Quotes for today

“What's meant to be will always find a way”
“There's nowhere you can be that isn't where you're meant to be”

Sunday, November 18, 2012

sumber kopi pes

sedarkah..
sayang tidak semestinya memiliki..
rindu tidak semestinya bersua..
setia tidak semestinya bersama..
cinta tidak semestinya berkasih..

sungguh..
aku sayang kamu..
kasihkan kamu..
rindukan kamu..
dambakan kamu..
sepi tanpa hadirmu..

tetapi..
hati menidakkan..
jiwa menafi waras..
rasa berdarah disinggung..
hingga mata meluah rasa..
lelehan lesu ini mungkinkah turut berdusta?

mungkin..
kemanisannya hilang ditelan waktu..
luka sepi dipalit pedih rindu..
tidak pernah kebah tetapi makin bertambah..
hingga pedih semalam kian membeban..
lalu ku himpun rindu untuk ditindas amarah..
memijak kasih yang goyah..
meruntuh benteng persetiaan..
memusnah segala pengorbanan..
dan terkubur rasa sayang..
hanya yang tinggal aku yang ditopengkan..

namun..
setinggi amarah..
sejulang ego..
tetap di dalam sujud..
ku selit cebisanmu..
cebisan yang tidak pernah lekang..
pohonku agar mudah..
untuk bersama..
atau..
untuk melupakan..
Aku Berserah..
redha atas kehendak-Mu Ya Allah Ya Rahman..
sesungguhnya tiada Maha mengetahui selain Mu Ya Rabb..

=========================END========================
p/s : nak tau sapa yang tulis. google la sendiri. kalau tak jumpa. meh tanya saya.

Saturday, November 17, 2012

Kebetulan atau trend?



aku agak terkejut. eh. tak der lah terkejut sangat pun. saja nak gempaq lebih. ada sedikit teruja dan banyak cemburu.

lately aku tengok, ramai giler orang kahwin / bernikah masa muda. o.o
hmm. yang rapat ada. yang jauh pun ada. yang tak kenal pun ada. mak aih. jeles giler hati beta.  hmmm.. kalau diikutkan hati. nak jer aku jerit kat mak. nikahkah cek jugak! hahahahaha. gila..

aku dengan senang cerita aku nak khabarkan kat sini, aku bosan hidup sorang-sorang. aku sunyi. kau sunyi hape. mak bapak kau hade lagi. hmm.. kasih sayang mak bapak lain. >.< 
tak kan aku nak berkepit dengan mak / abah kot? pelik lah. nanti depa cakap buang tebiat anak depa sorang nih. aku nak teman, kawan, kekasih, abang, suami. cewah~ hehe. lagipun bila tengok abang abang, kakak kakak aku hidup berpasangan. aku terasa terusik jugak. terasa tiba tiba cam aku ni forever alone sangat. diorang nampak sweet walaupun bagi diorang tu biasa ja @ tak dak apa apa pun. >.<
biasa lah kan. bila ada, memang tak nampak. bila tak ada. baru rasa kan..

aku tengok pasangan yang bahagia kat IMVU pun dah ber ura ura nak bernikah. vogue kemain lagi you~ siap nak buat kat bottany garden dekat putrajaya. wallawuehh.. gempakszz sialzz.. kawan real life aku pun dah banyak yang dah hampir hampir dekat gerbang tu. aku je lagi yang gedik tapi tak sampai sampai. nampak rupa pun baru asap asap. haha. aku mengaku. aku cemburu. siapa tak cemburu. tapi cemburu aku tak bermaksud aku dengki. Alhamdulillah lah pada siapa siapa yang dah sampai seru dan dah sampai masa. masa aku belum sampai. InsyaAllah sampai jugak suatu hari nanti. aku harap korang yang dah planning nak kahwin tu. buat solat sunat istikharah. jangan nak syiok je. lagi satu, tak perlu la nak gempak. bersederhanalah.. -kau pehal biar la. aku mampu. lantok la aku nak jemput satu keyyel pun. 7 hari 7 malam.-
hoho. nak buat tu boleh. buat lah. kahwin kan sekali saja seumur hidup .(tapi zaman sekarang dah boleh jadi berkali kali dah. ngee) tapi, beringat lah. nabi pun pesan dan menyukai amalan bersederhana. ^_^

aku pun lately dah cuba meng improve kan diri sendiri.berhajat nak jadi muslimah dan isteri solehah la katekan. :P
sebab tu la dok syiok sangat nak berumah tangga. sebab dok baca buku kahwin muda. :D
sila jangan ngumpat. :3


hehe. okie. dah lewat pagi. (mogok pada si dia)
nak buat buat macam tido. tata. 
Assalamualaikum.


post suka hati beta.



