, tak perlu la nak gempak. bersederhanalah.. -kau pehal biar la. aku mampu. lantok la aku nak jemput satu keyyel pun. 7 hari 7 malam.-
hoho. nak buat tu boleh. buat lah. kahwin kan sekali saja seumur hidup .(tapi zaman sekarang dah boleh jadi berkali kali dah. ngee) tapi, beringat lah. nabi pun pesan dan menyukai amalan bersederhana. ^_^

aku pun lately dah cuba meng improve kan diri sendiri.berhajat nak jadi muslimah dan isteri solehah la katekan. :P
sebab tu la dok syiok sangat nak berumah tangga. sebab dok baca buku kahwin muda. :D
sila jangan ngumpat. :3


hehe. okie. dah lewat pagi. (mogok pada si dia)
nak buat buat macam tido. tata. 
Assalamualaikum.


Thursday, November 8, 2012

Last post. Maybe?

Assalamualaikum dan selamat malam. o.o (4.50 pagi)

hoho. aku tak tido lagi. aku tadi ingat nak lepak-lepak dengan kekasih hati sambil main poker @ whatever la. tapi dia keletihan dan dah tetido lama dah pun. aku meredhakan la ketiduran dia sebab aku la punca dia kannnnnnnnnnnn... i am so sorry............
aku selalu cakap kat dia.. cakap je sorry selalu. tapi nanti buat lagi. tapi tanpa aku sedari.. aku pun buat jugak.. >.<!!

last post? maybe laaa.. aku dah nak berambus daripada hostel ni esok. exam dah habis.. alhamdulillah. exam last ni agak membawa senyuman buat aku. walaupun study last minutes. hehe. (biasak la tuh xD)

esok aku ingin pulang membawa diri..
kenapa eh? aku rasa aku tulis bab2 aku nak pergi ja. aku rasa macam takut. macam takut nak pergi buat selama-lamanya ke? hmmm.. masih banyak benda aku tak selesaikan kat dunia ni. amalan pun............. hmmm.. sayu pulak tiba tiba.

aku mulai bercuti kalau ikut jadual, jumaat ni la. tapi apedehal~ esok sudeh mau berambus. hehe.
aku tadi ketiadaan dia, aku on facebook. datang la sorang kawan aku ni. aku pun tak paham pasai pa tiba tiba ja jadi camtu. rasa macam nak p pelangkung pun ada. buat touching pulak dah. last last aku tak paham, aku biarkan je laaahhhh.. mueheheh  >:D

lepas tu datang sorang lagi.. bermula dengan topik apa ntah. sampai la bab topik hati.... aku meluahkan isi hati aku.. macam macam gak aku kena nasihat. agak pedih dan panas juga la mata aku membaca. haha. tapi aku mengaku. aku memang banyak kekurangan. dan. maybe aku degil dan tak boleh dengar kata? :O
amir selalu cakap aku degil so, kira betol la ni? =.="
ok ok ok ok........................ =3=

sesi luahan kemudian beralih arah. dia pulak bercerita kat aku. aku yang mula mula mata dah ngantuk tahap cipan, jadi tak ngantuk. sebab aku tak gamak (tak sanggup) tengok kawan aku sedih sorang sorang. jadi aku  cuba la dengan beberapa cara dan nasihat nak tenangkan hati dia. aku harap dia pun akan terima bahagia dia. cinta tak perlu dicari. dia datang sendiri. dia cakap dia dah terlalu banyak dikecewakan. jadi aku cakap. telalu banyak bukan bermaksud sampai bila bila.
aku yakin. "what you give. you get back MORE"
sejak aku kenal dengan amir. dia la yang ajar aku yang ni. kalau dulu cuma, what you give, you get back. tapi sedarkah anda. perkara apa pun (bukan berkaitan duit dan harta dunia) yang anda  buat, pasti akan mendapat balasan yang lebih daripada sepatutnya. tak payah bagi contoh. cuba la kaitkan sendiri. pasti ada contohnya. arghh.. jiwa tak tenang. nak bagi jugak. hahaha. contohnya, macam Ali terer math. Abu lembab math. Ali mengajar Abu sesungguh sungguhnya. sampai Abu dah boleh jawab. tanpa Ali sedari, setiap kelemahan dan cara mengajar Abu yang dia cuba atasi. dia dah jadi sangat pandai dalam math. haa.. walaupun dia ajar yang biasa. tapi dia dapat lebih. ah. contoh lain pikiaq sendiri la. haha. xD

then.. kat sini aku nak ucapkan syukur alhamdulillah. dah tamat pun semester 4 ni. pahit getir dapat jugak aku lalui. insyaAllah. aku mohon supaya aku lulus sem ni. >.<

