currently i am reading
hmmm.. best tau buku ni.. penulis dia menulis sendiri melalui pengalaman hidup dia. banyak nasihat yg dia bagi.. si dia selalu kata kat aku, pergi la baca buku apa2 yg nk menunjukkan aku buat persiapan.. haa..see? i am doing my preparation lah ni. ngee..
awak tu? haa.. awak tu yg belom ready kan.. :)
tapi..kalau diikutkan istilah dari buku ni. x bekerja bukan x bererti kamu x bersedia untuk memikul tanggungjawab. semua tu bergantung kepada individu itu sendiri. bagaimana nak menguruskan duit dan masa. apa yg aku risau.. adalah mak bapak aku yg x yakin nanti.. yelah.. aku kan anak bongsu.. kalau boleh menantu yg last ni diorg nk yg perfect la.. menantu lain semua xdpt yg dihajati.. aku pun harap Amirdzul ni dpt tunaikan hajat diorg..
dari apa yg aku nampak setakat ni... aku rasa si dia tu mampu jd suami yg baik.. (hik hik. gedik2)
dia sangat sabar ngn kerenah aku yg emosi mcm org tua bangka tp perangai mcm budak2.. hehehehe.
tp aku pulak yg takut.. takut nanti aku jd isteri yg selalu buat dosa kt suami. OMG.
haha. so.. persoalannya.. adakah aku dah bersedia??? hmmmm...
muda kah usia 21 jika ingin berumah tangga? kematangan bukan terletak pada umur kan?
tapi tu lah.. mak abah aku pulak la.. diorg pernah ke pandang aku sebagai seorang yg matang? >.<
hohoho. mungkin perlakuan aku selama ni belum cukup lagi kot menunjukkan kematangan aku.. (cewahh..matang kerrr) haha.
sebenarnya.. tujuan aku nk melangkah ke alam perkahwinan ni bukan saja2 sebab gedik ka apa ka.. aku cuma nak menghalalkan apa yg haram.. hari2 aku teringat kat dia.. berdosa tau.. dia bukan muhrim aku... teringat kat mak abah dapat pahala.. ni teringat kat dia dapat dosa.. >.<
rindu kat dia pun xboleh.. tgk @ menyimpan gambar lelaki yg bukan muhrim kita pun berdosa tau... buku ni lah yg ajar aku.. ce baca kalau nak kepastian..
aku ni bukan lah baik sgt.. dosa aku banyak.. pahala ntah berapa kerat.. x sanggup aku nk pikul dosa maksiat hati ni pulak.. :(
tp mcm mana nk ckp kt mak abah? maluuuuuuuuuu cek nk ceqhitaa... yg depa tau ckp cek gedik nk menikah.. gedik la!!! cek xmau bedosa.. kesian kat abah ngn mak dok share saham ngn cek.. :(
dan...
kalau dia dah sah menjadi sesuatu yg halal bagi aku.. insyaAllah.. walaupun masing2 masih jauh.. (yela..aku kan belajar xhabis lg, dia selatan, aku utara) semua perlakuan aku.. merindu.. tgk gambar.. calling2 dia.. dpt pahala.. pahala kecik2 lama2 jd banyak.. daripada dok kutip dosa free2 skrg ni.. kan kan.. dan nanti bila cuti2 n nk jumpa.. kan senang nk bgtau mak abah.. "mak, adik nak p jenjalan ngn laki adik kat hawaii" haha. see? mak abah pun xpayah dok risau maksiat la apa la..dah sah kannn.. bila cuti2. boleh dating ala2 org baru bercinta gitu.. indah kan berumah tangga.. cuma keindahan tu la kena jaga untk berkekalan..
daripada pembacaan dan pengalaman aku sendiri.. tugas isteri juga amat penting.. si isteri adalah tulang belakang si suami dalam mengharmonikan rumah tangga. isteri harus faham dan bertolak ansur dalam segala hal. contoh la kan.. suami masih baru bekerja. rumah dlm keaadaan sederhana. isteri perlu sokong suami. bg semangat.. jgn la nk paksa.. "abang.. syg nak rantai emas 50 karat. xkira.. bg jugak..kalau x syg merajuk" atau, "abang.. syg nk perabot baru la..rumah kita ni kosong sgt.." contoh la kan.. kesian la si suami.. dari pengalaman aku.. lelaki yg bertanggungjawab..akan berasa stress kalau melalui situasi di mana dia berasa dia tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya dan apa yg dihajati atau dikehendaki oleh isteri @ ibu bapa.. so.. InsyaAllah.. aku akan cuba membantu meringankan beban si suami nanti.. ngee.. :P
arghhh.. terasa gedik bila post pasal ni. malu arr.. haha. (nampak sgt x matang kannnnn) haizzz..
apa lagi ye nak share kat sini.. haaa..
penulis ni berpesan.. kalau ada mengharungi badai dalam rumah tangga.. jgn asyik nak cari kesalahan masing2..tetapi, fikirlah..kenangkan zaman bercinta dulu.. apa yg menyebabkan kamu jatuh cinta dgn dia.. sikapnya.. dan kalau ada masalah.. cubalah untuk senyum.. sebab urat2 otot2 muka tu ada satu fungsi untuk menghilangkan stress.. jadi... berbanyak2kan lah senyum! senyum untuk suami hari2 tu pun sedekah tau.. sentuh suami pun pahala dan gugur dosa2 kecil dengan setiap sentuhan..
satu lagi.. setiap orang yg berkahwin, maka pintu rezeki dia akan terbuka dgn luas! InsyaAllah.. wallahu'alam..
wah3.. banyak kan kelebihan? ni pun aku baca xhabis lg.. excited nak story mory kat sini! hehe.
baiklahh.. saya nak p sambung baca buku ini.. :D
dada~~
No comments:
Post a Comment