Assalamualaikum.

I am currently at Jitra. kat rumah mak tam. sebab tu boleh online. hehehe. daif kan. :3
biasa la. duduk hutan. berokben pun dah macam babunben. hoho.

post kali ini aku nak share pasal pengguna jalan raya di Malaysia.
on the way datang sini tadi. ada satu kejadian yang buat aku terdetik nak tulis dalam belog.
abang ipar aku, bawak la kereta kelajuan standart. tak laju. tak lembab. then ada satu kereta ni, lampu tinggi. bagi lampu berkali kali. (dalam kali 10 kali ada jugak la) dalam duration yang sangat pantas. lepas tu, tak puas hati abang ipar aku buat bodoh sebab kebiadapan dia, dia potong. then masuk line depan kereta kami. lepas tu kami pun..
"lahh.. viva je pun. ingatkan BMW ka. Mercedes kaa.." hampir seisi penumpang kereta cakap ala-ala gitu. tak puas lagi. dia dok dekat depan tu. dia slow kan kereta dia. nganjing la katakan. kakak aku cakap kat suami dia. slow je. kita ikut dia. nak tengok sampai mana dia sanggup slow. kitorang kat lorong kanan. mula-mula abang ipar aku slow, then bila dah concern dengan pengguna lain. abang ipar aku potong kiri.

kat sini aku nak mengumpat sebab aku tak puas hati.
wei mangkok. keta kau VIVA je kot! biasa je. elite pun tak! kau ingat kau bagos sangat ke. aku ingat lagi. no plat dia. MBQ nombor 3 angka. kaler putih @ silver. tak nampak sebab gelap. mekap konon cun sangat lah. cam dinding rumah setinggan je tempek sana sini.

yelah. aku bukan nak kutuk sebab kereta kau murah. memang la kau cakap. ada jugak kereta. dari kau? hade? haa.. bukan bukan bukan. kalau pakai kancil sekalipun. aku tak kan suka suka nak kutuk. ni sebab kau tu biadap sangat. macam bodoh je. kalau aku la drive kan. dia slow aku slow. dia nak stop pun aku stop. aku nak bukak lampu tinggi2. biaq cucuk keluaq bijik mata dia. lepas tu baru je dia nak laju, aku ikut, aku potong. aku duduk slow pulak kat depan dia. haa.. kau nak main sangat kan. haizz.. aku pulak yang emosional gini. GRRR!!
tambah lagi. masa potong tu. macam nak je aku angkat satu jari ke, satu genggaman ke. haha. nasib baik imej aku ni bertudung. -.-"
kalau tak nampak muka. dah lama aku tunjuk.



hmmm... sudah-sudahh.. sabaq na dayah.. >.<

okie. nak buat post lain pulak. :D

tata~

Thursday, November 8, 2012

Last post. Maybe?

Assalamualaikum dan selamat malam. o.o (4.50 pagi)

hoho. aku tak tido lagi. aku tadi ingat nak lepak-lepak dengan kekasih hati sambil main poker @ whatever la. tapi dia keletihan dan dah tetido lama dah pun. aku meredhakan la ketiduran dia sebab aku la punca dia kannnnnnnnnnnn... i am so sorry............
aku selalu cakap kat dia.. cakap je sorry selalu. tapi nanti buat lagi. tapi tanpa aku sedari.. aku pun buat jugak.. >.<!!

last post? maybe laaa.. aku dah nak berambus daripada hostel ni esok. exam dah habis.. alhamdulillah. exam last ni agak membawa senyuman buat aku. walaupun study last minutes. hehe. (biasak la tuh xD)

esok aku ingin pulang membawa diri..
kenapa eh? aku rasa aku tulis bab2 aku nak pergi ja. aku rasa macam takut. macam takut nak pergi buat selama-lamanya ke? hmmm.. masih banyak benda aku tak selesaikan kat dunia ni. amalan pun............. hmmm.. sayu pulak tiba tiba.