aku juga nak mengucapkan syukur dan terima kasih kerana telah dikurniakan kekasih hati yang terlalu amat sangat sempurna bagi aku. orang cakap. eleh. baru bercinta, kentut pun wangi. hmmm..betul ke? aku dengan dia dah setahun lebih. tak pernah lagi la aku cakap kentut dia wangi. buruk dia aku nampak. dan aku terima seadanya sebab aku pun tak sempurna. buruk aku? bukan lagi dah tersirat. dah terbentang bentang kat dia. tapi syukur dia tabah kuat dan sangat sabar menghadapi kerenah aku yang terlampau ni kadang kadang. kawan aku tegur, supaya aku ubah sikap. sukar nak dapat lelaki macam amir. aku tau. aku sedar tu. cuma aku rasa aku tak layak untuk dia. dia terlalu baik. aku terlalu....................
malas nak cakap. tak da la jahat sangat. tapi, aku tak sebaik dia. dia lebih berhak perempuan yang lebih baik daripada aku. >.<
terima kasih sangat. dan saya nak mohon maaf sangat sangat pada awal. maaf sebelum, sekarang dan masa masa akan datang. saya childish. :(
malang kan awak..

dah dah. dah jadi post chenta pulak dah. nanti aku inputkan entry chenta pulak. tu pun kalau ada masa.
adios~ mata aku dah rabak ni. nak pengsan dah rasa. last but not least!

ILYSM! AMIRDZUL. hee.. malu i. #blush

Wednesday, September 5, 2012

big girl with small heart

today.. 5 Sept 2012
21 tahun 1 hari aku telah berada di dunia ini..
sepanjang 21 tahun ni.. aku akui, aku masih tidak mengenali diri aku sepenuhnya..
yg aku tahu.. aku ni...

- periang.
- suka buat org gelak.
- sgt sensitif ngn benda2 sebesar bulu hidung pun.
- kuat merajuk.
- susah nk marah, tp bila dah marah, mmg meletop
- emosi aku sgt dipengaruhi oleh org2 yg aku syg @ rapat
- perkara yg aku buat selalunya bergantung dgn emosi
- pendiam dan pembising
diam kalau xbiasa, bising kalau dah biasa
- pemalu
- low self confident
- rasa sunyi selalu
- bab2 hati mmg lemah
- pemalas dan perajin
malas bila mood x ok. rajin bila mood dah ok
- muka selalu nampak garang n tua kalau x senyum

aku pun xsure.. ada lg x.. ni je la yg aku mampu senaraikan sekarang.. tp apa yg aku sampaikan ini bukan nk promot diri aku atau nak cerita keburukan aku.. aku cuma menyatakan serba sedikit pengalaman aku dan hidup aku dan aku zahirkan dalam bentuk pengetahuan aku dalam mengenal diri aku sendiri. kalau kita nak kenal diri sendiri, bukan saja dengan sorang2 meng analisis. boleh jugak tanya kawan2..
-skema- "awak rasa saya ni macam mana?"
-kawan2 aku- "weh, hg rasa aku ni mcm mana bg hg?"

satu lagi statement aku nak buat... hehe
aku sgt sygkan kawan2 aku.. so... kdg2 perkara besaq bulu hidung diorg buat, aku kdg2 ter sensitif.. terasa dgn diorg.. hmmm..susah kan org sensitif ni? dah la mood susah nk recover.. haizz..

aku kadang2 rasa cam... OMG.. useless nyewrzz hidup aku ni.. xbuat apa2 pun.. kdg2 rasa mcm aku ni diperlukan pulak.. hmmm... apa aku mepek nih?hohoho
biasa la.. org lampu merah. emosi tidak terkawal. ngeee. peace. ^_^


--in every relationship, put 1% HATE, 1% DOUBT and 2% FAKE from 96% TRUST+LOVE+CARES as a PRECAUTION from an awful heart break.

Wednesday, August 1, 2012

OHH SBE...

oh my goat!!! this post is going to be very chaos. (over. hehe)

tanggal 12 Ogos nih! aku akan memulakan hari yg amat mendebarkan! oh tidaaaaaaaaaakkkkkkkkkkk......
huwarghhhhhhhhhhhhhh... aku akan memulakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) aku yg julung JULUNG kalinya aku buat sorang-sorang. T_T



ni semua gara-gara sebab 2 3 hari lepas habis PBS, terus raya. so bila pikiaq balik, lebih baik buat kat rumah sendiri PBS kali ni, tambah-tambah pulak bulan puasa kan. menyusahkan orang je kalau nak p duduk rumah orang. haizz.. so, the point is! gila ka buat PBS sorang2!!!!! omg! kalau PBS lepas2 takpe lah nak buat sorang pun, sebab cuma lepas habis PBS, buat laporan, tapi kali ni, PBS tu adalah satu tugasan. diulang, ASSIGNMENT! omg. seriously... gua rasa cam nak pitam bila pikiaq nak kena terhegeh-hegeh ke sana sini buat muka tebal mintak itu ini. alamak...... rasa macam nak kencing pun ada. hukhuk.

tapi, apa-apa pun, all the best to myself! and also, to my fellow friends.
masing2 buat sendiri, sorang2. so, korang pun buat yg terbaik yer!