aku mulai bercuti kalau ikut jadual, jumaat ni la. tapi apedehal~ esok sudeh mau berambus. hehe.
aku tadi ketiadaan dia, aku on facebook. datang la sorang kawan aku ni. aku pun tak paham pasai pa tiba tiba ja jadi camtu. rasa macam nak p pelangkung pun ada. buat touching pulak dah. last last aku tak paham, aku biarkan je laaahhhh.. mueheheh  >:D

lepas tu datang sorang lagi.. bermula dengan topik apa ntah. sampai la bab topik hati.... aku meluahkan isi hati aku.. macam macam gak aku kena nasihat. agak pedih dan panas juga la mata aku membaca. haha. tapi aku mengaku. aku memang banyak kekurangan. dan. maybe aku degil dan tak boleh dengar kata? :O
amir selalu cakap aku degil so, kira betol la ni? =.="
ok ok ok ok........................ =3=

sesi luahan kemudian beralih arah. dia pulak bercerita kat aku. aku yang mula mula mata dah ngantuk tahap cipan, jadi tak ngantuk. sebab aku tak gamak (tak sanggup) tengok kawan aku sedih sorang sorang. jadi aku  cuba la dengan beberapa cara dan nasihat nak tenangkan hati dia. aku harap dia pun akan terima bahagia dia. cinta tak perlu dicari. dia datang sendiri. dia cakap dia dah terlalu banyak dikecewakan. jadi aku cakap. telalu banyak bukan bermaksud sampai bila bila.
aku yakin. "what you give. you get back MORE"
sejak aku kenal dengan amir. dia la yang ajar aku yang ni. kalau dulu cuma, what you give, you get back. tapi sedarkah anda. perkara apa pun (bukan berkaitan duit dan harta dunia) yang anda  buat, pasti akan mendapat balasan yang lebih daripada sepatutnya. tak payah bagi contoh. cuba la kaitkan sendiri. pasti ada contohnya. arghh.. jiwa tak tenang. nak bagi jugak. hahaha. contohnya, macam Ali terer math. Abu lembab math. Ali mengajar Abu sesungguh sungguhnya. sampai Abu dah boleh jawab. tanpa Ali sedari, setiap kelemahan dan cara mengajar Abu yang dia cuba atasi. dia dah jadi sangat pandai dalam math. haa.. walaupun dia ajar yang biasa. tapi dia dapat lebih. ah. contoh lain pikiaq sendiri la. haha. xD

then.. kat sini aku nak ucapkan syukur alhamdulillah. dah tamat pun semester 4 ni. pahit getir dapat jugak aku lalui. insyaAllah. aku mohon supaya aku lulus sem ni. >.<

aku juga nak mengucapkan syukur dan terima kasih kerana telah dikurniakan kekasih hati yang terlalu amat sangat sempurna bagi aku. orang cakap. eleh. baru bercinta, kentut pun wangi. hmmm..betul ke? aku dengan dia dah setahun lebih. tak pernah lagi la aku cakap kentut dia wangi. buruk dia aku nampak. dan aku terima seadanya sebab aku pun tak sempurna. buruk aku? bukan lagi dah tersirat. dah terbentang bentang kat dia. tapi syukur dia tabah kuat dan sangat sabar menghadapi kerenah aku yang terlampau ni kadang kadang. kawan aku tegur, supaya aku ubah sikap. sukar nak dapat lelaki macam amir. aku tau. aku sedar tu. cuma aku rasa aku tak layak untuk dia. dia terlalu baik. aku terlalu....................
malas nak cakap. tak da la jahat sangat. tapi, aku tak sebaik dia. dia lebih berhak perempuan yang lebih baik daripada aku. >.<
terima kasih sangat. dan saya nak mohon maaf sangat sangat pada awal. maaf sebelum, sekarang dan masa masa akan datang. saya childish. :(
malang kan awak..

dah dah. dah jadi post chenta pulak dah. nanti aku inputkan entry chenta pulak. tu pun kalau ada masa.
adios~ mata aku dah rabak ni. nak pengsan dah rasa. last but not least!

ILYSM! AMIRDZUL. hee.. malu i. #blush

Sunday, November 4, 2012

Sunnah Rasullullah. S.A.W

kat sini aku dah malas nak type. nanti melalut banyak. esok exam! hoho
semua ni sumber copy paste. dari sini. maap ye tuan tanah. saya pinjam. :3


Tuntutan Korban sunat Muakkad (dituntut melakukannya).

Telah ada pada diri nabi itu teladan yang baik memberi petunjuk kepada jalan yang lurus maka apa ajaran nabi kena ikut dan apa ajaran yang di tegah tinggalkanlah, sebagaimana yang disebutkan di dalam Surah Al-Hasyr ayat 7.

Yang dikatakan sunnah itu segala percakapan (akwal), perbuatan (af’al) dan sifat-sifat (sifah) nabi. contohnya nabi bercakap tentang perkara-perkara baik lagi pemaaf, redha dan sopan. Nabi juga ketua, imam dan pemimpin yang baik.

Pesanan nabi saw: ‘Seluruh umatku akan masuk dalam syurga melainkan orang yang enggan (tidak mahu), siapa yang ikut kataku akan masuk syurga dan siapa yang enggan tidak masuk’.

Segala sunnah nabi saw ada kebaikannya kerana nabi saw tidak bercakap mengikut hawa nafsu.

Contoh sunnah yang mengandungi kebaikan kesihatan seperti:

Mandi pagi -Nabi saw mandi pagi sebelum solat subuh 1 atau 2 jam sebelum terbit matahari, Kajian sains mengatakan orang yang mandi pagi akan meransang saraf tubuh menjadi cergas.

Minum segelas air -Bangun tidur nabi saw akan minum segelas air kosong kerana akan membersihkan saluran seperti usus dan perut dalam badan.

Sujud -Sebelum tahiyyat akhir sujud agak lama sedikit itu sunnah nabi saw, kajian sains mendapati darah turun ke kepala ke suatu tempat yang jarang sampai di otak supaya cergas dan berfikiran waras.

Makanan -Nabi larang campur makanan seperti ikan + telur, kerana tidak baik untuk perut akan memberi tindak balas kimia. Sebab itu kita kadang-kadang sakit perut kerana tidak menjaga apa yang dimakan.

Jari -Sunnah nabi makan dengan 3 jari dan menjilat jari selepas habis makan kerana jari mengandungi enzim yang membantu menghadam makanan.

Memotong kuku -Sunat memotong kuku pada hari isnin, khamis dan jumaat. Dapat membersih kuku kerana ada mengandungi kuma e-coli yang sama keluar dari najis kita.

Contoh sunnah yang mengandungi kebaikan dari segi agama seperti:

Tidak tinggal Tahajjud -ia kerana waktu yang kita paling hampir dengan Allah Taala dan merupakan jalan untuk mendekatkan kepada Allah.

Membaca Al-Quran -Membacanya selalu menjadikan penglihatan mata tajam. jadikanlah amalan setiap hari membaca al-quran.

Masjid -Perempuan afdhol solat di rumah, lelaki tambatkan hati pada masjid. Ia salah satu sebab untuk diakhirat mendapat pertolongan Allah.

Solat Sunat Dhuha -Jadikanlah amalan banyak kelebihannya.

Sedeqah -Boleh menghasilakn sifat belas ikhsan.

Kekalkan wudhu -Berusaha sentiasa kekal dalam wudhu akan menjauhi gangguan syaithon.

Kekalkan Istighfar -Nabi yang maksun juga sentiasa beristighfar maka hidup kita ini banyakkan meminta ampun. Dapat Keampunan Allah itu adalah suatu perkara yang besar untuk kita.

Bersugi -Amalan bersugi sebelum wudhu dapat membersihkan mulut.

Jika berpegang dan mengamalkan sunnah nabi saw, Allah akan cintai dan ampunkan kita. Beramallah dengannya insyaallah diberkati Allah.

hari bahagia. :D

Assalamualaikum.

ewah~ tengok title pun dah tak boleh belah kan. haha. :D
actually, tak ada la "hari" sangat pun. cuma ada satu kejadian buat aku gembira dan tersengih sampai ke sekarang.

hihi. kalau diikutkan dengan line celcom yang sangat macam @$!#@%#%*$$%Q@! langsung tak boleh nak call @ sms. memang sangat sangat menyakitkan hati kan... haiz.
done about ugly things.

syukur sebab ada facebook lagi untuk aku chat dengan dia. :D
bermula dengan topik permasalahan yang guru-guru kini hadapi. yup. memang banyak sangat benda dan kerja yang dicipta khas untuk membebankan guru. aku nak kutuk gobermen kang kena buang IPG pulak. haha. tapi, memang lah. amat menyusahkan sistem sistem yang nak kena key in data bagai tu. kalau ye pun nak buat canggih seiring dengan teknologi, please buat server lain-lain bagi negeri yang berlainan. ingat cikgu kat dalam mesia ni ada 2 3 ratos orang saja kah? haiz.
masalah nak key in satu satu tu satu hal, cikgu pulak banyak veteran, tak berapa nak pro copy and paste macam aku ni. haha. then bila penat penat key in. tiba tiba check, sistem tak dapat pun. tak save! kena buat sekali lagi. mana aku tau? banyak orang cerita dah. makcik aku sendiri pun, sebagai cikgu, memang terseksa dengan sistem ni kata dia. kadang-kadang sampai pukul 2 3 pagi tak tidoq lagi.

so, aku di sini dengan rendah hati mencadangkan agar kerajaan kalau nak buat sistem tu, make sure tak ada kesulitan, sila fikir sebab dan akibat pada guru sama bila buat cara tu. jangan fikir nak up canggih setara macam teknologi negara lain. tapi sebenarnya alahai. poor sangat. agak berapa orang cikgu surf laman tu, tiba tiba crash. yang dok penat penat key in sampai nak habes dah ka. tiba tiba nak kena baut dari mula balik. tak ke sia sia? membazir masa dan tenaga. kesian para guru. dah tu, dipertikaikan lagi mengapa gaji guru mahal? dokter kalau gagal buat kerja dengan betol, mungkin seorang dua saja yang meninggal dunia. tapi kalau guru gagal menjalankan tugas dia. satu generasi akan rosak. fikir-fikirkan lahh.. :)

done about babbling! XD

hee.. just saying that i am not that type of person working under other orders.
sooo.. aku ingat nanti nak kerja sampai habis contract dengan kerajaan saje. about 5 years kot kalau tak silap. lepas tu, aku nak bukak pusat tuisyen sendiri. muehehehe. :D
dan ++ dengan kemahuan my sayang. dia nak bukak kedai. and i am saying that i love to bake cakes and bread. so, we are going to open a bakery soon! haha. :P
beli double story punya kedai. bawah bukak bakery, atas pusat tuisyen. hik hik.
parents yang datang hantar or ambil budak-budak boleh relaks relaks online, makan, minum kat kedai kami sementara menunggu anak. ewah~ kekeekeke. :D

lepas tu, siang siang, check email and orders. haha. selling online! hikhik. nanti nak belajar buat coklat sama la. wah! nanti aku sekali laki aku bertambah bulat! hahaha. oh mai gosh. my children? weekend nak kena work out satu family. hahahahahaha. siyes aku gelak sungguh masa type neh. :DD
#nanti nak kena beli katil batu. waakakkaka. (based on latest post dia kat blog. katil dia patah) hahahhaha
me + you. katil batu okey? :P

okey. dah habes kongsi kebahagian aku dan dia. insyaAllah. eh...

aaa! baru aku teringat. ada satu lagi berita gembira dalam hidup aku. wahh. aku punya daughter dalam IMVU dah pregnant. wah! sumpah jeles. tapi jeles bukan bermakna aku dengki dan sebagainya. aku cuma cemburu sebab aku pun nak jugak! hee.. :3


-----sha-----
tahniah sha. mmy harap sha sehat-sehat selalu. jaga kesihatan diri dan suami! Alhamdulillah nanti sha tak kesunyian lagi. makin busy la sha nak online kan. all the best dear. mmy syg sha. :)
keep in touch yer. miss you so much! lama sangat tak lepak sama-sama. even we just a mother and daughter by online only. but mmy loves you for real syg. <3

p/s : sayang!!! i want it too.. hehehehehhehehehe. >/////<

okie dokie. really done this time. esok ada paper RBT. hoho~
tulat paper BMM.

then merdeka~!! tamat sem 4. :3

doakan saya. :D

Friday, November 2, 2012

Petua mencantikkan diri~

Petua menghilangkan kekasaran/hitam di buku lali @ siku.
tu tu. yang bertanda pink tu.

buku lali adalah kawasan yang kita tak pernah nak sedar pun. eh? buku lali? yang mana tu? kat mana? oo.. tu buku lali ka? haha. abes tu hape? pergelangan kaki? kekekeke. :p

kawasan tersebut, ada sesetengah orang, putih gebu je. ada orang-orang yang tak berapa nak putih macam aku ni, hitam sikit kat situ. dan lama-lama akan jadi kasar. mak aku cakap, sebab kita orang melayu. banyak duduk bersila. sebab tu hitam. hoho~ nunno~

nah serba sedikit petua. :D

Petua yang pertama ialah menggunakan limau nipis atau lemon. Potong limau kepada dua bahagian dan gosokkan pada buku lali selama beberapa minit sewaktu tengah menonton televisyen, movie dan sebangainya.
Biarkan air limau tu kering dengan sendiri pada buku lali yang disgosok. Lepas  dirasakan dah betul-betul kering, barulah dibilas dengan air suam. Eloknya diamalkan setiap hari.

Petua Mencerahkan Siku/ Buku Lali pula.

Sediakan satu cawan susu, teoun gandum 2-3 sudu besar dan satu sudu serbuk kunyit.

Campurkan kesemua bahan tu dalam satu mangkuk bersih dan gaul sehingga rata. Kemudian sapu adunan tu pada bahagian siku atau buku lali atau kedua-duanya sekali dan biarkan selama lebih kurang 30 minit.

Selepas 30 minit,barulah digosok bahagian tersebut perlahan-lahan dengan menggunakan air suam untuk membersihkan atau dalam erti kata lain menghilangkanbahan/adunan yang disapu tadi. Dikatakan juga kalau nak dapat hasil yang tip-top kenalah juga amalkan petua nie setiap hari.

Assalamualaikum dan selamat beramal. :D



Thursday, November 1, 2012

ke ber salahan. :3

Assalamualaikum.

dalam masa tersepit nak study ni, aku kegedikan nak tulis blog jugak. haha.
hari ini dah masuk 1 haribulan November dah. hmm..

actually, dalam draft aku ni, dah ada satu post pasal anniversary. tu aku tulis sebelum anniversary lagi. then, time anniversary, aku holiday~ duduk kat rumah. so tak boleh la nak publish @ tambah lagi.
"kenapa tak buat lepas balik tu?"
errrrrrr... hmmm..

lately... to much to argue. aku kan kureng matang. bajet je macam matang. haha. :P
hmmm.. i am too harsh for him..
and i felt very guilty.
aku dah tulis dah memang vogue gila. (kahkahkah)
aku tulis macam-macam tu sebelum gaduh dunia ke berapa tah antara aku dengan dia. :3
semua yang aku tulis tu too sincere from the bottom of my heart. however it seems different a bit.
not sure what kind of different. but still have something was not like before. something small. maybe the way we already through have made some changes of my thought about him. he still good. a very very good man. loyal to his Creator and parent... and maybe for me too. insyaAllah. i am currently have no point on saying that my love is forever. things can change. and also the love too. Allah had said that love can be more or less. it grows or lessen everyday. so, after marriage, one should always shower the love to the partner to make sure the love still alive even you are already hims.
but one thing i don't really sure, is love will gone?
hmmm.. talking based on my past.. duration to make sure that love already and really really gone is much way too long. sincerely, it is hard. but maybe it is only for me. isn't it? :3


back to the story lah wei! merepek apa nih. haha.
i am saying that i am sorry.. and someday, i will make it to post "that"

and wish me luck for my examination. i will be going. :D

dada~~